💘BAB - 52

25.1K 818 124
                                    

"Padulah kau bang! Tak sampai sebulan dah mengandung kakak ipar kitaorang. Benih boek punyalah. Aku sebagai adik kau berbangga mempunyai abang yang gagah seperti ini." Rayqal tersengih lebar memandang wajah dingin Rayden. Bantal sofa yang dilempar oleh Rayden sempat ditepis olehnya bersama tawa yang jahat. Manakala Raihan yang berada di sebelahnya sedang khusyuk menatap Iphonenya dengan wajah yang serius. Langsung tidak terkesan dengan sekelilingnya.

"Jumpa dah!" Jerit Raihan tiba-tiba sambil Iphonenya diangkat tinggi ke udara. Bibirnya mengukirkan senyuman yang lebar sambil rambut perangnya diraupkan ke belakang

"Jumpa apa sial?" Iphone milik adiknya itu dirampas kasar dan dia turut membaca apa yang dijumpai Raihan. 

"Uishh! Kau cari nama untuk baby ke?" Rayqal menjerit teruja bersama mata yang membulat.

Raihan menganggukkan kepalanya berkali-kali lalu Iphonenya itu dirampas kembali dari pegangan Rayqal. Skrin objek nipis itu ditunjuk kepada Rayqal bersama wajah yang teruja dan bangga. 

"Ya. Kau tengok ni Qal, bapak best siot nama ni sedap je dengar. Ramadhan Raghib. Fuhhh Arab Arab gitu nama anak sedara kita. Biar bapak dia rasa insaf sikit kan?" Raihan menjongketkan kedua belah keningnya dengan wajah yang dibuat-buat comel. Berbangga dengan otak geliganya yang berjaya mencari nama untuk anak sedara mereka. 

Rayqal menggeleng-geleng kepalanya sambil jari telunjuknya digoyangkan ke kiri dan kanan tanda dia tidak bersetuju dengan nama cadangan itu.

"Kalau dapat anak kembar nak letak nama apa lagi sorang? Syawal Raghib? Macam tu? Takde takde aku tak setuju. Biar aku sebagai adik kedua Ray yang tetapkan nama anak sedara kita." Jari telunjuknya bermain-main di dagunya seperti gaya sedang memikirkan sesuatu.

Raihan mencebikkan bibirnya lalu wajah tampan Rayqal dijeling tajam. 

"Ha cepatlah fikir bodoh! Tadi kalut sangat nak letak nama kan? Lambat pulak kau ni." Bahu Rayqal ditolak kuat. Tidak puas hati apabila cadangannya ditolak mentah-mentah oleh Rayqal. 

"Sabarlah anak kutip oi! Tak nampak ke abang kau yang pandai ni tengah berfikir? Bagi aku masa sikit nak cari nama yang sedap untuk anak sedara kita." Iphone Raihan dirampas kembali lalu aplikasi Google dibuka dan dia menaip-naip sesuatu pada papan kekunci telefon tersebut bersama riak wajah yang serius.

Raihan mencebik bibirnya ke depan bersama wajah yang mengejek. 

Manakala Rayden dan Safiyah yang duduk dihadapan mereka berdua tidak diendahkan seolah-olah hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ. Rayden dengan pandangan tajamnya merenung dingin ke arah dua adiknya itu. Masalahnya sekarang ini, yang akan mendapat anak adalah dia, tetapi dua ekor buaya jadian tu pula yang terlebih teruja dan menyibuk mahu mencari nama untuk bayinya dan Safiyah.  Dia hanya menunggu masa sahaja mahu meluku kepala budak berdua itu.

"Yes!!! Dah jumpa dah!!! Kau tengok ni Han, macam inilah kalau nak letak nama baby. Kita kena letak nama yang glamour, havoc dan susah nak disebut." Dia bergerak mendekati Raihan yang sedang memeluk bantal sofa sambil bersila dengan bibir yang memuncung panjang ke hadapan. Merajuk le tuwww!

"Tengoklah bodoh! Kau fikir comel merajuk macam ni? Walaupun comel di mata orang lain tapi tetap hodoh di mata aku. Comel lagi muka katak dari muka kaulah!" Kepala Raihan ditolak kasar. 

Tangan Rayqal ditepis kasar olehnya lalu wajah Raqyal ditekup dengan bantal sofa yang dipeluknya tadi. 

"Kepala jangan mainlah sial! Dalam kepala aku ni ada otak yang geliga tahu tak?!" Dia mencerlung tajam ke arah Rayqal. 

Rayqal menolak bantal sofa tersebut menjauhi wajah kacaknya lalu dia ketawa terbahak-bahak. Raihan yang pada mulanya marah turut ikut ketawa seperti Rayqal. 

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now