"Tak apalah. Lagipun aku kan suami kau...."

"Harraz-"

"Wanginya kau sweetheart..." kata lelaki itu perlahan. Wangian isterinya dihidu lagi. Dia tertawa kecil apabila perasan dengan pipi Hannah yang sudah merona merah.

Pipi ranum Hannah dikucup seketika.

"Sweetheart...."

"Hmm?"

"Tadi mummy ada cakap dengan aku. Mummy kalau boleh nak ada cucu before dia pergi umrah tahun depan" ujar Harraz perlahan pada telinga gadis itu.

Hannah meneguk air liur kesat. Tidak semena-mena bulu roma dia meremang.

"Insyaallah, kalau ada nanti adalah" ujar Hannah pula. Sengaja mahu mengelak. Dia tidak mahu memanjangkan topik anak ini.

Harraz mengeratkan lagi pelukannya. Pipi Hannah dikucup lagi.

"Mana boleh macam tu. Kita kena usaha dulu, baru la kita boleh serahkan pada Allah" bisik Harraz. Tangannya turun mengusap perlahan perut gadis itu. Wajah Hannah semakin memerah.

"Mesti comel kan anak kita nanti. Handsome macam aku, cantik macam kau"

"Ehem-ehem. Una ganggu ke?"  ujar Husna yang baru saja masuk ke dalam ruangan singki itu. Beberapa gelas di tangannya diletakkan di tepi singki.

Harraz berdehem. Dia menjarakkan sedikit dirinya dari Hannah. Belakang tengkuk yang tidak gatal itu digaru.

"Sweetheart, aku pergi depan tau. Nak apa-apa panggil aku" pesan Harraz sebelum berlalu ke ruang tamu rumah mummy nya.

"Kakak, abang Harraz dah bagi hint tu..." usik Husna. Keningnya diangkat-angkat sengaja mahu mengusik kakaknya ini.

"Ish Una ni. Dah, tinggal je cawan-cawan ni. Nanti kakak basuh"

Husna tergelak melihat reaksi kakaknya itu. Selesai membasuh pinggan, Hannah berjalan ke arah ruang tamu. Disebabkan tiada tempat kosong, gadis itu duduk bersebelahan dengan Aizat.

"Aizat..." panggil Hannah perlahan. Matanya memandang Harraz yang sedang sibuk bermain permainan video sebelum pandangannya beralih pada Aizat semula.

"Eh? Cik Hannah"

"Saya ada benda nak cakap dengan awak ni"

"Apa dia?" soal Aizat. Badannya dipusing untuk menghadap Hannah.

"Saya ingat nak minta awak jadi pengurus resort abah saya. Kalau awak setuju, minggu depan boleh sign agreement"

Aizat sedikit terkejut dengan kata-kata Hannah itu.

"Eh? Kenapa pula macam tu?"

"Harraz, dia nak saya duduk rumah je. Uruskan rumah tangga. Hal kerja-kerja ni biar dia yang uruskan" ujar Hannah. Walaupun sedikit sedih, dia tetap harus menurut kata-kata Harraz itu

"Kenapa Cik Hannah tanya saya?"

"Sebab awak je yang saya boleh percaya. Awak pun dah lama kerja dekat resort abah" kata Hannah lagi.

Aizat terdiam seketika.

"Nanti saya fikir dulu ya Cik Hannah. Kalau dah ada jawapan nanti saya bagitahu Cik Hannah semula" ujar Aizat. Hannah hanya tersenyum.

Hannah melirik ke arah jam. Sekarang sudah pukul sebelas malam. Gadis itu meminta diri dari Aizat dan berjalan ke tingkat atas.

"Sweetheart, kau nak pergi mana ni?" kata Harraz dan memegang lengan isterinya, menghalang gadis itu bergerak.

"Saya nak masuk tidur, dah malam"

"Bilik aku dekat sana sweetheart..." ujar Harraz dan menunjukkan biliknya yang berada di hujung tangga itu.

Hai Encik Lanun [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя