Bahagian 14

26 3 0
                                    

"What?No,saya takkan buat benda tu."lelaki itu terus menggelengkan kepalanya.

"Alah,Roy.You buat benda tu je,yang lain semua saya settlekan." Tengku Annabelle terus memujuk lelaki yang dipanggil Roy itu.

"Tengku,kalau setakat kerja cari maklumat macam hari tu saya boleh la.Tapi kalau dah macam ni,oh terima kasihlah."lelaki itu bangun ingin meninggalkan perempuan itu sebelum sesuatu berada di hadapan matanya.

"I'll give you RM5000.How about it?"kata Tengku Annabelle, sementara tangannya sedang memegang sekeping sampul yang dapat dilihat amat tebal di hadapan mata lelaki itu.

Roy ingin mencapai sampul itu sebelum Tengku Annabelle menarik tangannya ke belakang tubuhnya.

"Opp,I akan bagi you RM1000 je dulu.Bila you dah buat kerja you,baru I bayar penuh."katanya sebelum memberi sekeping sampul yang sedikit nipis,namun tidak kalah tebal juga dengan yang sebelumnya.

Roy mengambil sampul itu dan terus mengira duit di dalamnya.

Selesai mengira,dia memasukkan semula duit itu ke dalam sampul putih dan memasukkan sampul itu ke dalam beg yang terikat di pinggangnya.

"No hal Tengku,lepas ni apa je Tengku nak saya buat Tengku cakap je.Kalau nak bunuh orang pun boleh."

Tengku Annabelle tersenyum sinis."I takde la kejam sangat sampai nak bunuh orang,tapi mana tau kan.Kalau I rasa nak membunuh."

Lelaki itu menyatukan jari ibu dan jari telunjuknya."Jangan risau, Tengku.Apa je yang Tengku nak saya buat,saya buat dengan penuh komitmen.Asalkan bukan dengan tangan kosong la."

"I tau,orang macam you ni bagi duit je semua kerja jalan.Okey la,nanti I bagi you alamat nak hantar dekat mana."katanya sebelum berjalan meninggalkan lelaki yang bernama Roy itu.

"Noted that,Tengku!"kata Roy sedikit menjerit sambil mencium sampul putih yang baru dikeluarkan semula dari begnya itu.

"Beli Baskins Robbins pun sedap ni."katanya perlahan sebelum menaiki motosikal kapcai merah miliknya dan pergi menuju ke destinasi.Mungkin ke Baskins Robbins.

...

Tengku Adrean baru sahaja ingin bergerak mengambil Tengku Adhwa dan Batrisyia Mawaddah di sekolah.Setelah tiga hari diberikan cuti sakit selepas kejadian itu,hari ini merupakan hari kedua gadis itu kembali memulakan tugasnya.

Namun,baru sahaja dia ingin keluar dari kliniknya,Mirza terlebih dahulu menegurnya.

"Hai,Ad.Nak pergi ambik Adhwa ke?"katanya dengan beg tangan yang disinsing di tepi.

Tengku Adrean mengangguk."Haah.Awak nak pergi lunch ke?"

Perempuan itu juga turut mengangguk."Haah,tapi kan saya nak mintak balik terus boleh tak?"

Lelaki itu mengerutkan dahinya."Kenapa?"

Mirza tersenyum manis."Saya nak ajak Imran pergi check-up."

"Check-up?Imran sakit ke?"

Lagi-lagi perempuan itu tersenyum dan kali ini dengan sambil menggelengkan kepalanya."Tak lah.Saya nak cek diri saya sendiri."

Tengku Adrean membelalakkan matanya."Ya Allah,Mirza!Awak sakit apa?"

Mirza yang melihat lelaki itu sudah seperti menunggu isteri bersalin pun menenangkannya.

Belai Saya Jugak? | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now