bab 46 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Start from the beginning
                                    

"Kenapa, Mark? Sikit je lagi ni.."

Mark melepaskan keluhan berat.Ya Allah, kenapa Black bodoh sangat ni?! Sudahlah wajah gadis itu sudah mulai memerah kerana kepanasan!

Dah jangan puji, dia memang gentle..

"Hey, kalau korang nak main game, jangan main sini boleh tak? Dah lah tak de kerja, suka suki dia je nak duduk depan rumah orang kaya!"satu dengusan kasar terlepas dari mulut Bella.Betapa geramnya dia dengan sekumpulan lelaki itu.Nak jumpa Nash pun susah ke?

Black mengangkat kepalanya sebaik menangkap kata - kata mutiara dari seseorang itu.Gadis yang tergedik - gedik itu dipandang dari atas sehingga bawah.

"Cik siapa eh?"bukan main lancar perempuan itu mengatakan mereka tiada kerja.Harap muka je cantik, tapi perangai macam..Haa, pandai - pandai lah sambung sendiri.

Tak cantik pun sebenarnya.Cantik lagi puan Arin mereka.Sudahlah cantik, baik pula tu!

Bella menjeling lelaki itu.

"Kau tak perlu tahu siapa aku..Yang kau perlu tahu ialah, aku ni boleh buat kau meringkuk kat penjara sebab halang jalan aku je..Look how powerful I am."

Black dan Mark berpandangan antara satu sama lain sebelum ketawa besar.

Pengawal yang lain pula hanya diam.Tidak mahu masuk campur dalam masalah itu.Cukuplah ada Black dengan Mark.

"Maaflah cik..Tapi kami tak takut pun dengan power cik yang tak seberapa tu..Lawak juga eh cik ni, Mark?"ujar Black dengan sisa tawanya.Telefonnya sudah diserahkan kepada salah satu pengawal Adrian untuk meneruskan legasi permainannya.Apa - apa pun dia tetap perlu menang dalam perlawanan kali itu!

Mark masih ketawa.Terlebih sombong pula perempuan depan mereka itu.Kalau dia tahu, memang takkan lah dia kasihan kan tadi kerana telah berpanas.Dasar!

"Cik ni asal Israel kot! Itulah fikiran dia lain macam.."kata Mark selamba dengan tawa lucunya.

"Weyh! Apa bongok kaitkan Israel? Shit lah kau ni, Mark.. HAHAHA!"bukan main Black terhibur dengan kata - kata Mark itu..Israel? Bangang!

Wajah Bella sudah memerah menahan marah.Wajah dua lelaki yang masih enak mentertawakan dirinya itu dipandang tajam.Tak guna punya penganggur!

"Black, Mark..Kenapa ni?"

Semua pasang mata yang ada disitu lantas menoleh kearah Carlos yang baru keluar dari rumah itu.Black dengan Mark masih belum berhenti dari ketawa.

"Carlos! HAHAHAHAH kau nak tahu tak satu cerita lucu? Oh my god, lawak gila! Rugi kalau tak nak dengar.."

Mark hanya mengangguk mengiakan kata - kata Black itu.Dia juga masih belum berhenti dari tawa besarnya.

Betapa kereknya perempuan itu!

Carlos mengerutkan dahi.Kini dia memandang pula kearah gadis yang sudah memasang riak terkejut itu.

"Ko-korang pekerja Nash ke?"tergagap - gagap Bella bertanya.Kalau betul apa yang berada didalam fikirannya saat itu, memang malulah dia tujuh keturunan!

Black dan Mark berpandangan antara satu sama lain lagi sebelum meletuskan tawa besar.Kalau boleh sampai jiran yang tinggal 500 meter pun boleh dengar suara mereka.

"Kenapa bodoh dua orang ni?"soal Carlos pelik.Dah gila ke apa ketawa tiba - tiba?

"Cik! Lucu lah cik ni, HAHAHAH!"

"Terhibur saya!"

Bella menghentakkan kakinya.Wajahnya sudah ditutup menahan malu.

"I balik dulu! Bagitahu Nash jangan lupa datang birthday party I tengah hari esok! Hisy.."pesan Bella sebelum beredar dari situ.Tidak tahan menjadi bahan lelucon dua lelaki itu.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now