bab 42 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Beginne am Anfang
                                    

Bella tercengang.Bunyi pintu yang ditarik kasar dari luar itu menandakan Adrian sudahpun keluar.Ergh!

"Sampai hati you kan Adrian!"

✪✪

Nasha melabuhkan duduk disebelah suaminya.Kepala terus direhatkan kebahu lebar si suami.

"Korang tengok apa ni?"keropok yang dia bawa dari dapur tadi dibuka sebelum isi nya disuap kedalam mulut satu persatu.

"Berita, awak."balas Raihan menjawab soalan isterinya.Pinggang Nasha dipeluk dari tepi.

Nasha mengangguk.

"Dah tahu, masih juga nak bertanya."kata Dato' Nazri sengaja untuk menyakitkan hati anak gadisnya itu.Bukannya selalu dia mengusik Nasha.

"Alah, Nasha tanya tu saja - saja je..Nak attention sebenarnya."beritahu Nasha dengan sengihan tidak bersalahnya.

Kalau bukan dia, dengan siapa lagi Raihan patut curahkan segala perhatian? Karl? Sorry, dia masih dirumah Adrian.

Dato' Nazri menggeleng kepala.Macam tak percaya pula dia yang Nasha itu ialah isteri dan ibu orang.Perangai tak matang itu masih melekat kuat!

Raihan pula hanya tertawa kecil.Dia sudah biasa melayan karenah Nasha yang kadang - kadang lebih mengada dari Karl itu.Tapi apa kan daya, dah sayang kan? Macam mana lagi.

"Nasha, Karl mana? Dah lama papa tak nampak dia?"soal Dato' Nazri pelik.

Selalunya ada saja budak kecil itu menempel dengannya.Tapi beberapa hari ini, tiada pula dia melihat bayang cucu pertamanya itu.Tambah - tambah pula dia sibuk berjumpa dengan kawan lama kebelakangan ini.Memang tidak perasan lah keberadaan budak itu.

"Dekat rumah Nash lah..Dia dengan Nash kan memang tak boleh berpisah kalau dah jumpa..Nasha nak ajak balik kemarin pun taknak budak tu."

Yeke dia tak nak Nasha? Bukan kau ke yang tinggalkan dia kat sana? Dasar!

Dato' Nazri berdehem.Tanda tidak mahu meneruskan lagi topik itu.

Nasha yang faham turut diam.Nanti kalau orang tua tu marah, memang habis dia kena halau.Dia tak nak merempat!

Suasana sunyi buat seketika.Semuanya memberikan perhatian penuh buat lelaki yang menyampaikan berita di skrin tv.

Beberapa saat kemudian, Nasha mulai bosan.Peha Raihan dicuit - cuit.

"What's wrong, baby?"soal Raihan sambil memandang wajah cantik Nasha.Rambut isterinya itu yang terjuntai didahi terus diselit kebelakang telinga.

Nasha tersengih mendengar panggilan mesra dari encik suami.Kan dia dah cakap yang dia pun boleh bermanja macam Nash dan Arin! Heh!

"Jom keluar dating!"

Raihan mengerutkan dahi.

"Alah, nanti - nantilah..Saya nak tengok berita ni..Nanti kita pergi eh?"lembut suara Raihan memujuk.Kepala Nasha sempat diusap sekali sebelum matanya diarah keskrin televisyen semula.

Nasha mencebik.Baru je dia nak berlagak dengan Adrian dan Arin tadi!

"Alah, jomlah awak.."pinggang Raihan digeleteknya.Berita tu bukannya tak boleh tengok balik kan? Tolonglah dahulukan dirinya!

Raihan menggeleng kepala dengan senyuman.Petang - petang sikit boleh lah, pagi siapa je yang nak jalan? Sudahlah ramai orang.

"Awak ni tak sweet lah! Tengok Nash dengan isteri dia, elok je bersweet di merata tempat.."keluh Nasha yang sudah berpeluk tubuh itu.Riak rajuknya dipasangkan.

Manakala Raihan sudah tersentak.Mati!

Nasha sudah memberitahunya tentang berita perkahwinan Adrian.Tapi wanita itu turut berpesan agar tidak sebarkan berita tersebut kepada Dato' Nazri.

B-but now?

"Nash? Isteri dia? Apa maksud kamu Nasha?"soal Dato' Nazri yang sudah tidak senang duduk itu.Wajah Nasha yang jelas sudah berubah itu dipandang.

Nasha menggigit bibir.Omg, dia sudah terlepas cakap!

"Err, Nasha salah cakap tu."senyuman janggal diberikan kepada papanya.

Dato' Nazri menggeleng.Dia tahu yang Nasha sedang berbohong.

"Nasha, bagitahu papa dengan jujur."

Nasha memejamkan matanya.Lengan Raihan ditampar - tampar perlahan

'Ya Allah, matilah aku oleh Adrian.'

"Nasha tersasul je tadi, papa."ujar Raihan pula untuk membantu si isteri yang jelas sudah melakukan kesalahan besar itu.

"No, I know there is something wrong."

Dia yakin yang Nasha dan menantunya itu sedang menyembunyikan sesuatu dari dirinya.Sesuatu yang besar!

Nasha dan Raihan berpandangan antara satu sama lain.Masing - masing menelan air liur.Mati mereka kali ini!

"Kenapa ni abang?"

Nasha, Raihan dan Dato' Nazri serentak menoleh kearah Datin Anna yang baru datang dari dapur itu.

"Awak tahu tak pasal Nash? Nasha kata Nash dan isterinya? What does that mean?"tanya Dato' Nazri ingin tahu.

Kalau betul apa yang berada difikiran nya pada saat itu, memang dia akan panggil Adrian sekarang juga!

Datin Anna tergamam sebaik mendengar pertanyaan dari suaminya itu.Wajah Nasha dan Raihan yang meminta pertolongan itu diperhati.

'Ya Allah, peliharalah rumah tangga mereka.'















Dah dapat idea untuk story baru!

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️







LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWo Geschichten leben. Entdecke jetzt