Bahagian 15

28 2 0
                                    

"Cikgu,mana uncle ni?Tak datang-datang lagi."rengek Tengku Adhwa.

Batrisyia Mawaddah hanya mampu memujuk."Entahlah,cikgu pun tak tau.Mungkin jalan sesak kot."

"Cuba cikgu telefon uncle."

Batrisyia Mawaddah pun mencuba cadangan anak itu dan mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Tengku Adrean.

Beberapa kali dicuba,namun masih tidak berjaya.

"Tak dapat la."

"Eh,Batrisyia.Tak balik lagi?"

Batrisyia Mawaddah menoleh ke arah suara yang memanggilnya.

"Eh,Ustaz Naqeeb.Saya tengah tunggu kawan saya ambik.Tapi tak datang-datang lagi."dia memberikan senyuman kepada lelaki yang digelar ustaz itu.

"Oh,yang ayah sedara Adhwa tu ye?"Batrisyia Mawaddah hanya menganggukkan kepalanya.

Sememangnya hampir semua guru di sini tau yang Batrisyia Mawaddah setiap hari pulang bersama Tengku Adhwa dan Tengku Adrean.Biasalah,mulut makcik bawang.Orang yang tak bergosip pun boleh tau.

"Tapi ni dah lama ni,dia tak datang lagi?"pertanyaan itu dijawab dengan gelengan.

"Awak nak tumpang saya tak?Mana tau kawan awak tu ada hal ke?"pelawa Ustaz Naqeeb.

"Eh,takpe ustaz.Tadi saya ada telefon dia,dia kata dah nak gerak. Mungkin jalan sesak agaknya,tu yang tak sampai lagi."kata gadis itu,sekaligus menolak tawaran lelaki itu dengan baik.

Ustaz Naqeeb mengangguk."Okeylah,saya balik dulu la ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."salam dijawab sebelum Ustaz Naqeeb masuk ke dalam keretanya.

Baru sahaja dia melihat kereta milik lelaki itu keluar dari kawasan sekolah,dia menerima satu panggilan telefon.

Abaikan la waktu dekat situ,anggap je lah waktu baru balik sekolah🙂

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Abaikan la waktu dekat situ,anggap je lah waktu baru balik sekolah🙂

"Eh,Adhwa.Mommy telefon la."Batrisyia Mawaddah memanggil Tengku Adhwa,melihat Tengku Audra yang menelefonnya.

"Hah,Mommy?"terlihat anak itu sedikit teruja melihat ibunya yang menelefon.

"Assalamualaikum,Kak Audra."

...

"Hah?!"

...

"Ha?Kenapa saya?"

...

"Okey,okey.Saya tunggu Abang Amer datang."

...

Belai Saya Jugak? | Nura Maisarah (Complete✅)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang