PERISTIWA ZIII

18 6 2
                                    

Amenda POV

Mataku terbuntang luas, di manakah aku sekarang ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mataku terbuntang luas, di manakah aku sekarang ni?

Aku bahkan tidak percaya apa yang kulihat sekarang ini. Aku menggosok mataku mungkin pandangan aku kabur tetapi tiada apa yang berlaku. Aku pun memeriksa seluruh rumah itu. Rumah ini kelihatan cantik dan mewah tetapi bagaimana kah aku boleh dihantar sampai ke sini? Apa mungkin motif susuk gadis itu kali? Aku membuka langkahku perlahan lahan dan memeriksa seluruh rumah itu tetapi, tiada apa apa. Apakah keadaan yang aku lihat sekarang ini benar? Tadi bukan ke aku berada di sebuah tandas. Jangan jangan gadis itu telah menghantar aku sampai kesini? Tidak! Ini salah! Semua salah! Tiba tiba aku terdengar bunyi langkah sepertinya menuju ke arah aku. Aku sudah mulai takut dan cemas lalu mencari tempat persembunyian. Terlihatlah aku sebuah almari kecil di sebuah dapur itu lalu aku pun bersembunyi di dalam almari itu. Almari itu cukup muat bagiku.

Bunyi langkah itu semakin mendekati ku dan ianya telah sampai ke dapur. Aku menutup mulutku agar tidak menjerit dan kekal tenang di dalam almari itu. Suara langkah itu sudah cukup mendekati ku. Bunyi dentaman semakin kuat. Aku terasa seperti tidak dapat lagi menahan jerit ini sepertinya ingin melepaskan sahaja jeritan itu. Setelah dentaman telapak kaki itu pergi, aku menoleh kiri dan kanan. Dia sudah beredar! Aku pun keluar di dalam almari itu perlahan lahan dan segera menuju ke arah ruang tamu di sana. Ruang tamunya boleh dikatakan amat luas lah. Ruang tamu itu dihiasi dengan gambar gambar yang cantik dan segala perabot di situ. Turut serta dihiasi chimmey di situ. Tiba tiba lampu di ruang tamu ini berkelip kelip seperti tidak kena sahaja ini. Saat itu juga tiba tiba lah suis elektrik terputus. Ia menyebabkan di dalam ini gelap gelita. Aku pun memeriksa jika ada tirai di situ dan aku boleh membukanya untuk menerangi sedikit rumah ini.

Tiba tiba aku terdengar jeritan seorang gadis seperti nya datang dari atas. Aku sudah mulai mengeluh dengan jeritan seseram itu bertambah lagi dengan suasana yang gelap di sini. Aku membuka langkahku perlahan lahan dan menuju ke atas. Di situ sangat gelap lagikan sunyi. Bunyi jeritan itu ditambah lagi dengan bunyi tikaman. Aik? Bunyi itu semakin kuat dan aku semakin mendekati bunyi jeritan tersebut. Tanganku sangat menggeletar untuk mencapai tombol pintu itu. Bunyi jeritan itu semakin lama semakin kuat sehingga telinga aku ingin pecah dan mengeluarkan darah. Setelah membuka tombol pintu itu, tiada apa apa langsung. Tiba tiba, leherku dipukul seseorang, aku lalu rebah dan pandangan aku mula kabur. Pandanganku samar samar terlihat seorang gadis yang masih berdiri merenung ku. Pandangan aku mulai gelap.....

"Amenda, kau okey tak? Amenda?" Suara itu samar samar di telingaku. Pandangan aku yang kabur itu semakin jelas dan aku terlihat tangan seseorang melambai di hadapan mukaku yang membuatkan aku tersedar dari lamunan ku. Aku mula tersedar dari lamunan ku. Aku pun menoleh ke arah empunya tangan itu, itu adalah Lala. Jelas sekali bagaimana Lala boleh ada kat sini?

"Awak tau tak Amenda, saya tengok awak tenung lama betul kat cermin tu, mungkin lebih kurang dah nak sejam. Awak tenung ape? Awak tau tak! Saya takut tau tengok tenungan awak tu! Seram betul!" Katanya. Jadi selama lama tadi aku tenung cermin lah je?

****

Saatnya pulang, aku pulang bersama dengan Anneline dan Sal di sebuah jalan.

"Sal, nak tak kita singgah sebuah gerai dulu! Saya dah lapar ni!" Kataku.

"Okeylah! Kau Anneline?" Katanya.

"Okey je...." Katanya.

"Eh! Jap! Kalau kita lambat balik nanti teruk kita dikerjakan dengan puan Aeska nanti!" Kata Sal yang berbalik di fikirannya. Kami hanya setuju dengan cadangan Sal lalu memilih untuk pulang sahaja.

****

Sal POV

Beberapa hari kemudian....

Kami dibawa di sebuah rumah hotel yang bergitu luas dan besar. Kami dipisahkan daripada puan Aeska dan tinggal bersama dengan pengasuh yang bernama Kak Jess. 5 hari sebelum kami pergi di sini kami telah menghiasi orphanage sana supaya kelihatan indah pada bulan Krismas Disember nanti. Lebih kurang sebulan lah Alice telah koma. Dia juga turut dijaga oleh seorang jururawat. Sekarang adalah musim cuti sekolah.

Berbalik bab hotel......

Hotel ini dilengkapi dengan banyak perabot dan menyukarkan kami untuk bermain di sini. Hotel ini juga mempunyai dua tingkat dimana tingkat pertama ialah ruang tamu manakala tingkat atas pula ialah bilik tidur dan katil katil. Paling menerujakan, hotel ini memberikan makanan percuma. Makanan di hotel ini sungguh lazat dan sedap berbanding dengan masakan puan yang garang bernama Aeska itu. Aku juga tidak mengetahui harga sewa hotel ini. Mungkin lebih kurang RM250 untuk 3  hari kot? Kalaulah Alice tidak koma, pasti kami dapat merasakan keseronokan bersama di sini. Satu lagi perkara, yang membelanja sewa hotel ini ialah anak puan Aeska.

Di sini, ia mempunyai banyak kemudahan seperti yang ku kenali iaitu, tv,aircond, coocko, Coway dan lain lagi.

Pada suatu malam.....

Aku terjaga dari tidurku kerana ingin membuang air kecil. Aku pun keluar dari bilik itu dan menuju ke arah tandas. Sedang aku menuju ke tandas, tiba tiba aku terdengar suara gadis ketawa di sebuah dapur. Aku cemas dan mengelat air liur ku perlahan......

Bersambung...

𝑩𝑼𝑵𝒀𝑰𝑨𝑵𝑮:𝑺𝑰𝑳𝑳𝑬𝑵𝑻 𝑯𝑶𝑹𝑹𝑶𝑹Where stories live. Discover now