bab 55 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Start from the beginning
                                    

"Be-lla uhuk! Kamu buat apa ni?!"nafas Dato' Nazri sudah tidak teratur.Pijakan demi pijakan daripada Bella itu sangat menyakitkan kulit perutnya.Apa lagi bila gadis itu memakai high heels.

"Woi, perempuan! Lepaskan papa aku lah, bodoh! Dasar gila!"tempelak Nasha dengan wajah kemerahan menahan geram.Geram bila papanya diperlakukan sedemikian.

Datin Anna sudah tidak mampu mengatakan apa - apa.Hanya air matanya saja yang mengalir, menzahirkan rasa pilunya melihat keadaan si suami.

"Kejap, aku nak bagi pengajaran sikit buat lelaki gila harta ni! Dah tua tapi kalau berkaitan harta memang dia nombor satu.."hina Bella dengan kaki yang semakin kuat ditekan keperut Dato' Nazri.

Arin hanya diam kelu.Tidak dia sangka gadis secantik Bella itu rupanya punya helah selama ini.

"Capo."(bos.)

Arin, Datin Anna dan Nasha serentak menoleh kearah suara itu.Bella juga sudah berhenti dari aktivitinya tadi.

"So where is Adrian's pregnant wife?"soal lelaki yang memakai kot labuh pada tubuhnya itu.Pandangan diliarkan untuk mencari isteri pemilik cip tersebut.

Arin sudah ketakutan.Takut jika dia diapa - apakan oleh lelaki itu.Tambahan lagi bila lelaki itu mengetahui tentang kandungannya.

Bella sudah tersenyum sinis.Kini dia mendekati Arin pula.Geram pula dia melihat wajah yang merosakkan plan nya dari mengahwini Adrian itu.Kalau dia kahwin dengan Adrian, mudahlah bagi mereka untuk mencari cip tersebut.

Tapi malangnya Arin terlebih dahulu datang kedalam hidup Adrian.Sekaligus menggagalkan rancangan mereka.Jadi, terpaksalah mereka buat plan B.

Iaitu, dengan menculik seluruh ahli keluarga Adrian.Mereka pasti, lelaki itu tidak akan berkira - kira untuk memberi kan cip itu jika keselamatan keluarganya terancam.

"Argh!"jerit Arin yang kesakitan bila Bella tiba - tiba saja menarik rambutnya sekuat hati.Berair matanya menahan sakit yang menyengat kulit kepalanya.

"Arin!"

"Arin!"

Datin Anna dan Nasha sudah ketakutan melihat keadaan Arin.Dalam hati sudah berharap agar lelaki itu tidak menyakiti ibu mengandung tersebut.

"She is, Leo."

Lelaki yang dipanggil Leo oleh Bella itu mulai menghampiri kedua wanita tersebut.Senyum sinis diukir.

'Adrian, I got your wife and child.'

"Mrs. Adrian, can you tell us where is that chip now? Just tell us, and we didn't do any bad to your child."ujar Leo seakan mengugut gadis itu.

Arin menggeleng kepala.

"I-I swear, I don't know about that."jujur, Arin mengatakannya.Air matanya jatuh menitik.

Leo mengangkat keningnya sebelah.Dia kemudiannya mengusap pipi gadis itu.

"Bella, give her some lessons..Just a little bit.. Remember, she is pregnant."kata Leo dengan nada yang tidak ikhlas langsung.

Arin sudah menarik pipinya dari terus diusap lelaki itu.Hanya Adrian seorang saja yang boleh menyentuhnya sebegitu!

Bella tersenyum suka.Tubuh Arin terus ditolak kebelakang dengan kuat.Sehingga terbaring gadis itu diatas lantai Kotor tersebut.Tapi dia kisah apa? Lagi suka ada lah!

Leo yang memerhati hanya diam berpeluk tubuh.Dibiarkan saja Bella selaku orang kanannya itu menyakiti tubuh kecil isteri Adrian.

Dato' Nazri yang melihat perbuatan Bella itu hanya diam.Dia juga masih terkejut dengan sisi anak kawannya yang satu itu.

✪✪

"Tuan, saya tak dapat jejak diorang."

Adrian mendekati Carlos yang sejak tadi duduk dihadapan komputer itu.Keluhan terlepas dari mulutnya.

"Kenapa pula? Kau dah cuba hack phone Arin ke? Phone papa mama aku?"mata Adrian ralit memandang skrin komputer itu.Semua maklumat disitu cuba dibaca.

"Sudah, tuan..Tapi saya rasa telefon diorang memang sengaja ditinggalkan sebelum dibawa pergi..Sebab tu lokasi semasa mereka sama dengan tempat sebelum mereka kena culik."terang Carlos dengan wajah seriusnya.

Adrian mendengus geram.

"Tuan, tuan tiada pasang apa - apa alat ke dekat badan puan? Dekat papa mama, tuan ke? Kak Nasha?"tanya Black yang baru saja menghampiri Adrian dan Carlos bersama dengan Mark itu.

Adrian terdiam.Tiba - tiba satu perkara melintas di fikirannya.Senyuman terukir.

"Aku tahu! Carlos, kau masih ingat kan cara hack cip tu?"

Carlos memandang Adrian.Kepala di angguk tidak lama kemudian.Adrian sudah mengajarnya dua tahun lepas.

Tapi kenapa?

"Good, aku nak kau hack cip tu now."arah Adrian.Bahu Carlos ditepuk - tepuk.

"Em, okay."

Black dengan Mark berpandangan.Jadi, maksudnya cip itu...

"Black, aku nak kau kumpul orang - orang kita sebanyak mungkin.."

Black mengangguk kepala.

Kini Adrian memandang wajah Mark pula.Mark turut memandang wajah Adrian, menanti arahan daripada tuannya itu.

"Mark, macam biasa.Kumpul senjata untuk semua orang.."

Mark mengangguk kepalanya.

"Baik, tuan."

Black dengan Mark sudah berlalu pergi dari situ.Masing - masing ingin membuat tugasan mereka yang diberikan oleh Adrian.Mereka sudah tiada masa untuk bermain.

"Tuan, saya dah jumpa."

Adrian mendekati Carlos.Komputer itu dipandang dengan mata yang tajam.

"Diorang masih dekat Malaysia."

Adrian sudah tersenyum sinis.Huh, masih dekat Malaysia rupanya!

"Nak sangat cari pasal eh?"
















Bella rupanya ! Hahaha 😆

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now