Bahagian 18

33 5 0
                                    

Langkahnya diatur semakin dekat dan saat tiba di hadapan Batrisyia Mawaddah,dia berhenti dan menurunkan sebelah kakinya.

Dan mengeluarkan sebuah kotak kecil berbaldu merah dari dalam poket seluarnya.

"Will you marry me?"

Dia hanya terpaku,tidak tahu ingin berkata apa.

"Awak,tak main-main?"tanyanya memastikan.

Tengku Adrean tertawa kecil."Buat apa saya nak main-main?Hal macam ni tak boleh dibuat main,semestinya saya betul-betul serius!"

Batrisyia Mawaddah terus mempamerkan senyumannya.Dia menoleh ke belakang untuk melihat Tengku Adzira lagi sekali.

Namun kali ini,Tengku Adzira juga diapit bersama seluruh keluarga Tengku Adrean.

Dan juga ibu dan adiknya!

Dia memandang tulus wajah Puan Husna yang kini tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

Dan beralih kepada Tengku Adrean."Saya mintak maaf." senyumannya berubah kendur.

Dan ayat itu mengejutkan semua yang berada di situ terutamanya Tengku Adrean.

"Saya tak boleh."

Tengku Adrean bingkas bangun dan berdiri menghadap wajah gadis tercintanya dengan wajah yang muram.

Dia tersenyum pudar."Takpelah kalau awak tak terima lamaran saya,tapi saya harap awak tak lupakan saya ya."

Dia pun beralih ke belakang dan berjalan ingin keluar dari kawasan itu.

Mereka yang lain hanya memandang momen tidak disangka ini.Sangka mereka Batrisyia Mawaddah juga punya perasaan yang sama pada Tengku Adrean.

Namun,langkah Tengku Adrean terhenti saat dia mendengar jeritan Batrisyia Mawaddah.

"Awak ni kan,saya tak habis cakap lagi awak dah pergi."dia menyilangkan tangannya di dada.

Tengku Adrean mengerutkan dahinya dan berpusing ke arah gadis itu.

"Saya kata,saya tak boleh nak tolak lamaran awak.Kenapa awak nak emo sangat?"gadis itu terus tergelak tanpa henti.

Senyuman Tengku Adrean kini kembali terpapar di wajahnya dan dia terus berlari ke arah Batrisyia Mawaddah.

"Awak,be-betul ni?!"kelihatan dia tercungap-cungap,mungkin kerana terlalu berdebar.

"Betullah,kenapa?Tak percaya?Tak percaya takpe,ramai je lagi yang nak dekat saya.Tak pun saya mintak la Ustaz Naqeeb kat sekolah saya tu kahwin dengan saya.Dia pun tak kurang handsome jugak."sengaja dia mengusik lelaki itu.

Tengku Adrean membelalakkan matanya."Eh,janganlah.Okey, saya percaya.Janji tau jangan kahwin dengan orang lain."

Batrisyia Mawaddah tersenyum memandang Tengku Adrean. "InsyaAllah,kalau Allah betul-betul jodohkan kita saya tetap akan jadi isteri awak."

Lelaki itu yang kini tidak mampu menahan rasa gembiranya pun menghalakan tangan untuk memeluk gadis itu sebelum suara Tengku Adham memecah ruang telinga.

Belai Saya Jugak? | Nura Maisarah (Complete✅)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora