bab 47 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

48.5K 3K 732
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


Arin menuju kedapur.Kelibat tiga orang lelaki yang sedang menikmati sarapan mereka itu dihampiri.Siapa lagi kalau bukan Carlos, Black dengan Mark?

"Eh hai, puan!"sapa Mark dengan senyum manisnya.Black disebelahnya pula terus melambaikan tangan sebaik melihat puan mereka itu.Carlos sekadar memerhati.Bak kata Nazim, tak boleh cakap banyak waktu makan, nanti meninggal dalam keadaan tak cukup amal..

Arin senyum.

"Hai, semua."balas Arin dengan nada ceria.Duduk dilabuhkan kesalah satu kerusi yang ada dimeja makan tersebut.

Ketiga lelaki itu mengerutkan dahi.Tak, kenapa isteri tuan mereka itu tampak begitu pelik? Bukan pelik, tapi lain daripada yang lain.Ceria dia lain macam, tahu tak?

"Ada apa - apa berita gembira ke, puan?"

Arin pelik mendengar pertanyaan Black itu.Berita gembira? Kenapa pula lelaki itu tiba - tiba saja bertanya dengannya?

"Em, takde.Kenapa? Ada apa - apa ke yang saya tak tahu?"pertanyaan itu dibalas dengan pertanyaan semula.

Black laju menggeleng kepala.

"Tak lah..Saya tanya je sebab puan ceria sangat hari ni..Muka pun berseri - seri! Dah macam pengantin baru pun ada."

Arin mengangkat keningnya.Wajahnya disentuh seraya tersenyum.

"Mana ada lah, biasa - biasa je..Em, korang tahu tak mana Adrian? Dari pagi saya tak jumpa dia."kini nada ceritanya tadi sudah berubah menjadi sedikit sedih.Entah kenapa, mood nya pada hari itu cepat saja berubah - ubah.

"Rasanya dekat taman belakang kot, puan..Sebab tadi saya nampak tuan buat kerja dia dekat situ."beritahu Mark sebelum menyuapkan nasi goreng masakan Arin itu kedalam mulutnya.

Arin mengulum senyuman lebar.Dia laju berdiri dari duduknya.

"Kenapa puan? Puan perlu apa - apa ke? Boleh kami carikan.."tanya Carlos bila menangkap wajah Arin yang seperti mahukan sesuatu itu.Lihatlah betapa gentlemannya seorang Carlos Bernard!

Arin menggeleng kepala.Senyumannya sekali lagi dihadiahkan kepada tiga lelaki tersebut.Tiada sesiapa yang boleh bagi apa yang dia mahu kali ini.Hanya Adrian seorang saja yang dapat.Sebab itulah dia tidak putus - putus mencari lelaki itu.

"Tak pe, Carlos..Korang makan lah dulu, minta maaf mengganggu."ujar Arin sebelum dia beredar dari situ.Kini langkahnya dibawa ke tempat yang Mark beritahu tadi.

"Jumpa pun."senyuman Arin melebar apabila melihat kelibat Adrian yang sibuk menaip sesuatu di komputer riba itu dari jauh.Kaki diatur kesana.

"Awak.."

Adrian mengangkat kepala.Wajah Arin menyapa pandangannya.Senyum manis serta merta terukir.

"Kenapa, sayang..Mari duduk sini."ruang kosong sebelahnya ditepuk - tepuk untuk menyuruh gadis itu agar duduk disitu.

Arin mengikuti arahan Adrian.Dalam mindanya masih berkira - kira untuk menyatakan hasratnya kepada Adrian.

"Awak duduk sini, sejak pagi lagi ke?"

Adrian mengangguk kepala.Komputer riba yang berada diatas ribanya tadi terus diletak ketepi.Seperti biasa, fokus lelaki itu sudah hilang sebaik bertemu dengan Arin.Senang betul terpengaruh!

"Haah, aku dekat sini je tadi siapkan semua kerja tu..Kenapa, sayang? Nak sesuatu ke?"kepala Arin diusap perlahan.

Arin memandang wajah Adrian.Setelah berfikir lama, akhirnya dia memutuskan jua untuk meminta sesuatu dari lelaki itu.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now