"Bro, kau tak rasa ke anak setan tu akan cari siapa yang buat bapak dia koma"kata Harraz menepuk lengan Avyren menggunakan kekura tangannya.

"Aku tahu"tutur Avyren mendatar.

"Kau tak risau ke bro? Keluarga dengan bini kau akan dalam bahaya nanti. Terutamanya bini kau". Tambah Harraz. Avyren terus berdiri. Anak matanya galak menikam anak marah Harraz tajam.

"Selagi tak ada yang bocorkan identiti aku, selagi tu keluarga dan bini aku selamat. Dan aku tak akan tinggal diam kalau ada sesiapa yang usik keluarga aku". Tuntas Avyren. Tertelan liur Harraz. Sorotan matanya menghamtar Avyren yang mengorak langkah keluar.

"Fuhh.. seram juga dia ni"kata Harraz mengelus dadanya.

"Dia kan Monster"celah Minus dengan senyum dan terus menapak keluar.

"Yeah.. he is a monster. Monster behind the glasses"kata Harraz sendiri. Kakinya menapak keluar dari bilik menyuarat.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku menyumbat potongan kek ke dalam mulut aku. Kek itu aku kunyah geram sepeti aku sedang mengunyah daging Arif yang muncul tiba-tiba di hadapan mata aku. Elisha dan Kaira yang duduk dihadapan aku hanya melihat aku menghabiskan sebiji kek bersaiz sederhana. Terbeliak juga biji mata mereka. Elisha dan Kaira berpandangan. Liur di telan kesat. Sungguh mereka tidak menyangka bahawa aku mampu menghabiskan sebiji kek bersaiz sederhana itu.

"Vy, hang okay dak?"tanya Kaira berkerut.

"Nak kita orang hantar you pergi hospital tak?"tanya Elisha pula.

"Nak pergi hospital buat apa? I sihat okay"jawab ku. Cebisan kek yang masih tersisa aku sumbat ke dalam mulut.

"Tak adalah.. you habiskan sebiji kek ni. Takutlah dapat kencing manis ke.. sakit perut ke.."tutur Elisha.

"I memang macam ni kan kalau I tengah marah or sakit hati"kata ku. Sudu aku letak. Tisu aku capai lalu aku mengelap mulut aku yang comot dengan krim kek.

"Yah.. but this time is cake. Sebelum ni you melantak ice cream je satu tupperware"kata Elisha lagi.

"Betul. Tak pun hang pi beli lolipop hak besaq gedabak tu dan hang makan. Kali ni kek pulak hang balun"tambah Kaira.

"I memang macam nikan.. bila I sakit hati or marah, I akan makan benda manis. Tadi tengah marah, terlintas tepi kedai kek. I masuk je lah. And now I dah okay and I dah kenyang. Jom balik"ajak aku berura mahu berdiri.

"Eh! Sat lah. Kita pi beli barang sat. Lepas tu kami hantaq hang balik. Tak pa kali ni kami belanja. Sebagai tanda maaf kami dekat hang"pujuk Kaira.

"Serious? You guys nak belanja I?"tanya ku inginkan kepastian. Kaira dan Elisha serentak mengangguk. Bibir aku menarik senyum serta sebelah kening aku terjungkit.




Aku, Kaira dan Elisha keluar dari pusat membeli belah dengan penuh beg belian di tangan. Wajah Kaira dan Elisha tak usah cakap memang monyok habis. Aku pula tersenyum riang. Puas aku dapat shopping kali ni.

Kami menghampiri petak parkir yang menempatkan kereta milik Kaira. Segala beg kertas dimasukkan kedalam bonet. Badan aku lolos masuk ke dalam kereta bahagian penumpang belakang terlebih dahulu meninggalkan Kaira dan Elisha yang masih memasukkan beg kertas ke dalam bonet.

"Menyesal I belanja dia. Habis duit elaun I bulan ni"omel Elisha.

"Ni semua silap hang"tuntas Kaira mula mengorak langkah memasuki kereta.

"Ya lah! Semua salah I. I bukan sengaja pun...ha... mummy!!"teriak Elisha kesal.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku memasuki rumah sambil mengintai mencari kelibat manusia yang tinggal didalam rumah ini. Tiada. Mana pergi semua orang? Aku memajukan langkah aku menaiki tangga. Semasa aku mahu menapak ke bilik aku, aku terdengar akan suara orang tengah bercakap. Ia membuatkan perasaan ingin tahu aku kuat. Aku menapak satu persatu mngukiti arah suara itu datang. Akhirnya kaki aku berhenti dihadapan satu pintu. Nama pada pintu aku pandang. Azrai.

'Suara tu datang dari bilik Uda. Uda bercakap dengan siapa? Girlfriend ke? Hurk!! No, no, no! Aku kena tahu'getus hati aku.

Tanpa mengetuk pintu, aku terus merempuh masuk ke dalam bilik Uda. Lantas aku terkedu melihat Uda yang duduk dihadapan pc memandang aku dengan wajah terkejut.

"Kau buat apa dalam bilik aku dik?"tanya Uda. Pantas tangannya mematikan pc.

"Uda cakap dengan siapa? Dari luar boleh dengar. Girlfriend ea..siapa? Bagitahulah adik". Kepala aku mengendap ke pc Uda yang sudah gelap.

"Ish! Sibuklah dia ni. Kalau aku ada awek pun kenapa perlu bagitahu kau"Uda menolak kepala aku ke tepi.

"Eh! Perlu. I'm you little princess. Kalau awek Uda nak jadi kakak ipar adik, mesti kena interview dengan adik dulu. Understand?!"kata ku bersungguh.

"Heh! Yang nak kahwin nanti tu aku, bukannya kau. Yang kau beria nak interview bagai tu kenapa? Dah.. keluar. Kacaulah orang nak main game"halau Uda.

"Oh.. main game.. adik ingat cakap dengan girlfriend. Hehehehe.. okay, okay. Sambung balik main". Tersengih aku menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Aku menapak keluar dari bilik Uda. Pintu ku tutup rapat. Aku melekatkan telinga aku pada pintu untuk mendengar perbualan Uda.

"Aik! Tak ada suara pun?".

Tiba-tiba sahaja pintu bilik Uda di buka dari dalam menyebabkan aku hampir terjatuh. Melihat akan uda berdiri dengan wajah tanpa riak, terus aku menarik senyum menayangkan sebaris gigi.

"Buat apa lagi dekat sini?"tanya Uda memandang aku serious.

"Ehehehe.. tak.. tadi tombol pintu Uda ni berbunyi. Itu yang adik ingat nak check. Hehe.. erm.. bye"pantas aku berlari anak pergi dari situ sebelum kepala aku dihempuk Uda.

Bersambung...

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now