Bahagian 20

76 3 0
                                    

Selepas 3 hari berlangsungnya majlis perkahwinan Batrisyia Mawaddah dan Tengku Adrean,hari ini mereka berada di Kelantan untuk berbulan madu.

Sengaja Batrisyia Mawaddah meminta kepada suaminya untuk memilih Kelantan sebagai destinasi kerana dia tersangat ingin untuk pergi ke Pantai Cahaya Bulan.

Malah,pada pukul 7 pagi wanita itu sudah mengajak Tengku Adrean bersiap untuk berjalan-jalan di sekitar Kelantan.Dan semestinya juga ke Pantai Chaya Bulan atau biasanya disingkatkan panggilannya dengan PCB.

Kini,mereka sudah berada di dalam kereta untuk bergerak ke destinasi.Opps,bukan salah satu dari 4 kereta Tengku Adrean ya.

Dan mereka menggunakan kereta yang dihadiahkan oleh Tengku Adham kepada Batrisyia Mawaddah atas hadiah perkahwinan mereka.

Kereta sport jugak tau....

Batrisyia Mawaddah meminta kepada suaminya untuk menggunakan kereta itu untuk pergi ke Kelantan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Batrisyia Mawaddah meminta kepada suaminya untuk menggunakan kereta itu untuk pergi ke Kelantan. Saja,sekadar untuk uji pandu.

Tapi masih Tengku Adrean yang memandunya.

Sedang mereka berseronok di dalam kereta sambil bersembang-sembang,tiba-tiba Tengku Adrean menekan brek mengejut.

"Abang!"Batrisyia Mawaddah yang terkejut terus memegang bahu suaminya. Mujurlah dia sudah memakai tali pinggang keledar.

"Ya Allah,ada apa kat depan tu?"Tengku Adrean terus mematikan enjin kereta ketika dia melihat sesuatu yang kecil melintas di hadapan kereta mereka.

"Ya Allah,abang langgar kucing!"mendengar jeritan suaminya dari luar,Batrisyia Mawaddah pun terus keluar.

"Kenapa abang?"tanyanya sebelum melihat Tengku Adrean sedang memangku seekor kucing yang kelihatan luka di kakinya.

"Ya Allah,teruk ke luka tu?"dia pun cuba untuk mendekati kucing itu.

"Tak teruk sangat ni,sayang tolong ambik kotak ubat dalam kereta boleh?"pinta Tengku Adrean.

Batrisyia Mawaddah mengangguk dan terus bergerak ke arah kereta.Tiba-tiba terasa seperti dejavu pula,teringat saat Tengku Adrean melanggar seekor kucing ketika mereka berjumpa buat kali kedua dan menyuruhnya mengambil kotak ubat di dalam kereta namun ditolak.

Tidak terasa pula,dirinya dulu yang amat bencikan kucing dan kini berkahwin pula dengan lelaki yang amat mencintai kucing. Sampai akad nikah pun sebut nama kucing dulu.

Batrisyia Mawaddah terkekeh perlahan sebelum mendengar suara Tengku Adrean memanggilnya.

"Sayang!Berangan apa pulak tu?"panggil Tengku Adrean setelah melihat isterinya hanya berdiri di sebelah kereta tanpa berniat untuk membuka pintu kereta dan mengambil kotak ubat yang diminta.

Batrisyia Mawaddah tersedar."Ah,kejap bang."dia pun mengambil kotak ubat yang entah bila Tengku Adrean meletakknya di dalam kereta miliknya.

"Nah abang."kotak ubat dihulur dan Tengku Adrean mengubati luka kucing itu.

Belai Saya Jugak? | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now