bab 10 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

76.5K 4.1K 305
                                    

"Don't say you're weak, if you're actually mine, sweetheart."

Arin menolak pintu itu.Kelibat seorang lelaki yang berdiri dihadapan cermin itu dipandang.Tubuh dibawa masuk sebelum pintu ditutup semua.

Langkah dibawa kekatil.Segala bantal dan selimut dirapikan.Barang - barang yang ada diatas meja lampu itu turut dikemaskan.

Adrian pula hanya diam memerhati setiap pergerakan Arin menerusi cermin.Senyuman senget terukir.

"Sayang.."

Arin menoleh.Keningnya dikerutkan.

"Kenapa awak?"

Adrian tidak menjawab, malah lelaki itu hanya membuat isyarat menggunakan tangannya agar Arin mendekatinya.

Arin menghampiri lelaki itu.

Adrian menghulurkan tali leher yang sejak tadi berada dalam pegangannya sebaik gadis itu tiba dihadapannya.

Arin kerutkan dahi sambil matanya melekat ketali leher berjenama itu.Kenapa?

Adrian menarik tubuh genit tersebut kearahnya.Kedua tangannya berada dibelakang pinggang isterinya itu.

Arin cuba mengawal riaknya.Siapa je perempuan yang tak berdebar kalau dalam keadaan macam ni?

Adrian menundukkan wajahnya memandangkan tinggi Arin hanya paras bahunya saja.Paras indah itu diperhati.

"Kenapa ni aw-wak?"Arin menunduk semula apabila wajah Adrian berada sangat dekat dengan wajahnya.Gugup weyh!

"Ikatkan."

Arin menayangkan riak terkejut.Dia mana pandai ikatkan tali leher segala ni!Ikat tali kasut pandailah!

"Tapi saya tak pandailah awak."

Adrian menjarakkan tubuh mereka sedikit.Kedua tangan gadis itu diambil sebelum tali leher diletakkan keatas tapak kecil tersebut.

"Biar aku ajar."kata Adrian lembut.Pipi Arin diusap penuh kasih.

Arin menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan.Tali leher itu dipasangkan ke leher suaminya.

"Lepas tu?"

Adrian memegang kedua tangan Arin sebelum melakukan langkah - langkah untuk mengikat tali leher.Mustahillah dia yang sudah pakai tali leher sejak sekolah rendah tu tak reti pakai sendiri kan?Tapi dia saja nak minta tolong dengan Arin.Kata orang, aura isteri bila pakaikan tali leher memang lain!

Senyuman Arin mekar apabila tali leher itu sudah terikat kemas.Tanpa dia sedar, kedua tangannya naik merapikan kemeja yang tersarung ditubuh Adrian.Satu kebiasaan Arin setelah memakaikan adik - adiknya pakaian.

Hati Adrian berbunga lagi.Lihatlah betapa ketagihnya lelaki itu dengan isterinya sendiri.Well, she is addictive right?

"Dah siap!"riang sekali nada yang digunakan oleh Arin.Kepalanya diangkat.Matanya bertemu dengan iris hitam gelap tersebut membuatkan gadis itu terkelu sendirian.

Cepat - cepat Arin menjarakkan tubuh mereka.Matanya dilarikan keseluruh ruangan itu.Enggan bertentang mata dengan lelaki itu lagi.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now