Chapter 43

1.4K 208 14
                                    

BOOM! Bunyi bom meletop. Bukan satu tapi lebih dari 20 bom yang diletak di serata bangunan. Lima anak buah Valen menyamar jadi orang dalam untuk meletak bom di semua tempat. Dua orang lagi mengawal CCTV. Tepat pukul 8 malam empat tempat milik Zayden meletop.

Dua tempat penyeksaan dan dua lagi tempat dia bersembunyi. Semua pulang dengan selamat ke markas VA. Ketua pasukan itu memberi rakaman kepada Valen. Mereka ketika ini di bilik komputer. Bagaikan melihat wayang, mereka menyaksikan saat-saat bangunan di boom.

Disebabkan itu, bangunan milik Alaya terkena kesan. Elektrik terpadan dan kerosakan di merata tempat. Alaya baru sahaja mendapat laporan dari ketua yang dilantik untuk kawal aktiviti pekerja-pekerja lain.

"Macam new year siot!" ujar Noah dengan ceria. Seronok rasanya melihat bom meletop dan memusnahkan bangunan. Nasib dah bagitahu bomba dan polis awal-awal. Tiada lah kalut. Berita? Cuba lah siarkan kalau nak mati di tangan Valen.

Pintu dibuka dengan tiba-tiba. Seorang anggota tercungap-cungap cuba mengawal nafas di hadapan semua tuannya. Anggota itu menukarkan siaran kepada phone miliknya. Mereka menyaksikan rakaman yang disiarkan.

Kegembiraan bertukar kepada amarah. Aura amarah menghantui diri. Muka bengang masing-masing jelas terpancar lagi-lagi Carl. Mana tidaknya, markas yang digunakan untuk bunuh Darren sudah hangus terbakar. Anggota itu berlalu pergi apabila selesai memberi maklumat.

Pap!

Dua tangan Carl menghempas meja. Naik turun dadanya menahan amarah. Dia menghela nafas dengan kasar. Muka diraup, rambut pula disebak ke belakang. Alaya bangun dari duduknya dan melangkah ke hadapan setelah dia selesai menjawab panggilan secara perlahan tadi.

Sekali lagi berita menggemparkan, markas rahsia milik Firash diserang. Ramai yang mati dan telantar di atas lantai dengan berlemuran darah akibat ditembak atau ditikam dengan kejam. Seorang lagi mengetuk pintu.

Anggota lain masuk ke dalam bilik dan memberikan gambar-gambar yang sudah dicetak dengan kertas keras dan diberikan kepada Alaya. Terus Alaya mencampak kepingan gambar-gambar itu ke tengah-tengah meja dan masing-masing melihat gambar tu. Bertambah amarah mereka.

"What the f- is this?" Nada bengang Valen bersuara. Dia menghempas gambar yang dipegang ke atas meja semula. Rambut yang sudah terjuntai ke hadapan itu dibawa ke belakang. Tangan mencekak pinggang. Mundar-mandir langkahnya.

"Chill baru permulaan. Lagipun macam ni baru seronok." ujar Alaya dengan senyuman. Senyuman sinis. Puas hatinya dapat balas apa yang Valen mahu lakukan kepadanya. Berkorban untuk hapuskan orang jahat dengan korbankan bangunan kesayangannya? 

Perkara itu takkan dibiarkan begitu sahaja. 

Valen memandang Alaya yang seakan tenang dengan apa yang berlaku ketika ini. Dia memeluk tubuh. Alaya memandang Valen dengan senyuman lebar seperti mengejek.

"Kau ke yang bagitahu setan tu?"

Tanpa teragak-agak Alaya mengangguk. Semua memandang Alaya dengan seratus peratus perhatian mereka. Ada yang buat reaksi tak puas hati.

"Sekarang ni kau nak tikam belakang ke macam mana babi!" marah Carl. Amukannya tidak dapat dikawal tatkala Alaya mengangguk tanpa rasa bersalah malah boleh tersenyum puas.

"Well, aku bagitahu kita nak serang bukan corak permainan dan dia sendiri serang kita tanpa minta tolong aku. So aku dah dapatkan cara dia serang dengan guna otak plus gelabah." jelas Alaya.

Firash ketawa sinis.

"Gelabah? Untuk apa gelabah lepas tahu semua benda?"

"Aku tak bagitahu yang kita kan serang empat tempat. Macam aku cakap, aku tak bagitahu corak game kita." jawab Alaya dengan tenang.

THE VENDETTAحيث تعيش القصص. اكتشف الآن