bab 52 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Start from the beginning
                                    

"Sayang, kau tu perlu minum susu banyak - banyak supaya baby kat dalam tu makin kuat.Kata nak dapat anak yang sihat, tapi kenapa tak nak minum susu? Tak pe, nanti aku akan suruh tiga orang tu belikan semua jenis susu..Nanti boleh lah kau pilih mana yang kau nak..Boleh, sayang?"panjang lebar Adrian memujuk Arin.Harap - haraplah semua kata - katanya tadi tiada yang mengguris hati si isteri.

Arin terpaksa akur.Takkanlah pula dia nak sia - siakan semua usaha Adrian kan? Lelaki itu sudah cukup berusaha untuk memberikan yang terbaik buat dirinya dan anak mereka.

"Baik, awak.."

Adrian mengusap kepala Arin seraya tersenyum.Dia kemudiannya mencium perut kempis gadis itu.

"Sayang anak ayah, dah bangun ke tu? Mesti kamu kan yang hasut ibu supaya tak minum susu? Tak sedap eh bau dia? Tak pe, nanti ibu dengan ayah cari susu lain okay? Jangan risau, ayah takkan biar anak ayah haus kat dalam tu.."

Arin tersenyum suka melihat Adrian yang bercerita berdekatan perutnya itu.Satu tabiat baru suaminya!

Buk!

Buk!

Bukan main terkejut Adrian dan Arin bila mendengar bunyi hentaman kuat itu.Arin sampai mengusap dadanya.

"TUAN!"

"PUAN!"

Adrian mendengus geram bila matanya menangkap dua figura lelaki yang sudah berlari laju menghampiri mereka.Siapa lagi kalau bukan Black dengan Mark?

"Tuan, puan! Kami ada surprised!"ujar Black dengan nada penuh teruja.Wajah nya juga penuh dengan senyuman.

"Haah, puan!"sokong Mark sambil kepala nya terangguk - angguk.Senyuman turut terukir pada wajahnya.

Adrian dan Arin mengerutkan dahi.Apa pula yang dua lelaki ini cuba sampaikan?

"Surprised apa?"soal Arin.

Black dengan Mark berpandangan antara satu sama lain.Satu senyuman misteri terpapar jelas pada wajah mereka.

"CARLOSA!"jerit mereka serentak.

Adrian menekup kedua telinga Arin.Ish, bising sangatlah Black dengan Mark ni!

"Apa bodoh?"

Semua pasang mata terus menoleh ke arah Carlos yang baru masuk itu.Di tangannya juga penuh dengan plastik - plastik besar yang entah berisi apa!

"Lembap sangat lah kau ni, Carlos..Dah macam siput pun ada! Tak boleh harap langsung.."kutuk Mark yang sudahpun mengambil plastik - plastik itu dari tangan Carlos.

Carlos hanya mampu redha.Dua lelaki itu sudahlah menyuruh dia untuk angkat barang mereka! Lepastu, suka hati saja mengutukkan?

Dasar tak reti kenang budi!

"Apa tu, Mark?"tanya Arin sambil memerhati Black dengan Mark yang sibuk mengeluarkan barang - barang dari plastik itu.

Adrian hanya diam.Entah apa - apa saja yang orang kanannya itu beli.Dia bagi gaji banyak sangat ke apa? Sampai senang sangat buang duit kan!

"Tadaaa!"

Arin tergamam melihat barangan bayi itu.Ada yang berwarna pink, dan ada juga yang berwarna biru.Em, bukan kah ini terlalu awal?

"Hadiah kami, istimewa buat tuan Adrian's junior!"riang sekali Black berkata sambil mengangkat stroller berwarna biru itu.

Adrian sudah mengurut pelipisnya.Tiada siapa kah yang ingin mengambil dua orang ini? Tak pe, dia bagi free sepenuhnya!

Carlos pula menggeleng kepala.Bukan main beria lagi dua lelaki itu memilih barangan bayi mengikut warna pilihan masing - masing.Black yang yakin anak Adrian ialah lelaki, laju saja memilih warna biru.Dan Mark sebaliknya..

"Erk, terima kasih, korang..Walaupun terlalu awal sebenarnya.."ucap Arin dengan senyum janggalnya.

"Tak pe, puan..Yang awal tu bagus!"

"Haah, biar awal jangan lambat."

✪✪

Dato' Nazri hanya diam memandang wajah lelaki yang duduk membaca menu makanan didepannya itu.Dia cukup kagum dengan kemegahan lelaki yang sebaya umur dengannya itu.

Bukan setakat didalam Malaysia, malah lelaki itu turut terkenal di luar negara!

Nasib saja lelaki itu tidak mempunyai anak perempuan! Kalau tidak, dia ingin kahwinkan Adrian dengannya.Dan yang akan dapat kelebihan ialah keluarga mereka juga..

"Bagi saya air suam saja dahulu."

Satu lagi yang Dato' Nazri tahu tentang lelaki itu ialah, dia tidak pernah riak dengan kekayaannya.Sebab itulah lelaki itu amat dihormati dalam dunia perniagan.

"Awak, Dato' Nazri? Nak tambah apa - apa lagi tak? Tak pe, hari ni saya belanja sebagai tanda perkenalan kita.."ujar Tan Sri Azhar diselangi tawanya dihujung ayat.

Dato' Nazri turut ketawa.

"Tak pe, dah cukup ni..Nanti kembung pula perut I sebab terlalu kenyang!"balas Dato' Nazri ramah.Senyuman memang tidak lekang dari wajahnya.

"Okay, itu je dulu."

Pelayan itu membongkokkan badannya seketika sebelum berlalu pergi dari situ.

Tan Sri Azhar memandang lelaki yang baru pertama kali dijumpanya itu.Dia masih kekal dalam senyuman manis.

"So, Dato' Nazri? Hari ni ialah hari first kita akan bekerjasama..Ada apa - apa syarat dari Dato'? Sebab saya memang dah tak sabar jadi klien syarikat Dato' ni..Maklumlah, syarikat terbaik kan?"

Dato' Nazri tersipu bila mendengar kata - kata pujian dari Tan Sri Azhar itu.Lihat lah betapa rendah dirinya lelaki itu?

"Jangan macam tu, Tan Sri..Syarikat saya ni masih biasa - biasa lagi..Tan Sri nak jadi klien syarikat saya pun, dah jadi satu kehormatan dalam hidup saya.."nafi Dato' Nazri yang terasa dirinya begitu kerdil dihadapan lelaki bergelar Tan Sri tersebut.

Tan Sri Azhar menggeleng laju.

"Apa pula kehormatan? Saya pun manusia biasa juga, Dato'..Tiada siapa pun yang sempurna dalam kehidupan ni.Baik Dato', mahupun saya.."ujar Tan Sri Azhar sekadar selingan pertemuan.

Dato' Nazri yang mendengar kata - kata Tan Sri Azhar itu tersenyum lebar.Suka betul dia dengan orang hebat yang tidak sombong langsung itu!

Andai saja Tan Sri Azhar mempunyai anak gadis, memang sudah lama dia cop kan untuk Adrian.Kisah apa pula dia dengan gadis bernama Arin Mikaela itu!
















Already hit 100k reads 🥳

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️




LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now