bab 43 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

47.2K 3.1K 342
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


Arin memutar tombol pintu bilik itu penuh perlahan sebelum tubuhnya diboloskan masuk.Adrian yang sedang berdiri membelakanginya di beranda bilik mereka itu terlebih dahulu menyapa retinanya.

"Yang kau cuai sangat ni kenapa, Nasha? Kan aku dah pesan haritu jangan sampai papa tahu! Susah sangat ke nak ikut?!"

Arin yang sudah duduk dihujung katil itu lantas mengerutkan dahi sebaik telinga nya menangkap suara tinggi Adrian.

Nasha?

Suaminya itu marah kak Nasha kah?

"Hisy, tengoklah! Orang tua tu suruh kami pergi situ sebab nak cari pasal je kan? Memang dah kemaruk dengan harta orang!"ujar Adrian dengan wajah merahnya.Dia turut dapat rasakan yang suhu badannya juga sudah meningkat.

Nasha memang selalu cuai.Tapi tidak pula Adrian sangka yang kakaknya tersebut turut cuai dalam rahsia besar seperti itu.Dan sekarang, papa mereka sudah tahu.Sudah pasti lelaki tua itu ingin bertemu dengan mereka!

"Alah, Nash..Aku minta maaf lah!"rayu Nasha dihujung talian.Suaranya jelas sarat dengan perasaan bersalah.

Adrian mendengus.

"Apa - apa lah! Aku letak dulu."

"Nash-"

Tut!

Adrian meraup rambutnya kasar.Bibir diketap menahan geram.Malam itu, papa nya menyuruhnya membawa Arin ke vila keluarga mereka pasti untuk bertanyakan hal sebenar.Ergh, Nasha!

Badannya dipusingkan untuk masuk kebilik semula.Kehadiran si isteri belum diperasan lagi.

"Awak.."

Adrian mencari empunya suara itu.Arin yang duduk dikatil mereka itu lantas dihampiri.Adrian senyum sikit.

"Yes, sayang?"jauh beza dengan tadi, kini nada yang digunakan oleh Adrian sangat perlahan dan lembut.Dahi isterinya itu sempat dilabuhkan satu kucupan hangat sebelum punggungnya dilabuhkan pada ruang kosong sebelah gadis tersebut.

"Siapa telefon tadi? Kak Nasha ke?"tanya Arin sedikit berkira - kira.Tidak mahu dicop menyibuk pula nanti!

Adrian merehatkam kepalanya dibahu Arin.Tangan kecil gadis itu lantas dibawa kedalam genggamannya.

"Hm."balas Adrian lemah.

Arin hanya membiarkan setiap tingkah suaminya itu kepada bahu dan tangan miliknya.Dah sah pun kan?

"Em kalau saya tanya sesuatu boleh?"

Adrian mengangguk kepala.Lengan Arin dipeluk erat.Mata dipejamkan.Cuba mengusir segala masalah dalam dirinya.

"Kenapa awak marah kak Nasha tadi? Kalau awak tak nak jawab pun tak pe.."

Adrian mengangkat kepalanya dari bahu Arin.Wajah isterinya itu ditarik agar menghadap dirinya.Mata mereka erat bertaut.

"Papa aku dah tahu tentang kita."jelas Adrian dengan tangan yang masih setia menekup pipi si isteri.

Arin mengerutkan dahi, hairan.Bukan lebih baik kah kalau papa lelaki itu tahu?

"Ada apa kalau papa awak tahu?"

Adrian mengeluh kecil.Kepala ditundukkan seketika sebelum wajah Arin dipandang semula.

"Papa aku sejak kecil lagi, memang nak kahwinkan aku dengan anak kawan dia..Tapi setiap kali dia paksa, aku akan menolak..Well, dia buat semua tu untuk dapat harta kawan dia tu..And, finally he knows that aku dah kahwin dengan orang lain, iaitu kau.Kau rasa dia marah ke tak?"terang Adrian panjang lebar.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now