15 :: b l o o d y b i r t h d a y

173 38 13
                                    

Bella melangkah longlai ke arah rumahnya. Birthday pun macam tak birthday, hm.

Sebenarnya, sewaktu mereka bertujuh tengah kecoh dekat rumah, Bella curi-curi keluar. Pergi speedmart katanya.

Bella membuka pintu rumahnya. Kenapa? Sebab ni rumah dia, tak perlu nak ketuk bagai semua.

Sebaik sahaja Bella memulas tombol pintu, dia terlihat orang di dalam rumahnya terdiam dan terkejut. Paling jijik, ada figura yang menyebabkan dia begini.

Jungwon yang faham isyarat Bella, terus meminta mereka semua masuk ke dalam, membiarkan Bella dan figura tersebut berbicara.

Bella melangkah ke arah sofa dan duduk, membuatkan figura di depannya termangu mangu.

“ kau nak apa datang sini, Jung Ivy? ”

Ivy menunduk. Dia tahu yang Bella dapat detect dia menukar namanya.

“ oh sorry, salah nama. Bukan Jung Ivy, tapi Ivy Harley. ” bidas Bella.

Ivy tahu, kalau berperang dengan Bella memang dia takkan menang.

“ kak, aku- ”

“ siapa kakak kau? kau siapa nak datang sini, duduk di sofa aku? aku tak kenal kau. blah sekarang. ”

“ kak, dengarlah dulu- ”

“ penjelasan? cukuplah apa yang jadi, kau nak tambah seksa aku lagi? jangan ingat aku bodohlah dengan play victim kau. ingat aku taktau, kau copy hidup aku, style aku semata-mata duit kan? kau ingat, omma dengan appa tinggalkan harta untuk aku je kan? ” sindir Bella, menyebabkan Ivy terdiam.

“ tak cukup dengan itu, kau gunakan boyfriend aku sebagai popularity kau. kau tak muak ke Ivy? ”

“ aku ni, dari kecil dah mula bekerja demi sara kau agar dapat didikan yang elok. aku ni, sanggup berhenti sekolah tu sebab aku fikirkan kau, kau yang akan bantu aku nanti, kau yang akan balas jasa aku nanti. tapi ni yang kau bagi aku lepas apa yang aku dah korbankan, Ivy? ”

“ aku sanggup berhenti dan ajak kau lari dari Seoul. tiket untuk balik Daegu, kau ingat murah? siapa yang sara kau, bayarkan semua kelas kau, sanggup kena pukul dan kena seksa demi nak bagi kau sesuap nasi? ”

“ aku ni, sakit Ivy. sakit mental dan fizikal. zaman kecil aku hilang macam tu je. tapi demi kau, aku sanggup lari ke Daegu semata mata nak cari duit. aku buat semuanya, Ivy. apa yang kau tahu semuanya ialah duit! ’’

“ aku kecewa, Ivy. aku kecewa. kau, sanggup hancurkan kebahagiaan aku. kau ingat setahun kau kurung boyfriend aku, aku tak gila? aku meracau, menjerit macam orang gila. aku merayu, rendahkan martabat aku sebagai seorang atlet hanya sebab nak jumpa dengan dia. tapi aku tak sangka, dua dua hati busuk, lagi busuk dari berak kucing aku. ”

“ dah lama aku pendam. tapi aku simpan sebab nak jaga perasaan boyfriend aku. konon taknak kena expose sebab malu, tu semua dusta. ”

Bella bangun dan mendekati Ivy yang masih berdiri. 

“ ingat Ivy. lepasni, kau bukan siapa-siapa. jangan datang jumpa aku. aku tak kisahlah kau susah ke, merempat ke, hisap ganja ke. aku penat. ”

Bella berbisik di telinga Ivy, “ lepasni, kau bukan Jung Ivy. kau takkan ada nama Jung. dan jangan harap, aku nak anggap kau adik. ”

Ayat Bella itu membuatkan Ivy yang menunduk segera memandang muka Bella yang merah akibat marah. tu baru sikit, belum kalau masuk author lagi. memang dari pisau dapur sampai parang aku baling.

“ Jung Bella! ” jerit Sunghoon.

Tanpa mereka sedar, sebenarnya Sunghoon mendengar semua perbualan mereka sebab dia baru balik dari tandas.

“ kau nak tampar aku pula sebab perempuan kotor ni? kheol, tamparlah. kau ingat aku kisah? ”

“ jaga mulut kau, Bella ”

“ kenapa nak kena jaga dengan orang yang tak reti jaga hati aku sendiri? nak orang jaga hati dia, tapi dia sendiri tak reti jaga hati aku! bodoh ke? ”

“ Jung Bella! ”

Jungwon keluar dari bilik persembunyian mereka dengan niat meleraikan pergaduhan. tapi terlambat.

“ Bella! ”

“ bodoh, kau pandang je? call ambulans cepat! ”

cheating on you • park sunghoon || [ ✓ ]Where stories live. Discover now