22 :: h a l l u c i n a t i o n s

159 36 15
                                    

“ TEPI WOI TEPI BAHENOL SEMUA, AKU ADA PATIENT YANG LAWA, EMERGENCY NI, TEPI KALAU TAKNAK MATI KENA SODOK GUNA KATIL NI ” jerit Doktor Heeseung yang sememangnya panik dengan keadaan Bella.

nurse yang lain mengikut dan membantunya dari belakang. “ kami minta maaf tapi patient dalam keadaan emergency, jadi awak semua tak boleh masuk ” ujar nurse tersebut dan membiarkan rakan - rakan Bella yang lain di luar.

Vyerra dah mula menyalahkan dirinya. kalaulah dia tak beria untuk pergi bercuti, semua ni takkan jadi.

“ dah Vy, dah. stop salahkan diri kau. benda memang nak jadi ” ujar Luna, menenangkan sahabatnya.

beberapa orang pelawat dan pesakit juga melihat keadaan mereka, berkemungkinan kesian melihat keadaan bella yang berdarah teruk.

siapa je tak risau? balik saja di rumah, warna merah pekat ada di mana-mana. pusing punya pusing, menjerit si Luna bila dia jumpa pisau dan singki dapur yang dipenuhi dengan darah.

sempat juga mereka mengemas darah-darah tersebut. berdasarkan pemerhatian, darah tersebut berpunca dari dapur, kemudian ke arah tangga. baru sampai tangga kedua, terus banyak darah disitu.

asalnya, Doktor Heeseung datang ke rumah Bella secara mengejut. bila Bella tak datang appointment, dia risau teruk. bila ditanya kenapa, semua rakannya jawab “ Bella taknak, kami dah paksa dia ” .

jadi Doktor Heeseung pun mengambil inisiatif untuk datang mengejut. bila dah bunyikan loceng banyak kali, akhirnya dia terpaksa masuk ke dalam rumah tersebut tanpa kebenaran.

jadinya Doktor Heeseung lah yang memanggil rakannya di hospital agar menghantar ambulans. dia mengangkat Bella dan membiarkan darah dari tangan Bella menitik sehingga ke pintu utama rumah.

⊹ ໋. ‧˚𝐂𝐡𝐞𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐧 𝐘𝐨𝐮  ۰ ໋࣭࿐

bella berjalan mundar mandir di dalam rumahnya. dia masuk ke dapur untuk mencari makanan.

biasanya nampak jake yang masak, kalini terpaksalah dia mencari makanan sendiri.

dia mengeluarkan pisau untuk memotong buah apel merah. tengah syok-syok potong, ada suara menegurnya.

“ bella, ni eomma ni ” tegur suara itu.

bella mengangkat mukanya. di depannya terdapat sebuah figura yang mengaku dirinya adalah eomma bella.

“ e-eomma? ”

figura itu mengangguk. “ bella, eomma dah balik. ”

“ m-macam mana? bukan eomma dah mati ke? ” tanya bella.

adakah ini halusinasidetik bella.

“ tak sayang, kamu tak halusinasi. ” figura itu mula mendekatinya.

elok-elok bella duduk di kerusi meja makannya, dia mula mengundurkan diri. dia tak percaya figura itu ibunya.

“ eomma tak mati, eomma ada dalam diri kamu. cuma kamu yang tak sedar. kamu nak jumpa appa? ”  tanya figura tersebut.

bella mengangguk laju. dia lebih rapat dengan appanya. kalini, dia dapat melihat wajah figura tersebut. dan dia yakin appanya pasti berada berdekatan dengan figura ini.

“ kamu cari appa? dia tunggu kamu di tempat yang lain. nak eomma bawakan? ” tanya figura itu lagi sambil mengelus rambut nipisnya.

bella mengangguk laju. semasa kejadian yang menimpa kedua ibu bapanya, dia hanya sempat melihat wajah ibunya.

figura itu memegang tangan bella yang memegang pisau tersebut. “ kalau nak jumpa appa, kamu kena buat ni dulu. ”

ibarat dipukau, bella mengangkat tangannya yang memegang pisau dan memandangnya. figura yang berada di hadapannya itu memerhatikannya.

bella yang tidak sedar itu, menusuk telapak tangannya. darah yang mengalir langsung tidak memberikan sebarang kesan.

figura di depannya tersenyum galak. bella terus menusuk perutnya berulang kali. darah yang membasahi baju dihiraukan.

bella tersedar. barulah dia tersedar yang dia menusuk dirinya sendiri. dia mencampakkan pisau tersebut ke dalam singki dan membiarkan darah dari tangannya mengalir ke dalam singki sambil menangis.

dia memerhatikan depannya. langsung tiada kelibat figura yang menyebut dirinya “ eomma ” . semakin galak jeritan bella apabila perutnya terasa makin perit akibat menahan tangisan.

dia yang sudah lemah, mula menapak ke arah tangga untuk menelefon jay. namun pergerakannya terhenti di anak tangga kedua apabila terdengar yang pintu utamanya dibuka.

pandangannya yang kelam itu membuatkan dia langsung tidak mengecam figura yang berlari mendapatkannya.

“ bella! jung bella! ”  bella menutup matanya.


cheating on you • park sunghoon || [ ✓ ]Where stories live. Discover now