"Aisya,tak boleh ke saya tak masuk?"tanya Batrisyia Mawaddah kepada kawannya,Aisya Farhana yang kini sudah melangkah masuk ke dalam kedai barangan kucing.
Aisya Farhana mencebik."Awak ni,kucing je pun.Diorang tak gigit la."
"Memang la tak gigit,tapi.."Batrisyia Mawaddah menghentikan bicaranya,tidak tahu ingin memberi alasan apa.
Aisya Farhana memegang tangan kawannya itu sambil membuat muka comel."Jom la masuk,takkan kau sanggup biar aku sorang-sorang dalam ni."
Batrisyia Mawaddah kelihatan menyampah dengan reaksi Aisya Farhana."Eleh,nanti dah masuk dalam tu kau lupa la aku."
Aisya Farhana menunjukkan senyumannya yang terlebar."Dah, cepat la.Aku nak balik cepat ni,Koko dengan Kiki pun tak makan lagi."
Batrisyia Mawaddah hanya mampu menarik nafas panjang dan menbuka kasutnya sebelum melangkah masuk ke dalam kedai itu."Bismillahirrahmanirrahim."
Dia mengekori ke mana saja Aisya Farhana pergi.Dan dapat dilihat beberapa ekor kucing di dalam kedai itu.Ada yang sedang bermain,ada yang sedang tidur dan tak kurang ada juga yang hanya duduk melihat pengunjung yang datang membeli barangan buat si bulus mereka.
"Comelnya diorang!Kalau aku ada duit,aku beli diorang semua ni."Aisya Farhana bagai melihat emas ketika memandang semua kucing yang berada di dalam kedai itu.
STAI LEGGENDO
Belai Saya Jugak? | Nura Maisarah (Complete✅)
Storie d'amoreSeorang tak suka kucing,seorang lagi obses dengan kucing.Macam mana kalau kedua-duanya bertemu? Kenapa saya nak kena pegang dia?Saya tak nak la!-Batrisyia Mawaddah Pegang sekejap je,saya nak pergi ambik ubat dalam kereta-Tengku Adrean Hanya kerana...