Bahagian 9

31 4 0
                                    

"Aunty Adzi!"merasa tubuhnya dipeluk,Tengku Adzira yang sedang membancuh air untuk Batrisyia Mawaddah berpusing ke belakang untuk melihat siapakah pelakunya.

"Eh,Anna.Bila sampai?"Tengku Adzira membalas pelukan perempuan yang sudah dianggap sebagai anaknya sendiri itu.

"Baru je,saje Anna nak buat suprise untuk aunty."katanya sambil mendudukkan dirinya di kerusi di dapur itu.

"Oh,by the way aunty,kasut siapa yang kat luar tu?Tak pernah nampak pun."

Tengku Adzira berfikir sebentar."Oh,tu kasut Batrisyia agaknya."

"Batrisyia?"

"Haah,dia kawan Ad.Dia datang tengok Audra."Tengku Adzira yang sudah menyiapkan bancuhan airnya pun meletakkan beberapa cawan ke dalam dulang.

'Kawan?'Tengku Annabelle mencerlingkan matanya.

"Jom la,ikut aunty hantar air dekat diorang.Sambil tu boleh jugak Anna kenal dengan dia."baru sahaja Tengku Adzira ingin membawa dulang minuman itu ke tingkat atas,dua insan lelaki dan perempuan itu sudah turun ke bawah sambil berbual mesra.

'Perempuan hari tu?Maknanya aku dah ada pesaing,tapi takkan siapa dapat jadi pemenang selain aku.'Tengku Annabelle tersenyum sinis.

"Batrisyia,dah jumpa Audra?"tanya Tengku Adzira kepada Batrisyia Mawaddah sambil berjalan menuju ke ruang tamu.

Batrisyia Mawaddah hanya mengangguk.Dia memandang perempuan yang kini berdiri di sebelah wanita yang mungkin sudah berumur 40-an namun masih tampak cantik itu.

"Eh,awak?"dia menunjuk perempuan itu.

Tengku Annabelle berjalan menuju ke arah Batrisyia Mawaddah. "Kita dah berjumpa hari tu,am I right?"dia menghulurkan tangan ingin bersalaman.

Batrisyia Mawaddah menyambut tangan wanita itu dan menganggukkan kepalanya.

"Tapi,saya tak kenalkan nama saya lagi kan?Saya..."

"Tengku Annabelle,anak sedara kepada sepupu mak sedara Adrean kan?"gadis itu memotong percakapan Tengku Annabelle sambil tergelak,mengingatkan betapa complicatednya hubungan mereka.

"And you,Batrisyia Mawaddah."Tengku Annabelle bersuara.

"Eh,korang nak berkenalan pun pergilah duduk dulu.Nanti lenguh pulak kaki asyik berdiri kat sini.Aunty pergi ambik kuih kejap." Tengku Adzira pun terus pergi ke dapur,membiarkan Tengku Adrean, Batrisyia Mawaddah dan Tengku Annabelle bertiga di situ memandangkan Tengku Adhwa sudah pun naik ke bilik ibunya.

Mereka hanya menurut dan duduk di sofa yang tersedia di ruang tamu itu.

"By the way Adrean,you apa khabar?You know what,I really miss you so much."Tengku Annabelle mendudukkan dirinya di sebelah lelaki yang amat dicintainya itu.

"Eh,no dekat-dekat ea.Haram."Tengku Adrean pun melarikan diri dan duduk di sofa yang hanya boleh diduduki oleh seorang sahaja.

Tengku Annabelle yang berasa geram dan malu sekaligus itu hanya membetulkan rambutnya yang sememangnya dah betul tu.Cuma perangai je tak berapa betul.

"You tau tak,tadi I pergi kilinik you. Lepas tu,perempuan nerd tu boleh ke dia kata I ni ular.Ishh,tak faham betul I."Tengku Annabelle cuba mencari perhatian Tengku Adrean.

"Even dia nerd,at least dia ada kerja.Bukan macam awak, menghabiskan duit Uncle Anuar je.Dan lagi satu,nama dia Mirza bukan nerd."Tengku Adrean hanya setia menghadap telefonnya.

Belai Saya Jugak? | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now