"Lia tak letak apa-apa pun kat dalam tu. Entah-entah dia tu yang tak tahan dengan pedas lepastu dah sakit macamni nak tuduh Lia pulak!" Jawab Aulia masih lagi tak nak mengaku.

"Oh tak nak mengaku ye....." Fattah menguatkan lagi pulasan pada telinga Aulia.

"Adoi! Abah! Sakit! Ok se-sebenarnya.....Lia ada le-letak julap dalam lauk dia..." Balas Aulia dengan nada perlahan.

Takut nak tengok wajah abah dia yang tengah mengamuk tu. Dia punya pandangan mata pun dah boleh buat orang meremang bulu roma.

"Oh jadi betul lah kau punya angkara ye!" Fattah menyeringai seram.

"Y-ye abah....Lia yang b-buat."

"Hei kau tau tak. Alif tu tak pernah buat kau macam hamba. Tak pernah langsung dia buat apa-apa yang tak sepatutnya dekat rumah ni! Tapi kau, dah tak ada hati perut ke? Kenapa kau layan dia macamtu? Tak takut ke dosa besar menganiaya orang macamtu?" Tanya Fattah. Dia sangat kecewa dengan sikap Aulia.

"Abah ni kan, suka sangat lebihkan dia! Tak habis-habis nak lebihkan orang luar! Apa yang hebatnya dia tu-" Aulia bersuara dengan kuat tetapi dipotong oleh Fattah.

"Dia anak yatim piatu Lia!! Dia perlukan kasih sayang seorang bapa! Dia dah tak ada mak, dah tak ada ayah kat dunia ni. Lia walaupun tak ada mak, Lia masih ada abah!"

"Dia ada siapa? Ada kau terfikir ke pasal benda tu! Yang kau tau dia tu 'lelaki asing'. Kau dah kecewakan abah tau tak! Selama dua puluh empat tahun kamu hidup, sikit pun abah tak pernah ajar kau jadi biadap dengan orang. Kau dah kecewakan abah....." Fattah terus beranjak pergi dari dapur dan terus ke bilik Alif untuk memeriksa keadaannya.

Aulia pula hanya duduk mematung di meja makan. Tak tau lah sama ada dia merasa bersalah atau tak rasa apa-apa pun.

'Heh....apa aku peduli! Dia nak sakit ke nak apa ke suka hati dia. Aku tak nak ambil peduli.' Kata Aulia di dalam hati. Tak berubah jugak anak dara ni.

Beberapa minit kemudian Fattah datang ke arah Aulia dengan muka bengis.

Fuh kalau lah Fattah ni watak antagonis, memang dah lama dia menang.

"Lia, disebabkan kamu dah buat abah marah dan telah menganiayai tetamu. Abah akan hukum kamu! Pergi tidur dalam reban ayam kat luar tu dan jangan mimpi nak masuk dalam rumah selagi abah tak izinkan!" Kata Fattah dengan nada tegas.

"Ha! Reban ayam! Tak abah Lia tak nak!!" Aulia menentang keras.

"Oh tak nak eh? Kalau macamtu....ini abah dah siapkan makanan dan ubat untuk Alif. Nanti kamu hantarkan ke bilik dia." Fattah menghulurkan ubat dan dulang makanan kepada Aulia.

Baru sahaja Aulia nak bersuara Fattah membalas.

"Kalau kamu tak nak tak ada masalah. Pintu reban ayam tu sentiasa terbuka luas untuk kamu. Oh ye baru abah teringat! Haritu abah ada beli ayam jantan baru tau....dia tu agresif sikit jadi bila Lia tidur kat dalam tu berhati-hati takut ayam tu patuk muka kamu yang cantik tu." Kata Fattah sengaja nak menakutkan Aulia. Padahal dia tak beli apa-apa ayam pun..

"Hish ye lah ye lah! Lia hantarkan kat dia!" Aulia berjalan dengan keadaan terpaksa ke bilik Alif.

"Heh....bukannya susah sangat nak suruh Lia tu ikut arahan. Just kena ugut sikit je. Hahaha!" Fattah tertawa sendirian. Kelakar melihat Aulia yang begitu takut dengan reban ayam tu.









Tok! Tok! Tok! (Bunyi ketuk pintu)

Tanpa menunggu lama, Alif membuka pintu biliknya. Keadaan dia sekarang nampak lebih baik lah dari tadi tapi muka dia still pucat.

CINTAKU MR SECRET AGENTWhere stories live. Discover now