💘BAB - 27

24.7K 879 50
                                    

Satu dentingan mesej yang masuk ke notifikasi telefon bimbit Safiyah menyentakkan gadis tersebut yang sedang menghabiskan minumannya sambil menunggu Fetty membayar makanan di kaunter di sebuah kafe yang mereka kunjungi.

Lantas peranti nipis itu dicapai dan punat on disebelah kanan objek itu ditekan dan objek itu mula bercahaya.

Berkerut dahinya apabila melihat nombor yang tidak dikenali itu malah tertulis private number.

Segera mesej itu dibuka untuk membaca isi kandungan yang dihantar.

Private number,
Hello sweetie, you look so beautiful in that white shawl. You look like an angle.

Terus meliar mata Safiyah memandang ke segenap ruang di dalam kafe tersebut bagi mencari gerangan yang telah menghantar mesej itu kepadanya.

Tetapi hampa kerana didalam kafe itu hanyalah terdapat beberapa buah keluarga dan beberapa pasangan kekasih yang sedang menjamu selera sambil berbual mesra.

Berdetak laju jantungnya membaca mesej misteri itu. Hatinya mula dipagut kerisauan. Sejak semalam lagi dia dapat merasakan dirinya seperti diekori oleh seseorang sama seperti keadaannya di Tesco semalam.

Tidak mungkin Rayden yang menghantar pesanan itu kerana dia menyimpan nombor lelaki itu. Mustahil.

Dan tidak pernah seumur hidupnya dia melalui pengalaman seperti ini. Terasa diperhatikan dan sekarang dia diganggu pula oleh satu nombor yang tidak dikenali.

Pap!

Hampir terjatuh telefon ditangan tatkala bahunya ditepuk oleh seseorang dari arah belakang.

"Beb, kau asal muka pucat semacam je ni? Macam nampak hantu." Tegur Fetty yang sudah mengambil duduk di hadapan Safiyah.

Bertaut keningnya melihat wajah pucat Safiyah yang lain dari kebiasannya. Dia tepuk sedikit sahaja bahu Safiyah itupun tepukan yang lembut bagi menyedarkan gadis itu yang dilihatnya seakan-akan sedang mencari sesuatu.

Safiyah memejamkan kedua belah matanya beberapa saat bagi menghilangkan rasa gemuruh dan takutnya itu.

"Fiya, kau kenapa ni? Tak sihat ke?" Soal Fetty yang mula risau melihat Safiyah yang masih tidak mengeluarkan sebarang suara.

"A-aku okay." Jawab gadis itu perlahan.

Debaran di dada semakin menghilang setelah dia beristighfar didalam hati.

"Betul ni?" Soal Fetty yang mahukan kepastian.

Safiyah tersenyum nipis sebelum mengangguk sekilas.

"Ye, betul. Aku okay." Jawabnya sedikit tenang berbanding tadi.

Fetty hanya mengangguk kecil sebelum sling bag berwarna hitamnya dicapai lalu disangkut dibahu.

"Jom gerak. Dah tak sabar ni nak shopping." Ujar Fetty teruja lantas gadis itu bangun dari duduknya.

Safiyah juga turut berdiri dan berjalan bersebelahan Fetty sambil kepalanya masih tertoleh-toleh melihat sekeliling. Meskipun dirinya sudah sedikit tenang namun hatinya masih gundah dan bimbang.

"Kau cari apa Fiya? Dari tadi aku perasan kau dok toleh-toleh macam cari something." Tegur Fetty yang juga turut memusingkan kepalanya bagi melihat apa yang dicari Safiyah.

"Tak. Tak ada apa-apa." Nafi Safiyah.

Dia tidak pasti samada mahu memberitahu Fetty ataupun tidak akan perkara tersebut. Bimbang sekiranya menyusahkan gadis itu  dan merisaukan sahabatnya itu. Dia tidak mahu orang lain turut terbeban dengan masalah yang dihadapinya. Jadi lebih baik dia berdiam diri buat masa sekarang.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now