"Hahaha Alif, Alif. Macam-macam lah kau ni. Dah aku nak masak ni. Kau pergi lah ke depan dulu."

Alif pun bangun dan pergi ke ruang tamu dengan hati yang riang.

"Zaman dah berubah. Macam-macam gaya budak sekarang ni kalau bercinta. Tapi asalkan diorang jaga batas pergaulan kira ok lah tu. Kadang-kadang aku pun tak faham kenapalah budak-budak zaman sekarang bercinta asyik nak pegang tangan bagai. Padahal-"

Bebelan Fattah dipotong bila Aulia tiba-tiba saja masuk tanpa memberi salam.

"Abah!! Abah!" Terjerit-jerit Aulia memanggil Fattah.

"Ye ye abah datang ni. Ada apa lah anak dara sorang ni? Dah tak ada kerja lain ke menjerit sampai dengar satu rumah ni?"

"Alah yang tu pedulikan dulu. Lia ada perkara penting nak beritahu abah ni!" Kata Aulia dengan nada teruja.

"Ha ha ye ye cakap sekarang. Apa yang kamu nak bagitau abah ni?" Ujar Fattah.

"Lia....Lia nak kahwin!!" Kata Aulia dengan aura yang teramat teruja. Mujur tak melompat je lagi.

"What? Kamu nak kahwin? Serius ah! K-kenapa tiba-tiba je ni?" Tanya Fattah dengan sedikit perasaan resah dan gelisah






























































(Flashback Beberapa Jam Yang Lepas)

Di Sebuah Restoran.....

Aulia masuk ke dalam restoran. Dia mencari kelibat seseorang yang sudah lama menanti dirinya.

"Hi Daniel! Sorry you sebab lambat datang. I kena menjawab dengan abah I dulu baru boleh keluar rumah." Aulia berkata kepada Daniel atau nama sebenar Ash Daniel, teman lelaki Aulia.

Mereka berdua sudah kenal lama sejak belajar di London lagi. Mereka menjalin hubungan sudah 3 tahun. Bahkan bila Aulia balik ke Malaysia, Daniel pun turut ikut sama. Siap berkongsi alamat rumah lagi. Fuh bukan main rapat lagi.

"Eh tak apalah You. Lagipun tak lama pun I tunggu....adalah dalam 2 jam." Balas Daniel dengan nada bergurau.

"Apakah You ni perli I pulak!"

"Alah alah You. I saja je nak bergurau dengan You. Ok sebagai hadiah untuk pujuk You, I ada surprise! Sebelum tu, tutup mata dulu." Daniel mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Wah apa benda tu! Tak sabarnya!" Aulia menutup mata dan menanti dengan penuh debaran.

"Ok buka mata You sekarang!"

Aulia pun membuka matanya dan alangkah terkejut dan gembiranya dia sekarang bila dia nampak ada sebuah kotak menyimpan sebentuk cincin emas beserta dengan seutas rantai leher.

"Nur Aulia Izzatunnisa.....sudikah You menjadi teman hidup I?"

Aulia menyeka air mata yang bakal mengalir. Bukan tangisan kesedihan tetapi tangisan kebahagiaan. Hanya tuhan sahaja lah yang tahu betapa gembiranya hati dia sekarang ini.

"I....I setuju." Balas Aulia mengangguk kan kepalanya tanda setuju

(End Flashback)






























































Setelah mendengar penjelasan dari Aulia, tiada reaksi yang ditunjukkan Fattah. Dia pun tak tahu sama ada dia patut gembira ke atau tak.

"Lia, kamu ni betul nak kahwin ni?" Tanya Fattah lagi meminta kepastian.

CINTAKU MR SECRET AGENTWhere stories live. Discover now