bab 58 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Start from the beginning
                                    

Dalam fikirannya sudah tiada apa - apa kecuali cip itu.Kewarasannya juga sudah hilang kerana terlalu memikirkan cip itu.

✪✪

Adrian masuk kedalam bilik itu.Tubuh yang masih lena diatas katil wad itu dipandang.Satu keluhan berat dilepaskan.

Dia kemudiannya mendekati katil itu sebelum duduk dilabuhkan keatas kerusi yang tersedia ditepi katil tersebut.Mata terus dibawa kewajah pucat itu.

Sudah tiga hari sejak Arin ditidurkan, dan sampai sekarang gadis itu masih belum menunjukkan tanda - tanda untuk sedar.Namun nafasnya sudah mulai teratur seperti biasa.

"Sayang, bila nak bangun ni?"tangan gadis itu dicapai.Tangan mulus itu diusap - usap sebelum kekuranya dikucup lama.

"Biy dah rindu..Sayang tak rindu biy ke? Bangunlah sayang, dah tiga hari sayang tidur kat sini.."berkaca mata Adrian.Rasa rindu yang memberat didada sangat menyiksa dirinya.

Kini pandangan Adrian dihalakan kearah perut Arin pula.Diusap lembut kawasan tersebut dengan senyuman kecilnya.

"Anak ayah masih penat eh? Maafkan ayah tak dapat datang lebih awal hari tu? Mesti ibu dengan anak ayah ni sakit kan sebab kena pukul? I'm sorry.."

Andai saja dia datang lebih awal tempoh hari, pasti saja Bella tidak sempat sentuh isterinya.Dan itulah salah satu sesalan paling besar dalam hidupnya.

Adrian memandang kearah leher Arin yang masih terpasang rantai berpermata biru itu.

Tanpa orang lain tahu, cip yang selama ini dikejar - kejar oleh musuhnya masih selamat dengan Arin.Dia sudah lama menyimpan cip itu dibelakang permata rantai tersebut.

Alasannya menyimpan disitu bukanlah untuk melibatkan isterinya.Tapi tiada siapa yang akan tahu jika dia letakkan disitu.Lagipun, Adrian memang sudah berniat ingin memberikan cip itu kepada isterinya.

Dia nak simpan buat apa? Sudahlah dia punya harta sendiri pun masih banyak.Tambahan lagi harta keluarganya.Bukankah itu satu pembaziran jika cip tersebut masih dalam simpanannya?

"Em.."Adrian mencari wajah Arin.Satu senyuman lebar terlakar pada wajahnya sebaik melihat mata gadis itu yang mulai tercelik.Dia lantas bangun dari duduk.

"Sayang! You're awake!"tubuh Arin terus dibawa kedalam pelukan erat.Air mata lelakinya jatuh menitik.Tidak dia sangka isterinya itu akhirnya sedar juga.

"Awak..sakit.."adu Arin bila pelukan Adrian terlalu erat sehingga membuat kan kesan lebam pada badannya kembali sakit.

"Oh sorry."pelukan dileraikan.Senyuman masih kekal pada wajah Adrian.Tangan nya sudah naik menekup pipi Arin.

Arin tersenyum melihat tingkah suami nya itu.Kalau boleh senyum tu sampai telinga lebar dia!

"Lama sangat ke saya pengsan?"soal Arin sambil memandang wajah Adrian.

"Sayang kena tidurkan sebab penat sangat..Ada lah tiga hari biy menunggu kat sini..Rindu, tahu tak?"balas Adrian.

Arin tertawa kecil.Dia pun rindu juga dengan Adrian.Apa lagi dengan bau lelaki itu.Terasa sudah lama dia tidak menghidu bau kegemarannya itu!

"Anak kita macam mana, biy?"perutnya diusap.Dalam hati berdoa agar tiada apa - apa yang terjadi pada kandungannya.

Adrian menggeleng kepala.

"Baby kita sihat."dahi Arin dicium lama.

Arin lega mendengar jawapan Adrian itu.Alhamdulillah, Allah masih izinkan dia untuk mengandung anak itu.

"Sayang, tak rindu biy ke?"Adrian sudah naik keatas katil.Tubuh dibaringkan di sebelah tubuh Arin.

Apa? Katil wad VIP tu saiz queen okay? Jadi, lebih baik digunakan daripada di bazir ruangnya.

"Em, rindu..Biy, nak bau."

Adrian mencebik.Rindu nak cium baunya saja kan? Heh, susah sangat kalau dah jadi haruman kegemaran isteri ni.Sikit sikit, minta bau.

Tapi tak pe lah, yang penting isterinya itu sudah sedar.Dan anak mereka masih selamat didalam rahim.Cukup bahagia kan hari Adrian.

"Come sayang.."tubuh Arin dibawa kedalam pelukan.Sempat dahi dan dua belah pipi gadis itu dicium kejap.

Ingat, kesempatan jangan ditolak.

Arin apa lagi? Suka lah dia sebab dapat hidu bau Adrian.Senyuman terukir pada wajah pucatnya.Dia masih belum sembuh sebenarnya, tapi bila melihat Adrian, terasa semua kesakitan pada badannya hilang serta merta.Apa lagi melihat senyuman lelaki itu.

"I love you, sayang..And my child too."

Arin tersenyum.Selama ini, Adrian tidak pernah lupa untuk mengucapkan kata - kata cintanya.Apa kata kalau kali ini, dia balas?

"Love you too, biy."

Adrian terkejut.Pelukan lantas dilepas kan sebelum wajah si isteri dicari.Mata membulat terkejut.

"Sayang? Say it again."

"Love you too, biy."wajah disembamkan kedada bidang Adrian sebaik menutur kan ayat tersebut.Wajah Arin sudah panas menahan malu.

Adrian senyum senget.Berapa bahagia dia dapat hari ni? Today is his day!

"Comel lah ibu ni baby!"usik Adrian yang sudah memeluk Arin semula.Pipi gadis itu sempat dicubit geram.

Eii, isteri siapa comel sangat ni?!
















Kesian Bella kan? Tak I mean her parents HHAHAHAAH

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️


LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now