9 :: s h o e s

171 37 22
                                    

" alaaa sayang takde " rengek Sunghoon.

" ya allah nanti sayang datang, jangan risau " pujuk Bella.

dah 20 minit rasanya berdiri. semua salah anak Park ni, merengek sebab bella tiada.

" tapi tempat competition sayang jauh, nanti tak sempat " Sunghoon masih memujuk.

" jauh pun, Bella datang nantii adoo janganlah risau sangat " rakan sekumpulannya sudah mula bising. Bella tersengih.

" diamlah korang, dah single tu pergi main jauh-jauh " sindir Sunghoon.

" fuh, dia sindir habis-habis yal! "

Sunghoon menjeling. bella lagi penting, hm.

" Dapatkan emas, okay? " Kata Bella sambil mengusutkan rambut Sunghoon.

" Boleh, demi sayang. " Bisik Sunghoon.

Sunghoon mencium dahi Bella dan memeluknya. Rasa berat sangat nak tinggalkan kesayangannya disini, jauh daripadanya walaupun dia yakin yang Jungwon, Vyerra dan Luna mampu menjaga Bella.

⊹ ໋. ‧˚𝐂𝐡𝐞𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐧 𝐘𝐨𝐮  ۰ ໋࣭࿐

[ competition day, skating ]

Sunghoon menunggu gilirannya. Matanya tercari-cari kelibat Bella.

Bella yang kecil diantara ramai pelajar itu melambaikan tangannya pada Sunghoon. Sunghoon hanya tergelak apabila melihat Bella membawa banner besar tertulis " Park Sunghoon hwaiting! "

Sunghoon memakai kasut skatingnya. Dia bersedia merebut pingat emas. Bella pula dah berdebar tengok Sunghoon skating.

" Next to skate, Republic of Korea, Sunghoon Park! "

A/N : jujur , saya sendu bila sound ni keluar dekat tiktok.

⊹ ໋. ‧˚𝐂𝐡𝐞𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐧 𝐘𝐨𝐮  ۰ ໋࣭࿐

Sunghoon keluar dari bilik persalinan. Hampir sahaja dia berlari ke arah Bella kerana dapat emas. Tapi tahan, malu woi ramai tengok.

Bella menunggu Sunghoon. Dimukanya jelas gembira kerana Sunghoon menunaikan hajatnya. Bella terdiam apabila nampak Sunghoon dengan seorang perempuan.

" Dia pakai baju biasa, tapi tutup habis! "

" Senior Bella rambut dia blonde, rambut perempuan ni hitam pekat! "

" Kalau coach pun dia boleh tipu hanya sebab pencapaian dia, takkanlah benda kacang macam ni tak boleh? "

Kata-kata junior Bella mula terngiang-ngiang. Apa yang dikatakan junior itu terhadap perempuan itu betul.

Bertutup habis, siap pakai mask macam ada orang yang akan mencarinya. Rambut hitam pekat. Bella memandangnya dari atas sampai bawah.

Kasut itu... Kasut Nike Air Force 1 UV? Bagi Bella kasut itu kelihatan familiar. Bella terlihat Sunghoon yang memeluk gadis itu. Senyuman bahagia jelas kelihatan di mukanya.

Jealous? Tipu kalau Bella tak jealous. Akhirnya Bella mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan itu.

⊹ ໋. ‧˚𝐂𝐡𝐞𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐧 𝐘𝐨𝐮  ۰ ໋࣭࿐

" Seriuslah? " Tanya Jungwon, tidak percaya.

" Ya. Kau bayangkan, dia tak datang competition gimnastic aku sebab aku ingat yang aku boleh banggakan dia dengan pingat emas tu. Aku tipu dia supaya dia boleh fokus dekat skating dia. Tak sangka pula ada yang dah sokong dia lebih awal " jelas Bella sambil meneguk air cola itu.

" Lepastu, dia nampak bahagia gila bila peluk perempuan tu. Aku ingat, dia nampak aku tu teruslah dia nak lari peluk aku. Rupanya perempuan lain. Lepastu bila aku chaw, takde pula cari. Overthinking yal " makin galak Bella meneguk air cola tersebut.

" Tapi kan, kasut dia... " Bella terdiam.

" Ha kenapa? " Tanya Luna, tidak sabar.

" Kasut dia familiar. Ingat tak kasut Nike Air Force 1 UV tu? " Tanya Bella sambil menggoyang-goyangkan botol colanya.

" Yang aku buat jalan tu? " Tanya Vyerra.

" Yang aku hampir buang tu? " Tanya Luna.

" Yang aku bawak balik dalam keadaan kotor tu? " Tanya Jungwon.

Serta merta Bella menepuk kepala bulat Jungwon. Sakit hatinya memikirkan ketika Jungwon membawa balik kasut kesayangannya dalam keadaan kotor.

" Takde apalah. Aku rasa halusinasi je kot. Takkan aku sorang je pakai kasut macam tu. "

cheating on you • park sunghoon || [ ✓ ]Where stories live. Discover now