“Hm? Heyyy~ prince charming!” tegur seseorang di belakangnya. Khai menoleh ke arah suara tersebut.

“Oh.. Yusri..”

“Uish, kenape dengan muke kau tu?” Soal Yusri terkejut. Yelah, Khai seorang yang suka jaga muka. Nak maintain muka jambu dia lah boleh di katakan..

“Oh.. takde papelah..”

“Kenape pulak boleh jadi tak pape?? Jom, aku teman kau ke farmasi.. takut lebam tu jadi teruk!”

“LEBAM?!”

Yusri tergelak dengan gelagat Khai yang sedikit narcissistic itu.

“Jom, aku teman”

***

Adam sedang berada dalam kesukaran.

Dia mula tertanya-tanya apa yang ketua pengawas tu mahu dari pelajar biasa seperti dia?

“Mungkin.. dia nak report aku ke cikgu?! Aduhhh janganlahh~ hari ni cikgu bertugas cikgu Azmie.. kalau kantoi, habis—”

“Habis ape?”

Adam dengan segera menoleh ke arah suara tadi dengan pantas, dia tak mahu perkara yang sama macam tadi berlaku lagi. Adam menghelahkan nafas apabila melihat muka murid itu.

Phew, bukan mamat giler tu

“Kau ok ke ni Dam?”

“Ye ye.. aku ok aku ok.. kau buat ape kat sini Rais?”

Rais menggaru belakang tengkuknya kekok.

Adam masih lagi menantikan jawapan daripada Rais.

“Err.. kau kenal Khairul kan?”

Who doesn't?”

Rais tergelak kekok, dia perlahan-lahan mengeluarkan telefon pintarnya dan dengan segera menunjukkan gambar yang ditangkapnya tadi.

Adam merenung gambar itu dengan pelik, selepas beberapa saat, matanya membulat.

Tu bukan Harris ke?! Apasal diorang dekat sangat?! Wait a minute.. jangan kata yang diorang

gay??”

Adam menatap muka Rais dengan muka serius sebelum berpeluk tubuh membuatkan Rais agak takut.

“A-Aku janji aku tak sebar ke sekolah.. aku cuma, nak tahu ape hubungan diorang.. k-kau kawan baik die, a-aku cume nak kau tahu—”

“Tahu ape?? Yang dia gay? Weh, kau tak kenal Khai macam mana.. aku lebih kenal die.. so there's no need for this bullshit. Aku cadangkan kau padam sekarang jugak, kalau tak.. aku tak teragak-agak untuk menggunakan cara yang lebih keras..”

Rais dengan segera memadam gambar tersebut dan berlalu pergi dengan sepantasnya.

Adam pula, masih lagi dalam dilemma. What's going on for real?

That Smile | BL | MelayuWhere stories live. Discover now