6 :: m a n g o , p e n g u i n

191 43 17
                                    

Seminggu selepas itu...

" Lee Hyeri, kenapa berat kau makin bertambah? " Soal Bella, tegas.

Hyeri terdiam. Sesungguhnya dia terlebih makan akibat makan waktu malam.

" Kau makan waktu malam, betul tak Hyeri? " Soal Luna.

Antara Bella dan Luna, Luna lembut sedikit ketika menegur junior. Tapi Bella, garang tak boleh bawa bincang!

" B-betul, senior... " Hyeri tunduk memandang lantai. Sesungguhnya dia serba salah dan takut jika namanya ditukar ke nama orang lain dalam pertandingan itu.

" Tak, Hyeri. Kau nak masuk competition tu ke tak? Kalau taknak aku tukar dengan nama Jihae " terus Bella memandang ke arah failnya.

" 7 emas, 5 perak, 2 gangsa. Okay apa? " Sindir Bella.

" Pergh mantap record dia. Kenapa tak nampak sebelum ni? " Tanya Luna.

" Kau punya pasallah chibai, aku dah kata tengok betul-betul, aku handle untuk competition je. " Jeling Bella.

" Hyeri, aku nak kau turunkan berat badan. Kau fikir berat macamni boleh buat juri terpukau? Aku takut dorang judge je. "

" Lagi satu. Kalau rasa taknak masuk bagitau awal-awal. Ramai lagi yang layak. Semua kemas barang dan boleh balik dorm " kata Luna, tegas.

" Terima kasih, senior! "

⊹ ໋. ‧˚𝐂𝐡𝐞𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐧 𝐘𝐨𝐮 ۰ ໋࣭࿐

Bella mengunci pintu bilik gimnastik. Luna sudah pulang lebih awal, ada emergency.

Bella rasa diperhatikan. Dia memandang sekeliling. Tiada siapa pula. Dah gelap, jangan buat hal woi!

Ini kerana mereka memberikan junior mereka latihan khas. Sesi menurunkan berat badan. Sakit kepala Luna tengok berat mereka!

Niat nak mewakili Korea, berat pun tak terurus. Geram betul tengok berat yang naik! Kalau sekilo dua takpe, ni berpuluh puluh!

Bella mengunci pintu bilik dengan keadaan geram. Satu, tak puas hati sebab berat mereka naik. Kedua, ada junior yang cuba melawannya, sedangkan mereka tahu Bella memang handle competition ni.

Bella menghentak mangga kunci tersebut ke arah pintu. Mangga kunci yang tidak bersalah itu terhayun hayun akibat dihentak Bella.

Sedang Bella marah-marah, tiba-tiba Bella terdengar derupan langkah. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.

" Yah, Park Sunghoon! Apa awak buat ni? " Bisik Bella sedikit kuat.

Ada junior dengar nanti, naya je jadi bahan gosip.

" Saja datang nak jumpa kesayangan aku, tak boleh ke? " Usik Sunghoon sambil mengeratkan pelukan.

" Eh lepas-lepas! " Kata Bella sambil cuba meloloskan dirinya dari Sunghoon.

Sunghoon mencebik. Dia muncung dan mula menghentak kakinya di lantai, persis anak manja yang tak dapat gula-gula!

Bella makin pelik. Bukankah Park Sunghoon yang dia kenal adalah seorang yang dingin lagi degil?

" Hoon, jangan mengada dekat sini eh. Sepak kang, tak pasal-pasal putus terus. " Warning Bella.

Sudahlah kepalanya serabut memikirkan tentang juniornya, tambah pula Sunghoon perangai macam hilang anak, fuh!

" Arraseo. Lepasni tak payah pergi department aku. " Ugut Sunghoon dan ingin melangkah pergi dari situ.

" Yah, Park Sunghoon! Okay-okay jom date. " Akhirnya Bella mengalah. Alang-alang dia tengah stress tu, layankan jela anak Park ni.

Sunghoon tersenyum kemenangan.

⊹ ໋. ‧˚𝐂𝐡𝐞𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐧 𝐘𝐨𝐮 ۰ ໋࣭࿐

" Apa? Dia serang kau? " Kata Sunghoon terkejut. Bella masih menghirup ramennya.

Dating dekat cafe je, jangan risau cafe universiti kami banyak makanan mewah.

" Dia kata, saya perampas. Rampas awak dari dia. " Jeling Bella.

Sunghoon terdiam. " Pastu, kau nak salahkan aku ke? "

Bella menghentak chopsticknya di atas meja. " Mestilah! Kalau awak tak cakap macam tu, takde makna saya kena serang! "

Sunghoon mencebik. Salah dia pula.

" Hei mangga, makan elok-elok boleh tak? Makan macam baru keluar dari gua " sindir Sunghoon.

Sudahlah Bella makan benda yang mahal-mahal. Siapa nak bayar?

" Mangga? "

" Ya, mangga. "

Bella meletakkan chopsticksnya. Mulut yang masih penuh dengan ramen dikunyah perlahan. Apa-apa yang jadi, kita kena habiskan makanan dulu.

" Siapa yang bagi awak guna gelaran mangga? "

" Yang Jungwon, Vyerra Min, Lunaria Kim. "

Bella menghembus nafas. Sabar sahajalah dengan perangai 3 ekor syaitan busybody ni.

Sunghoon hampir tergelak melihat telinga Bella dah merah. Mukanya dicemberutkan, masam. Dengan geram, Bella menghentak sudu besi di dalam mangkuk nasi.

" lepasni kau panggil aku penguin. "

Bella mengerutkan dahinya. Apahal pula aku mangga, dia penguin?

" Sebab gelaran aku ice prince. So panggil penguin ya, sayang? "

" Wah, wah! Saya yang gimnas lagi kurus ni awak panggil mangga sedangkan mangga tu gemuk tahu tak? "

" Mangga gemuk tapi manis, penguin comel tapi dingin, macam aku. " Kata Sunghoon bangga sambil flip rambutnya.

Bella menahan geram. Inilah sebab orang kata jangan cari jodoh yang sama umur.

" Comel. "

cheating on you • park sunghoon || [ ✓ ]Where stories live. Discover now