< 09 >

232 25 11
                                    

🥀


Di dalam kegelapan malam yang suram.

"Sabar Jimin.. now kita kena plan dulu" Suga cuba menenangkan Jimin yang mengamuk dari tadi.

"Aku tahu kau tengah serabut yang penting sekarang kitorang berenam akan tolong okay?"

Jimin hanya menatap sepi gambar Jihyo di handphone screen nya. Air mata mula jatuh membasahi pipi.

'Tak aku mesti kuat! Jihyo tunggu abang!' Aku bangkit dari sofa dan mengelap air mata ku.

Aku mula melangkah ke arah abang-abang nya.

"Sekarang kita aturkan langkah!"

Malam ni aku akan menyelamatkan kau Jihyo. Aku sanggup gadai nyawa aku demi kau. Tunggu aku datang sayang.

•••••

1.04 AM

Kini aku berada di depan sebuah kilang kayu yang terletak di Gangnam. Aku mendapat mesej atau lokasi dimana Jihyo berada.

"Jin hyung duduk dalam van ni sambil perhati kan pergerakan bunyi, Namjoon hyung nanti kalau Jimin kata serbu baru serbu kilang ni dan terakhir V hyung, Suga hyung, Hoseok hyung follow Jimin from behind defend each member? Faham?"

"Faham tuan"

Aku dan hyung mula memasuki kilang tersebut melalui pintu jalan belakang. Aku memberi isyarat bahawa ada dua orang lelaki berbadan tegap dan tinggi.

Aku menarik perhatian mereka dengan melempar bom yang mempunyai asid yang berupaya untuk memengsankan ke dalam semak belakang kilang tersebut.

Tang!

"Woi kau dengar tak?"

"Pencuri tu!"

Mereka berdua terus pergi ke arah semak tersebut. Aku dan hyung-hyung aku masuk ke dalam kilang tersebut. Kami berjalan perlahan menghampiri bilik hujung.

"Korang semua ni tak boleh pakai la!"

Suara yang kedengaran amat kuat dan nyaring dari sebuah bilik yang berdekatan. Aku menyuruh Suga hyung memerhati sekeliling tempat tersebut.

[ JIHYO POV]

Aku membuka mata ku yang berat akibat menangis. Aku cuba meminta tolong malang nya tiada sesiapa cuma ada cahaya samar dari tingkap kecil.

"J..jimin di-dimana a-wak?" Itu sahaja yang mampu aku ungkap kan.

Kedengaran pintu dibuka. Cahaya yang masuk ke dalam menampak kan seseorang yang lengkap berpakaian seperti paskal. Polis ke? Ya tuhan.

"Jihyo.."

Aku kenal suara ini. Jimin?

 His Devil S1 [C]Where stories live. Discover now