💘BAB - 9

24.9K 984 55
                                    

Telefon yang nyaring berbunyi menyedarkan Safiyah yang sedang termenung di atas sejadah memikirkan semula kata-kata Rayden sebentar tadi.

"Hurm, kauorang nak apa call akak?" Soal Safiyah malas apabila yang menelefonnya ialah adik-adiknya. Kalau seorang telefon mesti yang lain datang sibuk juga sudah dia agak.

"Wuuu akak marah lahh tachodd titew HAHAHAHA." Kedengaran banyak suara yang mentertawakannya di hujung talian.

Safiyah merupakan anak sulung dari empat adik beradik dan kesemua adik-adiknya lelaki dan semua dah besar panjang budak sekolah menengah lah katakan. Yang kedua sekarang Faiz dah form 5, yang ketiga Afiq dah form 3 dan yang bongsu Aqil, form 1. Jadi tersangat lah annoying bila dapat adik-adik lelaki yang kuat menyakat.

"Kauorang nak apa ni akak penatlah, kalau tak de pape dah boleh end call dah rasanya." Sejadah dan telekung digantung di penyidai sebelum tubuhnya direbahkan ke atas katil.

Terlalu penat dan stress dengan semua benda yang dia lalui. Sudahlah umi dan walid nak jodohkan dia dengan anak kawan mereka, sekarang pening dengan mamat CEO audi kemek acah bagus tu pula.

"Alaaa akak ni, kitaorang saja call, ye lah dah lama tak dengar suara akak terchenta kami ni. Nanti bila dah kahwin dah tak boleh manja-manja dah." Ujar Faiz adik keduanya.

"Ye kak betul tu betul nanti dah jadi isteri orang jangan dilupakan adik-adikmu yang kacak lagikan mantul ini!" Sokong Afiq adik ketiganya sambil diikuti dengan gelak tawa dari arah belakang.

"Akak serious penat ni, tak de mood nak gurau. Sebelum akak cerita dekat abah apa korang buat kat sekolah minggu lepas baik cakap apa benda korang nak?" Safiyah sudah masak dengan perangai adik-adiknya itu. Nama sahaja lelaki tapi kalau ada gosip ke apa ke mesti call takpun spam dia banyak-banyak dekat WhatsApp.

"Akak nak tahu tak macam mana rupa bakal suami kau tu kak? Wuishhh tak sanggup adinda-adinda mu ini hendak membuka cerita." Faiz segera memancing minat kakaknya lalu disambung oleh Aqil.

"Ye kak, saat pertama kali kami melihat wajahnya uishhh tergamam tak terkata, betul tak Afiq?"

"Betul, betul, betul." Ujar Afiq sambil meniru gaya Ipin tapi versi suara garau.

Safiyah yang geram itu lantas bangun dari baringannya dan duduk bersila di atas katil sambil membuka loud speaker.

"Jangan main-main boleh tak? Ni soal masa depan akak ni. Korang jangan buat hal boleh tak? Sini kasi gambar dia akak nak tengok." Ujar Safiyah dengan nada yang kasar.

"Mana boleh kasitahu, abah dah pesan macam ni, weh Fiq kau buat." Faiz serahkan kepada Afiq untuk meniru cara abah mereka bercakap kerana adiknya itu mempunyai kebolehan mengajuk gaya orang lain bahkan membuat suara perempuan pun dia boleh seperti suara perempuan yang betul.

"Oh come on, easy guys." Ujar Afiq riak.

"Ehem, korang jangan memandai mandai tunjuk gambar bakal abang ipar korang dekat akak korang yang tak cantik dan yang sengal tu, biarlah rahsia, biar takdir dan waktu yang menentukan segalanya." Afiq meniru suara dan gaya Encik Azman tetapi ayat yang salah.

Safiyah yang sedang menanti lantas tertawa mendengar suara abah 2.0 itu.

"Akak tak percaya abah cakap macam tu. Yang cakap macam tu kauorang selalu sangat over. Abah selalu panggil akak princess, bukannya sengal. Yang sengal tu kau Afiq!" Ujar Safiyah sambil tertawa.

Walaupun ketiga adik-adiknya selalu menyakat dan menyakitkan hati tetapi mereka boleh jadi penawar di saat dia sedih, marah atau stress.

Mereka bertiga walaupun nampak tak matang tapi selalu menjadi pendengar masalah Safiyah tetapi bukan penasihat yang baik. Sebab itulah mereka selalu buat sesuatu yang kelakar sebab kalau mereka bagi nasihat masalah tersebut akan semakin bermasalah.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now