bab 12 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

70.4K 4.3K 486
                                    

"Don't say you're weak, if you're actually mine, sweetheart."

Arin yang baru selesai mencuci pinggan itu lantas menuju keruang tamu.Nak naik bilik, macam awal sangat.Lagipun dia belum mengantuk.

"Aduh Carlosa! Benda dah macam tu pun tak boleh goal lagi ke? Aku dah bagi chance tahu tak?"

"Entah! Lemah lah jantan German ni!"

Dari jauh lagi suara Black dan Mark yang sibuk mengkritik Carlos itu sudah menyapa pendengarannya.Dah serupa suara makcik - makcik waktu kenduri kahwin.Masing - masing tidak ingin mengalah mencaci lelaki yang langsung tidak bersuara itu.

Arin menuju kesatu sofa single yang kosong itu.Adrian yang sedang sibuk menilik sesuatu di iPad nya itu diperhati seketika.Lelaki itu tampak sangat kacak dengan kaca mata dan pijama satin berwarna biru gelap tersebut.

Kini perhatian gadis itu dihalakan ke skrin televisyen yang memaparkan permainan bola sepak itu.Kualitinya tak payah cakap.Memang tip - top punya!

"Laju la lari tu Carlosa! Kau tu jantan!"

Arin tersenyum mendengar 'kata - kata semangat' dari Mark itu.Apalah dosa Carlos sampai dapat kawan macam Black dan Mark ni.Kepala digeleng perlahan.

"Eh puan! Sejak bila kat sini ni?"tanya Black sedikit terkejut.Apa tidak terkejutnya, tiba - tiba saja isteri majikannya itu 'wujud'.Kus semangat!

Lantas semua pasang mata terhala kepadanya.Adrian turut melakukan perkara yang sama.Kaca matanya siap dibetulkan lagi.

Arin menjongketkan kedua keningnya.Rupanya tiada siapa yang perasan dengan kehadirannya.Khusyuk sangat lelaki - lelaki tak cukup umur ni main game!

"Dah lama juga lah.."balas Arin dengan senyuman manisnya.

Adrian pula tidak putus - putus merenung Arin dihadapannya itu.Fokus pada kerjanya itu sudah hilang.IPad tersebut diletakkan keatas meja sebelahnya tanpa dimatikan.

"Sayang.."

Arin memandang Adrian.Diikuti oleh Black dan Mark.Hanya Carlos saja yang masih memberi perhatian pada permainan itu sepenuhnya.

"Mari sini."panggil Adrian tanpa menghiraukan kedua orang kanannya itu.Perhatiannya terletak pada Arin sepenuhnya.

Arin sedikit tersipu apabila menangkap senyuman mengusik Black dan Mark itu.Namun, arahan Adrian diturut jua.

Langkah ayu diatur mendekati suaminya itu.Pipinya yang sudah berubah warna langsung tidak diendahkan.Gadis itu tidak mahu sesiapa pun sedar dengan kegugupannya pada masa itu.

Hujung bibir Adrian ternaik sedikit.

"Argh!"satu jeritan kecil terlepas dari bibir Arin apabila tubuhnya tiba - tiba ditarik.Sedar lagi, tubuhnya sudahpun mendarat diatas riba suaminya itu.

Black dan Mark membuat muka jelik sebelum menyambung permainan itu semula.Adegan manis pasangan baru kahwin itu langsung tidak dipandang lagi.Trauma!

"I miss you, sayang."bisik lelaki itu tepat ditelinga Arin.

Nasib baik saja suaminya itu menggunakan nada yang perlahan.Kalau tak, memang malu tujuh keturunan dia dengan Black dan Mark.Bukannya dia tidak perasan yang kedua lelaki itu masih memasang telinga meski pandangan dihalakan keskrin tv.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now