Bahagian 11

29 5 0
                                    

Semua mata tertumpu ke arah perempuan yang kini berdiri di hadapan pintu.

Semua mata tertumpu ke arah perempuan yang kini berdiri di hadapan pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Isya,sape tu?"tanya Puan Husna kepada anaknya.

Batrisyia Mawaddah mengambil nafas panjang sebelum memberitahu siapakah perempuan itu kepada ibunya.

Kerana memang istilah hubungan perempuan itu dengan keluarga ini agak panjang kan?

"Tu anak sedara kepada sepupu mak sedara Adrean,Tengku Annabelle."

Puan Husna hanya mengelip-ngelipkan matanya."Apa kejadahnya tu?Lagi satu,Annabelle tu bukan hantu ke?"

Batrisyia Mawaddah dan Bahiyya Masyitah tertawa perlahan.

"Sorry semua,Anna lambat sikit.Biasalah,nak sambut birthday someone special kena cantik-cantik kan?"dia mengibas rambutnya ke belakang.

Bahiyya Masyitah hanya mampu memandang jijik perempuan itu.

"Takpe Anna,makanan pun tak habis lagi."kata Tengku Adzira sambil tersenyum.

Melihat Tengku Annabelle yang berbual dengan Tengku Adzira dan tentunya sambil memandang-mandang Tengku Adrean yang kini sedang bersama Tengku Adhwa,Batrisyia Mawaddah yang sedang malas hendak melihat muka perempuan itu pun pergi ke arah kolam renang.

Selang beberapa lama,terdengar suara seorang perempuan memanggilnya.

"Hai,Batrisyia."dia pun berpusing ke belakang dan dilihat Tengku Annabelle yang berjalan menuju ke arahnya.

Batrisyia Mawaddah hanya mampu tersenyum.Dah nak buat apa lagi kan?

"You still dekat sini kan?"perempuan tinggi lampai itu membuka cermin mata hitamnya.

Batrisyia Mawaddah hanya mengangkat bahunya."Awak tengok saya ada depan awak kan?Semestinya saya ada kat sini."

Tengku Annabelle tersenyum sinis."Walaupun dari keluarga yang miskin?Dan you dah berani bawak keluarga you datang sini,I tak taulah kalau nanti virus kemiskinan tu melekat kat keluarga ni. Eeww..."

Okey,ayat itu membuatkan Batrisyia Mawaddah berasa berapi. "Oh,yah.Orang macam you ni kan hanya suka mengambil kesempatan.Nanti habis harta diorang you kikis,and at last you dah kaya diorang pulak miskin."

"Who are you to judge me like that?"ha,kita buat pergaduhan ala-ala orang kaya sikit.Guna bahasa Inggeris.

"I tau sangat la perangai orang macam you.Hanya pergunakan orang macam kami."

Sungguh,hatinya kini tersangatlah ingin meracik-racik tubuh perempuan ini.Namun mengingatkan perbuatan itu ialah perbuatan yang salah,dia cuba menghindarinya dengan pergi dari situ.

Namun belum sempat Batrisyia Mawaddah pergi,seorang lelaki berhenti di hadapannya.

"Tengku Adrean."

Lelaki itu memandang Batrisyia Mawaddah sekilas dan terus beralih kepada Tengku Annabelle yang beriak terkejut.

"Dah puas hina orang?"Tengku Adrean mengeluarkan suara.

Tidak mampu berkata-kata,Tengku Annabelle hanya mampu memandang lelaki yang dicintainya sejak lama itu.

"AKU TANYA KAU!DAH PUAS KE HINA ORANG!"jerit Tengku Adrean,sungguh kuat sehingga Batrisyia Mawaddah yang berdiri di hadapannya pun terangkat bahunya kerana terkejut.

Tidak pernah dia melihat lelaki itu berkata kasa seperti itu.Pertama kali dia mendengar lelaki itu menggunakan panggilan aku-kau.Malah saat dia memerli Tengku Annabelle tempoh hari,juga dia menggunakan panggilan saya-awak.

Namun kali ini,dia sungguh marah.Batrisyia Mawaddah seperti tidak mengenali lelaki itu.

"I-I...."Tengku Annabelle gagap,tidak tahu ingin membalas apa.

PLAP!

