PERISTIWA IW

38 22 3
                                    

Aku pun lantas ke dapur mengambil air suam dan memberikan Alice air itu untuk menenangkan nya. Yang aku dengar di dalam mulut Alice hanya hantu hantu hantu sahaja. Selepas itu, Puan Aeska pun datang dan menanyakan hal apa yang berlaku. Alice memberi tahu Puan Aeska bahawa dia nampak hantu. Puan Aeska pun menjawab.

"Hantu apanya?" Katanya dengan mendatar.

Aku pun tidak mempercayai kata kata Alice sebab aku pun tak nampak benda tu..

Ahh, akhirnya kami pun dihukum tidur menonggeng. Apa boleh buat.. sabar duhai hati...

Tapi, tidur menonggeng pun best jugak!

****

Sal POV

Aku berasa hairan melihat Alice yang dari tadi tiada mood sahaja. Ajak main patung... Tak nak. Ajak main nyorok nyorok pun tak nak. Apalah yang Alice takutkan tu....

"Alice, apahal ni, ada something wrong ke?" Kataku.

Dia tidak melayan kataku dan hanya berdiam aja....

Lepastu dia beredar tanpa sebarang ayat pun.

Lantas sahaja aku terdengar fun fair akan dibuka, aku pun terasa teruja untuk ke sana. Disebabkan hari ni cuti.... Aku pun mengajak Alice untuk pergi bersama sama di fun fair juga Anneline dan Amenda.

"Fun fair? Betul ke?" Soal Amenda.

"Ye, tadi aku sendiri pun terdengar dengan cuping telinga aku sekali tau!" Kataku.

"Macamana dengan Alice?" Kata Anneline.

"Dia pun diajak juga...." Kataku.

Malam....

Kami pun mencari Alice untuk diajak bersama sekali di fun fair.

"Kat mana Alice nie....." Ujar Amenda.

"Jangan jangan dia nak main sorok sorok nie......" Kata Anneline.

"Ntahlah si Alice nie.... Batang hidung dia langsung aku tak nampak." Kataku.

Sampai lah di perpustakaan,kami pun menjumpai Alice yang sedang memeluk patung nya itu.

"Alice, jom ke fun fair." Ajakku.

"Untuk apa? Saya tak naklah...." Kata Alice.

Aku sungguh kecil hati apabila mendengar jawapan nya itu.

"Alaaa, jomlah. Nanti semua kanak kanak akan dibawa sekali tau! Awak tak takut ke diam sini sorang sorang?" Kataku.

Dia hanya mendiamkan diri dan bermain dengan patung itu.

"Hoi! Korang nak tinggal sini ke?" Ujar Puan Aeska.

"Oklah oklah..." Kata Amenda.

Kami pun hanya menuruti kata Puan Aeska itu tetapi, aku berat hati sangat tinggal kan Alice keseorangan di sini.

"Johlah oi!!" Kata Puan Aeska.

Kami pun segera ke sana dan meninggalkan Alice keseorangan di perpustakaan itu.

****

Waktu dalam kereta....

Kami bersorak gembira kerana dapat pergi fun fair. Aku pula melihat jalan yang bergitu bercahaya dan sungguh indah.

Tiba tiba, aku terlihat susuk tubuh budak perempuan dan memegang sebilah pisau....

Bersambung...



𝑩𝑼𝑵𝒀𝑰𝑨𝑵𝑮:𝑺𝑰𝑳𝑳𝑬𝑵𝑻 𝑯𝑶𝑹𝑹𝑶𝑹Where stories live. Discover now