Chapter 46

1.6K 198 28
                                    

MEREKA tiba di kawasan yang dipilih oleh Zayden. Langit sudah gelap menandakan malam. Tempat ini mendapat cahaya melalui umbun api yang dihidupkan sekeliling kawasan bersama mentol-mentol kecil yang menerangi sekitar kawasan ini.

Mereka semua berjalan ke hadapan menuruni dataran lapang itu dengan berhati-hati. Langkah mereka terhenti apabila seseorang menepuk tangan dengan kuat. Tawa sinis lelaki itu kedengaran. Zayden muncul bersama senyuman sinisnya.

Tangan dilambaikan ke arah Cyra yang mencerlung tajam memandang Zayden. Kemudian, tangan memeluk tubuh. Seorang demi seorang Zayden perhati. Mata Firash memerhati seseorang yang bakal muncul. Telinga mendengar kaki menapak mendekati.

"Sorry lambat."

Jelas 7 orang itu beriak terkejut. Mereka terkaku melihat lelaki yang baru sahaja muncul dan berdiri di sebelah Zayden. Belakang badan lelaki itu ditampar perlahan oleh Zayden.

"Kenalkan Derren Atheer. Abang dia D.A tapi adik dia D.E. Senang panggil Erren."

"Twins? Darren ada kembar?" Nada terkejut Cyra bertanya. Derren mengangguk.

"Finally, aku boleh keluar dari penjara yang aku cipta sendiri." ujar Derren. Matanya memandang Carl yang berdiri statik. Masih beriak lagak. Derren mengangkat tangan sambil senyum.

"Hai pembunuh adik aku." Sapa Derren.

Tidak lama selepas itu, datang sekumpulan anggota berdiri di belakang Zayden dan Derren. Mereka sudah sedia untuk membuat serangan. Dangerous mates tidak ketinggalan. Ramai anggota yang sudah mula turun dataran.

Derren melangkah mendekati Alaya namun Valen pantas menghalang. Derren mengangkat kedua tangannya sehingga paras dada. Tawa sindiran itu dilepaskan. Alaya melangkah ke hadapan. Dia berhadapan dengan Derren.

"Kau lah jantan sial yang hack sistem aku kan?"

"Bijak! Takkan lah aku nak bagi kau maklumat dengan mudah. Kan? Lagipun kau dah dapat banyak maklumat, cuma tentang aku je kau terlepas pandang."

Alaya yang mahu balas kata-kata Derren itu terhenti apabila anggota tadi berpecah kepada dua seperti mahu beri laluan pada seseorang. Mereka menantikan orang itu. Valen dan Firash bertentangan mata apabila orang itu menyapa penglihatan mereka.

Mata Alaya membulat. Zayreen Atheerah? Macam mana dia boleh keluar? Mustahil untuk keluar. Zayreen Atheerah berdiri di sebelah Zayden. Mereka melakukan high five. Begitu juga Darren.

"Suprise!" Ceria sahaja nada Zayreen.

"And hai Alaya!" Zayreen menyapa Alaya.

Zayreen menapak berani mendekati Valen yang berdiri tegak. Zayreen berhenti depan-depan Valen. Baru sahaja tangan mahu naik menyentuh, Valen menepis. Zayreen memeluk tubuh lalu memandang Alaya yang memandang dengan pandangan mahu membunuh.

"Sorry lah, suami kau ni handsome sangat. What if..."

"Pergi mampos lah betina gila!" Alaya memotong ayat Zayreen dan menolak Zayreen dengan kasar. Akibatnya, Zayreen jatuh ke atas tanah. Zayreen bangun semula, dia mengeluarkan pisau lipat lalu dengan tindakan pantas pisau diseret pada kulit lengan Alaya.

Tergelak kuat Zayreen apabila darah jatuh menitis-menitis. Alaya yang sudah mula dihantui dengan amarah, dia turut megeluarkan pusa dan membalas serangan namun cekap Zayreen mengelak. Leka mengelak, Alaya mengambil kesempatan dengan menolak kuat kaki Zayreen sehinggakan kepalanya terhentak di lantai.

Setelah itu, pisau menyeret kulit kaki Zayreen. Alaya senyum suka bercampur sinis. Pergaduhan bermula apabila Derren mahu membalas serangan Alaya yang dilakukan kepada adiknya tetapi Valen terlebih dahulu menghalang.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now