Tengku Annabelle merasakan mukanya terteleng ke tepi dengan pipinya yang terasa panas.

Dan apabila dia menoleh....

"A-aunty..."

Dia melihat Tengku Adzira yang terpampar jelas riak marah di wajahnya.

Tengku Adrean juga turut terperanjat dengan perbuatan ibunya sebentar tadi.Tidak pernah dia melihat ibunya itu berkasar dengan sesiapa,malah sebuah cubitan pun tidak pernah hinggap di tubuhnya atau adik-beradiknya yang lain.

"Aunty langsung tak sangka macam ni perangai Anna.Anuar tak pernah ajar anaknya macam ni."dapat dilihat semua,Tengku Adzira kelihatan tercungap-cungap menahan marah.

"Tapi au-"Tengku Annabelle cuba memberi pembelaan terhadap dirinya.

Namun Tengku Adzira terlebih dahulu memotong."Ayah Anna orang yang sangat baik,hormat orang.Selalu bagi sumbangan pada yang memerlukan.Tapi kenapa anak dia sendiri sampai menghina orang miskin?!"

Batrisyia Mawaddah tidak mampu lagi menahan air matanya.Dia pun berlari ke arah ibunya yang sedang berada di hadapan pintu untuk ke kolam renang itu.

"Ibu...."pelukan bersatu antara dia dan ibunya.Dapat juga dilihat air mata yang makin deras menurun di pipi wanita itu.

"Walaupun hubungan kita jauh,tapi aunty dah anggap Anna macam anak aunty sendiri.Tapi aunty tak nak anak yang tak menghormati orang lain."

Bicara itu mengejutkan Tengku Annabelle."Aunty..."

"Jadi...."

Tengku Adzira berhenti dan mengambil nafas panjang sebelum menyambung perkataannya.

"Jangan pernah berani datang ke sini lagi,selagi Anna tak ubah perangai."

Tengku Annabelle terus memeluk kaki perempuan itu."Aunty please,Anna sayang aunty.Anna nak jumpa aunty lagi."

Tengku Adzira hanya tersenyum sinis."Anna ingat aunty tak tau,Anna datang sini pun hanya nak berjumpa dengan Adrean?"

Tengku Adrean terkejut.Batrisyia Mawaddah yang sudah menganggak akan perkara hanya mampu memandang kosong.

"Lepas ni,tak perlulah Anna nak bazirkan duit minyak kereta Anna untuk datang sini.Kalau nak datang jugak,macam yang aunty cakap tadi.Hanya ada satu cara iaitu ubah perangai Anna."
Tengku Adzira terus masuk ke dalam rumah.

Yang lain turut mengikuti wanita itu kecuali Tengku Adrean dan Batrisyia Mawaddah.Entah kenapa mereka masih setia berdiri di situ.

Melihat perempuan bertubuh tinggi itu masih terduduk dan seperti tiada niat untuk bangun,Tengku Adrean bersuara."Kau buat apa lagi kat sini?"

Tengku Annabelle memandang lelaki itu,dengan air mata yang deras menuruni pipi.

"Tak payah buat muka sedih.Aku tak simpati pun dekat kau." senyuman sinis dihadiahkan oleh Tengku Adrean.

Tengku Annabelle bangun dari duduknya dan berjalan melepasi Tengku Adrean namun langkahnya terhenti ketika hendak berjalan melepasi Batrisyia Mawaddah.

Mukanya didekatkan ke telinga gadis itu."It's just the beginning."

Batrisyia Mawaddah terperanjat dan memandang wajah Tengku Annabelle dengan riak tertanya-tanya.Namun,hanya dengusan dihadiahkan buatnya dan perempuan itu terus berlalu pergi dari situ.

Matanya terkebil-kebil memandang Tengku Adrean yang kini tersenyum ke arahnya.Dan lelaki itu pun masuk ke dalam rumah.

'Ni hari jadi dia,tapi disebabkan aku ada pulak bergaduh.Aku dah rosakkan majlis hari jadi dia...'gadis itu terdetik dalam hatinya dan melangkah mengikuti Tengku Adrean masuk ke dalam rumah.

Tbc

So nak tanya,kalau korang jumpa manusia spesies macam ni apa korang buat?

Saje tanya pendapat😁😁....

Belai Saya Jugak? | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now