💘BAB - 65

27.8K 749 206
                                    

"Abang, kenapa saya rasa tak sedap hati bang? Saya teringatkan Fiya. Saya risaukan dia. Perasaan saya kuat mengatakan ada sesuatu terjadi dekat menantu kita tu abang." Luah Puan Raishah kepada Tuan Rasyidi bersama wajah yang berkerut menandakan bahawa wanita itu terlalu risau akan keadaan menantu kesayangannya itu. Kopi yang dibancuhnya diletakkan di atas meja.

Tuan Rashidi yang sedang membaca mengenai urusan syarikatnya di Ipad menghela nafas yang berat.

"Ray kan dah balik. Awak risau apanya lagi? Kalau jadi apa-apa dekat Fiya, mesti Ray dah telefon kita dahulu. Dah, awak janganlah risau sangat. Ray boleh jaga menantu kita tu dengan baik. Kan dia sayang sangat dekat isteri dia tu." Jawab Tuan Rasyidi tenang seraya menghirup air kopi yang dibancuh oleh isterinya itu.

"Tapi saya rasa ada yang tak kena dengan Ray dan Fiya. Abang pun tahukan anak kita tu panas baran? Saya risau sangat-sangat ni abang."

Wajah Tuan Rasyidi ditatap dengan pandangan yang penuh kerisauan.

"Ya abang tahu baran Ray tu macam mana. Tapi sejak kahwin dengan Fiya, baran dia dah semakin berkurang. Awak jangan dilayan sangat perasaan tu. Fikirkan yang baik-baik sahaja. Kalau risau, telefon je tanya macam mana khabar mereka."

"Yalah. Saya nak telefon Ray kejap." Lantas telefon bimbitnya dicapai dan nombor anak sulungnya didail.

💘💘💘


"S-ssakiittt..."

Rintih Safiyah perlahan.

"Diam." Bibir bengkak dan pecah Safiyah dikucup rakus oleh Rayden sekaligus mematikan rintihan sayu wanita itu.

"Ermmmm!" Safiyah membungkam keras di dalam ciuman mereka menyebabkan Rayden menampar kuat sisi wajahnya. Sangat kuat. Sehingga terpercik darah dari mulut wanita itu.

"Aku cakap diam tu diamlah bodoh!!! Kau nak aku buat bagi lagi sakit ke, hah?!!" Jerkah Rayden. Tepat di hadapan wajah basah Safiyah.

"Tt-ttak nnakk..sss-sakitt abang...tolong berhenti..." Sehingga serak suara wanita itu kerana terlalu banyak menangis.

Rayden yang sedang menindih tubuhnya ditatap sayu dengan harapan akan ada ehsan dan simpati yang terbit dalam diri suaminya itu. Namun semua itu hanyalah sia-sia apabila Rayden semakin bertindak liar ke atas tubuhnya.

Kesan bengkak dan lebam yang dilakukan oleh Rayden semalam masih tidak surut dan ditambah pula dengan kesan yang baru.

Dipukul.

Ditampar.

Ditumbuk.

Dipaksa.

Diherdik.

Dimaki.

Bukan fizikalnya sahaja yang sakit, malah dalamannya turut disakiti oleh lelaki itu.

Langsung tidak diberi rehat dan langsung tidak diberi simpati oleh Rayden.

'Umi...Fiya nak balik...Fiya sakit...Fiya takut...'

Tangisnya di dalam hati.

Mata dipejam erat bersama wajah yang dipalingkan ke sisi. Tidak sanggup mahu melihat setiap perbuatan Rayden ke atas tubuhnya.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now