💘BAB - 17

24.3K 938 15
                                    

~Dear future husband here's a few things you need to know if you wanna be my one and only in my life~

Fetty bernyanyi-nyanyi kecil sambil melangkah menuju ke keretanya yang diparkir di sebuah lorong yang agak jauh dari kenderaan lain kerana tempat parkir yang lain sudah penuh. Dia yang malas untuk menunggu terpaksa memakirkan kereta di lorong itu walaupun dia berasa sedikit takut.

Namun, tanpa dia sedari ada yang sedang memerhatikan gerak gerinya dari awal.

"Siapalah lelaki bertuah yang bakal jadi husband aku nanti? Mungkinkah jejaka mat saleh yang bernama Alan Benjamin? Jika dialah gerangannya akan ku setuju dengan serta-merta." Fetty mula tersengih seorang diri sambil membayangkan yang dia dan Alan menjadi sepasang suami isteri yang paling bahagia di muka bumi ini.

Sedang dia leka mencari kunci kereta yang tersimpan di dalam beg tangannya tiba-tiba ada tangan asing yang memeluk erat lehernya dari arah belakang.

"Shhh..bagi semua duit yang kau ada kalau kau tak nak jadi mayat dekat sini." Arah lelaki yang memakai mask hitam itu.

Terketar-ketar tangan Fetty cuba merungkaikan pautan erat lelaki itu. Air mata sedaya upaya ditahan agar tidak jatuh.

"T-tt-olong l-lepass-kan ss-saya. Ss-saya tt-ak ada dd-uit." Tergagap-gagap dia menuturkan ayat tersebut. Memang benar dia tidak mempunyai banyak wang ketika ini kerana dia baru sahaja selesai memasukkan wang ke dalam akaun ibu dan bapanya yang berada di kampung. Dia berharap agar akan ada insan yang datang menyelamatkannya dari perompak tersebut.

Namun air matanya gugur jua apabila sebilah pisau yang tajam ditekan di sisi pinggangnya.

"Cepat ambil beg tangan dia!" Arah perompak tersebut kepada seorang lagi rakan jenayahnya yang sedang memerhatikan kawasan sekeliling agar tiada sesiapa yang tahu akan jenayah mereka.

Lantas beg tangan yang masih tergantung di bahu Fetty dirampas kasar lalu segala barang yang berada didalamnya dicampak keluar agar dompet gadis itu ditemui.

"Tolong! Tolong!" Jerit Fetty kuat sebelum mulutnya ditekup kuat oleh tangan kasar perompak tersebut.

"Emphhhh! Emphhhh!" Fetty masih cuba meronta-meronta agar rangkulan lelaki tersebut terlepas.

Namun, tubuh kecilnya ditolak kasar sehingga tersembam di atas jalan tar sebelum kedua belah pipinya dicengkam erat lalu ditampar dengan kuat oleh perompak tersebut.

Berpinar mata Fetty dek kerana tamparan yang kuat itu dan semakin kuat esak tangisnya.

"Diam! Baik kau diam sebelum kitaorang rogol dan bunuh kau dekat sini!" Ugut lelaki yang telah menamparnya sambil menghunuskan pisau ke arahnya.

"70 ringgit je kau ada? Tak guna punya betina!" Ujar lelaki kedua yang merampas beg tangannya tadi.

"T-ttolong l-lepaskan ss-saya." Rayu Fetty bersama sedu tangisnya. Doa dipohon didalam hati agar Allah mengirimkan manusia yang mampu menyelamatkannya.

Mak, ayah tolong Fetty. Fetty takut.

"Kita nak buat apa dengan perempuan ni? Takkan nak lepas macam tu kot? Cantik sial betina ni." Ujar lelaki kedua tersebut sambil memandang Fetty dengan pandangan yang menakutkan.

"Apa lagi kenduri kan je lah. Lauk dah ada depan mata ni." Balas lelaki pertama yang telah menampar Fetty.

Semakin kuat tangisannya mendengar perbualan perompak-perompak tersebut. Dengan pantas dia bangun untuk melarikan diri. Namun, pinggangnya ditarik kasar sebelum mulutnya ditekup sekali lalu tubuhnya dihempas kasar di atas jalan. Pipinya yang sudah sedia merah kerana terlalu menangis dan kerana ditampar tadi kini ditumbuk pula tanpa belas kasihan.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now