2 :: s u n g h o o n

286 49 54
                                    

" Bel, kau ni nak makan ke main phone ni? " Kata Vyerra sambil menghentak sudu besinya diatas dulang makanan.

Mana tak marah, orang sibuk makan, dia sibuk main phone. Kena tinggal, tau pulak marah.

" Kejap, dorang kata ice prince tu tengah berlatih! "

Sekali lagi Vyerra menghempas sudunya.

" Sejak bila kau reti stalk orang ? "

" Hello Vyerra Min, kau yang ajar aku eh " ungkit Bella.

Vyerra hanya mencebik. Dari layan, baik dia makan. Menyusahkan betul perempuan ni depannya ni.

Baru je Vyerra main phone, tiba ii Bella mengetuk dulang di depannya. Vyerra mengangkat kepala dan memandang kawan baiknya itu dengan muka tak senang.

" Jom, aku dah habis makan " ujar Bella sambil mengemas barangnya.

" Kau terus telan ke? Kau sihat tak? Nak panadol? Dijamin tak sakit kepala 10 tahun "  Vyerra meletakkan telapak tangannya di dahi aku. Segera Bella menolak tangan kasar Vyerra.

" aku sihat lagi. Dah aku kena balik department dulu jap. Kau baliklah dorm dulu dengan budak taekwondo yang lain eh "

" Bapak dia, aku dah bayar, kau chaw centu je! "

" Bapak aku Jung Juweon, ada masalah? "

Vyerra acah nak baling botol air. Bukan selalu Bella menelan duit Vyerra.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu cafe, tiba tiba Bella rasa macam ada sesuatu yang terhantuk dari luar. Takkan batu?

takkanlah batu besar gedabak nak duduk depan pintu cafe?

Dengan berani, Bella melihat apa yang ada di sebalik pintu itu.

" MAK KAU JERUNG MERAH BAPAK KAU JERUNG HIJAU !! "

--

" EHH AWAK SORRY SANGAT SANGAT ! TAPI MARAH PINTU AND SALAHKAN PINTU TU BUKAN SAYA ! "

Terus sahaja Bella yang kuat gelabah itu meminta maaf. Kalau kena si Jungwon, takdelah kisah sangat , ni masalahnya crush dia!

Park Sunghoon, si ice prince!

Park Sunghoon, former figure skater. Pemenang Asian Figure Skating Trophy, Lombardia Trophy and banyak lagi.

Senang kata, pencapaian dia lagi gempak dari Bella yang seketul buah mangga di atas pokok ni.

Sunghoon mengerutkan dahinya, menahan sakit. Rasa nak maki , tapi kena sabar.

Nasib Bella agak baik pada tengahari itu kerana pintu cafe berada agak jauh dari orang ramai. Buat malu sahaja kalau jadi pusat tumpuan orang ramai.

" Sakit ke? " Tanya Bella.

Sunghoon memandang Bella tajam.

Ada beberapa junior yang terlihat kejadian itu. Masing-masing tak berani bersuara. Senior lawan senior, dua-dua ada pencapaian terhebat dalam universiti ni!

Disebabkan ada junior yang melihat, Sunghoon menarik tangan Bella pergi dari situ.

--


Awkward.

Sumpah awkward

Itulah perasaan yang Bella dapat gambarkan sekarang. Setelah 10 minit berdiam, akhirnya Bella membuka mulut.

" Saya minta maaf. "

Terangkat kening Sunghoon mendengar pernyataan maaf tersebut. Jung Bella, budak paling famous dalam universiti ni, minta maaf dengan seketul Sunghoon yang handsome ni?

" Tau pun kau salah- " terdiam Sunghoon apabila Bella meletakkan jari telunjuknya di bibir Sunghoon.

[ Mohon baca elok-elok, jari telunjuk ya bukan jari * tuttt * . Terima kasih, ya sama - sama. ]

" Tapi sila salahkan pintu tu. Dia yang hempuk awak. Dahlah warna dia gelap. Memang tak nampak orang dekat luar. Jadi, salahkan pintu tu. "

Sunghoon hampir tergelak apabila mendengar kata-kata Bella.

Sunghoon merapati Bella. Dia berbisik ke telinga Bella.

" Pintu langgar takpe. Kau langgar, aku risau, sayang. Shall we play some games? "

cheating on you • park sunghoon || [ ✓ ]Where stories live. Discover now