Bahagian 8

31 4 0
                                    

Batrisyia Mawaddah baru sahaja keluar dari bilik guru dengan beg galas di belakangnya dan beg tangan di sisinya.

"Cikgu!"

Dia menoleh ke belakang saat dia mendengar suara anak kecil memanggilnya dari belakang.

"Adhwa."dia melihat Tengku Adhwa yang berdiri di situ dengan beg sekolah yang digalas di belakang.

Bersama dengan seorang lelaki segak berkemeja biru yang setia berdiri di sebelahnya.

"Hai,Batrisyia.Jom?"Tengku Adrean membuka bicara,mengajak Batrisyia Mawaddah ke keretanya.

Gadis itu tersenyum malu dan melangkah menuju ke arah dua lelaki berketurunan Tengku itu.

"Dah lama ke sampai?"tanya Batrisyia Mawaddah.

"Tak lama sangat,lagipun apa lah sangat menunggu bakal makmum saya."kata-kata Tengku Adrean membuatkan Batrisyia Mawaddah berdebar.

"Pewwitt,Cikgu Isya dapat pickupline!"jerit beberapa budak lelaki yang berjalan berdekatan mereka.

Batrisyia Mawaddah tersenyum malu."Apa awak mengarut ni?"

'Ya Allah,hati.....kenapa ni?'wah,sekali lagi kita ucapkan tahniah kepada gadis itu kerana mulutnya sudah menunjukkan perubahan kerana sudah boleh berkompromi lagi dengan hatinya.

Tengku Adrean merasa hatinya makin berdebar dengan senyuman itu.Entah mengapa sejak dua menjak ini ketika dia memandang Batrisyia Mawaddah,hatinya bagai tak keruan.

'Aku ada sakit jantung ke?'tanya lelaki itu kepada dirinya.

"Eh,mana Adhwa?"bicara Batrisyia Mawaddah mematikan lamunan Tengku Adrean.

Tengku Adrean yang baru tersedar itu pun memandang ke kiri dan kanannya.

Syok sangat berangan sampai budak kecik tu hilang ke mana pun tak sedar.

"Ah,tu dia."Tengku Adrean menunjuk ke arah Tengku Adhwa yang sedang mencangkung di sebuah pasu bunga membelakangi mereka.

"Adhwa...."panggil Batrisyia Mawaddah.

"Cikgu,tengok ni."Tengku Adhwa menghulur sesuatu yang dipegang di tangannya.

"AAAHHH!"refleks gadis itu terus memeluk Tengku Adrean.

Lelaki itu terkejut akan Batrisyia Mawaddah yang terus memeluknya tanpa pemberitahuan.Dia tidak tahu ingin berbuat apa,tubuhnya bagai kaku.

"Ah,cikgu.Kenapa?"Tengku Adhwa terus melepaskan benda yang dipegangnya dan terus pergi ke arah cikgunya itu.

"Lepaskan kucing tu..."Batrisyia Mawaddah berkata sambil teresak.

Tengku Adhwa yang panik melihat cikgunya menangis pun memujuk."Cikgu,Adhwa dah lepaskan dia.Cikgu janganlah nangis,Adhwa tau Adhwa salah."

Tengku Adrean yang melihat Tengku Adhwa yang kini memeluk tubuh Batrisyia Mawaddah pun mengelus perlahan pucuk kepala gadis itu untuk menenangkannya.

"Dah,kucing tu dah takde."

Batrisyia Mawaddah mengangkat kepalanya memandang wajah Tengku Adrean.

Dan tubuh itu ditolak kuat.

"ADUH!"

"Ah,sorry.Saya terpeluk awak."dia tidak mampu memandang muka lelaki itu,malu sungguh.

Tengku Adrean juga tersipu malu,pertama kali dia dipeluk wanita sebegitu.

Dan sekali lagi dia terkejut,kerana dia mendengar lagi esakan dari Batrisyia Mawaddah.

"Eh awak,kenapa pulak?"

Belai Saya Jugak? | Nura Maisarah (Complete✅)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora