Anak katanya kembali memandang ke hadapan. Fokus pada jalan raya.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"TUAN ANAZ RAZI!!!! TURUN SEKARANG!!!" Pekik aku memanggil along sebaik sahaja aku membuka pintu rumah.

Kaki aku atur ke sofa. Punggung aku hempas di atas sofa sambil berpeluk tubuh. Aku menoleh ke arah tangga apabila menyedari kehadiran beberapa orang yang bakal di makan oleh singa betina menuruni tangga.

"Eh! Adik.. kata balik rumah Daren dulu?"tanya angah cuba mengalih perhatian.

"Duduk!!"kata ku sepatah. Drastik kelima-lima abang aku melabuhkan duduk mereka diatas sofa.

"Assalamualaikum.."sahut Daren membawa masuk bagasi ke dalam rumah.

"Can someone tell me about this photo?"tanya aku dingin sambil menayangkan gambar along bergambar bersama seorang perempuan bertudung di atas pelamin.

Daren menapak satu persatu menghampiri sofa satu yang diduduki aku. Sikunya di tongkatkan di kepala sofa. Telefon di tangan aku dicapainya lalu di lihat gambar yang terpancar di skrin telefon aku.

"Oh! Along dah tunang ke? Tahniah"ucap Daren.

Lantas aku menoleh ke belakang mendongak memandang Daren. Mata aku jegilkan.

"Apa?"tanya Daren.

Aku mengeluh dengan gulingan mata. Pandangan aku alih kembali ke arah lima abang aku itu.

"Sampai hatikan along tunang tak bagitahu adik. Adik ni bukan ahli keluarga ni lagi ke? Oh ya.. korangkan dah tak perlukan adik lagi"kata ku lantas bangun dari duduk menuju ke bilik.

"Adik! Bukan along tak nak bagitahu"akhirnya along bersuara. Langkah aku terhenti di anak tangga ketiga. Badan ku paling.

"Dah lah along. Kalau dah tak suka adik duduk rumah ni, adik boleh keluarlah!". Tutur ku sedikit meninggi. Laju kaki aku menapak menaiki anak tangga.

"Em.. biar Daren yang pujuk". Laju kaki Daren melangkah mengikuti jejak aku ke bilik.

Along menghela nafas berat. Bukan niatnya untuk merahsiakan pertunangannya dari adiknya. Dia tidak mahu menyusahkan adiknya sepanjang persiapan majlis pertunangan itu.

"Aku dah pesan dah. Tunggu adik balik. Kau degillah along. Sekarang ni adik dah merajuk. Silap hari bulan dia dah tak balik sini lagi tau"provok Uda.

"Tak apalah long. Benda dah jadi. Biarlah Daren yang pujuk. Nanti kau explain lah dekat adik"achik menepuk bahu alongdengan kata-kata yang agak membangun kembali emosi along.

"Ye lah. Nanti aku try slow talk dengan adik"kata Along menarik senyum.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Bunyi ketukan pintu bilik aku endahkan. Tangan aku silangkan memeluk tubuh. Rasa kesal masih lagi berbaki. Telinga aku menangkap bunyi pintu di buka dari luar dan ditutup kembali.

"You masuk sebab nak pujuk I ke? Sorrylah. I tak terpujuk"lontar ku tanpa memandang Daren.

"Siapa cakap nak pujuk kau. Aku nak tolong kau packing baju"seloroh Daren. Drastik aku menoleh memandang Daren. Pandangan tajam aku hadiahkan. Sakit pula hati aku ni bila dia cakap macam tu.

"Apa tenung macam tu? Nak makan aku? Tunggu malam dulu ya sayang"Daren menjungkit senyum senget.

"Ish! You ni.."Daren tergelak kecil. Aku merengus geram membelakangi Daren.

"Hey, aku bukan nak menyebelahi sesiapa. Mungkin along tak bagitahu kau sebab dia tak nak ganggu kau or menyusahkan kau"pujuk Daren melabuhkan duduknya di samping aku.

"Atleast bagitahulah sepatah dua dekat I. Tak adalah I dapat berita mengejut macam ni".

"Look"Daren memusingkan tubuh aku menghadapnya.

"If you want your brother happy, please accept who ever woman that come into their life. Diorang pun memerlukan peneman hidup. Not only you. Walaupun diorang dah berumah tangga, kasih sayang seorang abang tidak pernah pudar untuk adiknya. Remember that"Kata Daren mencuit hidung aku.

"You thing they still love me when they got married?"tanya ku.

"They still love you sayang. Dah tak nak merajuk, marah-marah macam ni"kedua tangan Daren menekup pipi aku.

"Thank you"ucap ku dengan senyum memegang tangan Daren yang masih di pipi aku.

"Welcome. Eh kejap".

"Kenapa?"tanya ku.

"Kenapa pipi kau makin berisi eak. Dah gemuk dah Avyana Estella ni.."kata Daren memicit-micit pipi aku.

"Ishh!.. you ni!!"laju perut Daren aku cubit.

"Aaa.. dududuh..hahahahaha. Okay-okay. Sorry".

"Dah lah! Malas layan you. I nak mandi"bingkas aku bangun dari duduk. Sakit pula hati kita bila dia cakap kita ni gemuk. Mana ada gemuk. Berisi sikit je pun. Itu pun sebab dia selalu rasuah aku dengan makanan. So, sekarang ni bukan salah aku. Salah Daren sebab buat aku gemuk.

Bersambung...

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now