PERISTIWA IIIW (KALI PERTAMA BERTEMU)

35 23 6
                                    

Anneline POV

Aku di bilik sedang membaca buku. Fikiran ku masih lagi terimbas di mana Candae menolaku sewaktu pulang tadi. Dasar gadis lakhnat!

Tetapi, nasib lah Alice mempertahankan maruahnya dengan mengajar Candae itu. Aku sangat bertuah kerana mendapat rakan seperti ini. Inilah boleh dikatakan BFFUD BEST FRIEND FOEVER UNTIL DIE.

Tiba tiba, Puan Aeska membawa dua orang gadis yang tidak kukenali.

"Sini semua!" Panggil ya.

Kami semua pun kesana dan dan memperkenalkan diri kami. Mereka berdua hanya diam kerana berasa malu dan belum biasa dengan keadaan di situ.

Aku pun memberitahu mereka supaya jangan takut kerana kami adalah kawan kamu.
Seorang dari mereka mula berkata.... "Hai, na..nama saya Sal!" Katanya.

"Hai, saya pula Amenda...." Kata seorang lagi.

Mereka pun lantas ke bilik dan bermain permainan kami tetapi mereka masih lagi malu.

Aku pun mengajak mereka bermain bersama.. tetapi mereka tidak mengendahnya kerana masih lagi tertaruh rasa malu itu di dalam hati mereka.

****

Malam itu, daging dan sayur, itulah yang kami akan makan nanti. Kami memakan masakan Puan Aeska dengan enak sekali. Tiba tiba, aku terlihat Sal dan Amenda hanya duduk jauh dari kami. Takpelah, namapun masih malu kan?

Selepas kami mencuci pinggan, kami pun lantas ke bilik tidur kerana terlalu ngantuk sekali pada malam itu. Aku melihat Sal dan Amenda hanya tidur di lantai sahaja sedangkan masih ada lagi tempat tidur yang kosong di bilik kami.


Aku pun menegur mereka untuk tidur di katil tersebut namun, mereka hanya tetap tidur di atas lantai.

****

Pagi itu, semua menjamah sarapan yang telah disediakan oleh Puan Aeska dengan enak sekali. Tetapi Sal dan Amenda masih lagi duduk jauh dari kami tanpa sebarang perbualan.

Aku mengajak mereka untuk makan bersama tetapi mereka kata tak mahu.

Selepas mandi apa semua endah, lantas kami terus ke sekolah. Kali ini kami tidak berjalan kaki lagi... Kini kami menaiki bas sahaja.

Sal dan Amenda pula hanya duduk di satu sudut jauh dari kami.

Aku pun mengajak mereka untuk duduk bersama tetapi mereka tidak mahu!

Apa yang malu sangat terhadap kami ni ya? Kataku dalam hati.

Sampai di sekolah.....

Kami terus ke kelas dan meletakkan beg di atas kerusi.

Tidak lama kemudian, cikgu Sandy pun datang dan mengajar kami. Banyak sungguh persoalan kami terhadap cikgu Sandy tentang ABC.

Sal dan Amenda hanya duduk di hujung tanpa menanyakan apa apapun soalan terhadap cikgu Sandy.

****

Selepas pulang, kami pun menjamah makanan tengah hari yang dimasak oleh Puan Aeska.

Kami makan dengan enak sekali kerana masakkan nya itu sedap. Tak taulah macamana masakan Puan Aeska ni sedap sangat.

Selepas makan, kami pun bermain sorok di ruang utama sementara Sal dan Amenda hanya duduk tercegat dan melihat kami main sahaja.

Selepas bermain nyorok nyorok, kami pun bermain polis polis. Tetapi kenapa Sal dan Amenda hanya tercegat dan tak join kami sekali?

****

Pada malam itu, Alice pun menceritakan kami kisah hantu seram Jepun sampailah tengah malam. Disebabkan cerita dia tu.... Aku baru tidur pukul dua tau!

Aku melihat Sal dan Amenda tidur di atas lantai dengan bergitu nyenyak sekali. Aku mula berasa kasihan kerana malu mereka yang tersimpan di dalam hati mereka telah memisahkan kami untuk bersahabat.

****

Aku dan Alice sedang berbual di dalam bilik.

"Alice, kenapa Sal dan Amenda tu malu sangat kat kita ye?" Kataku.

"Hmm, entah lah....." Jawabnya.

Tiba tiba, Puan Aeska keluar sekejap untuk membeli makanan dapur kerana makanan di dapur sudah habis.

Selepas itu, kami pun bermain kejar kejaran di ruang utama. Sal yang tengah membaca buku itu tiba tiba terjatuh dari tangga. Aku pun segera menyambutnya dengan pantas. Akhirnya, aku dapat menyambutnya dan dia berucap terima kasih kerana menolong nya tadi. Kalau tidak.... Entah apa yang akan terjadi.

Selepas itu dia pun meminta maaf kerana dia selama ini selalu menjauhi kami. Bergitu juga pengakuan si Amenda.

Mereka pun mula berkenalan dan menanyakan siapa nama kami. Setelah kanak kanak lain selesai mengenalkan diri mereka. Tiba masanya giliran aku pula yang mengenalkan diri.

"Siapakah nama kamu?" Tanya Amenda dan Sal.

Aku menyahutnya dan menjawab

"Nama saya Anneline!" Kataku.

Sejak hari itu kami pun menjadi kawan baik. Sejah hari ini....

Mereka pun makan bersama kami dan tidur di katil. Aku pun berasa gembira dengan keadaan tersebut.

Sekarang lebih 1 minggu kami telah berkawan dengan lamanya.

End of flashback)

(Kali pertama bertemu)

𝑩𝑼𝑵𝒀𝑰𝑨𝑵𝑮:𝑺𝑰𝑳𝑳𝑬𝑵𝑻 𝑯𝑶𝑹𝑹𝑶𝑹Where stories live. Discover now