bab 14 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

68.2K 4.2K 577
                                    

"Don't say you're weak, if you're actually mine, sweetheart."


Kini, sudah genap sebulan Arin tinggal dirumah itu.Ia juga bermaksud, sudah sebulan berlalu sejak dia dan Adrian disatukan.Hubungan mereka juga sudah bertambah baik dari hari ke hari.Kekok dalam dirinya apabila berhadapan dengan Adrian sudah berkurangan.Malah, semua layanan lembut dan penuh kasih lelaki itu semakin membuatkannya tidak keruan.

Dan, Arin akui, hatinya sudah terpaut dengan lelaki itu.Hati yang sebelum ini tidak pernah berpenghuni, kini telah diisi dengan nama suaminya itu.Lelaki yang sah bagi dirinya.

Namun baginya, untuk mengakui perasaaanya tersebut terasa seperti masih terlalu awal.Lagipun, dia malu untuk lakukannya.Biarlah masa yang menentukan.

Semua rutin lelaki itu sudah melekat dibenaknya.Setiap pagi, lelaki itu pasti akan memanggil dirinya untuk mengikat tali leher.Tengah hari pula, Adrian pasti akan pulang lunch.Rindu katanya!

Setiap malam pula, Adrian pasti akan meminta dirinya agar menemani lelaki itu menyiapkan segala kerja di bilik kerjanya.Dia sering tertidur disofa, dan sedar - sedar saja dia sudahpun berada diatas katil.Erat berada dalam pelukan suaminya.

Satu yang Arin suka dengan sifat Adrian, lelaki itu tidak pernah mengabaikan dirinya meski berada dalam keadaan yang sibuk.Begitu juga dengan masakannya.Semua masakannya pasti dihabiskan sebelum segala pujian manis diberikan.Lihatlah, bagaimana Arin boleh bertahan tidak jatuh cinta?

Bukan setakat Adrian, malah perangai orang kanan lelaki itu juga sudah dihafal.

Carlos, lelaki itu sentiasa berada dalam keadaan yang cool dan pendiam.Hanya bercakap perkara yang penting.Jika tidak penting, maka diamlah lelaki itu.Jarang sekali ingin mendengar suara ketawa lelaki itu.

Berbeza pula dengan Black dan Mark.Dua lelaki itu sudah seperti kembar yang dimana - mana pasti akan mengeluarkan sifat crackhead mereka.Malam berjaga, pagi baru nak mengantuk.Kalau boleh, setiap hari suara Adrian dan Carlos pasti akan bergema kerana mengejutkan dua lelaki itu.

Jika Carlos mengangkat pinggan selepas makan, tapi tidak bagi Black dan Mark.

Dan Arin baru tahu yang Carlos, Black dan Mark itu bukanlah asal Malaysia.Carlos dari German, Black dari Thailand, dan Mark dari Turki.Walau begitu, ketiga - tiga lelaki itu ialah penganut agama Islam sejak lahir.

Ting tong! Ting tong! Ting tong!

Arin yang sedang bersantai ditaman belakang rumah itu lantas menuju ke pintu utama sebaik mendengar bunyi loceng yang bertalu - talu.Bila loceng itu seperti tidak ingin berhenti, Arin mula berlari anak.

"Siapa pula tu?"bisiknya dalam larian.

Pintu dibuka.Black dan Mark yang berganti - ganti menekan loceng itu menyapa pandangannya.Dahinya berkerut.

"Puan!"serentak Black dan Mark berkata dengan nafas yang tercungap - cungap.

Arin membuka pintu luas.

"Kenapa ni?"matanya menurun apabila melihat tubuh Black dan Mark yang sudah melorot jatuh keatas lantai itu.

"Puan, tolonglah selamatkan kami."

"Kami masih ingin hidup!"

Makin berkerut dahi Arin mendengar kata - kata orang kanan suaminya itu.

"Saya tak faham lah!"

Black menggeleng.Manakala Mark pula sudahpun menangis palsu.

'Salah scene lelaki ni!'sempat Black mengutuk Mark didalam hati.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now