Prolog.

319 93 25
                                    

Sejak kepergian dia, aku jarang naik ke atas atap untuk melihat bintang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak kepergian dia, aku jarang naik ke atas atap untuk melihat bintang. Selalu kalau aku naik pun langit tak sama macam selalu. Kepergian Asta betul-betul memberikan kesan yang mendalam bagi aku.

Bintang tidak bercahaya seolah-olah bersedih akan kepergian Asta. Yelah, Asta sendiri pernah cakap yang dia selalu bermain dengan bintang di langit. Kalau aku jadi bintang pun, mesti aku akan benci diri aku ni yang sesuka hati menyentuh Asta tanpa keizinan sedangkan Asta pernah melarang menyentuhnya.

Kalau aku tak sentuh dia waktu itupun, aku tetap tak boleh jumpa dengan dia sebab dia akan pulang ke istana semula. Tapi tetap salah aku. At least dia masih hidup dan aku boleh menatap dia sebagai bintang di langit. Tapi sekarang, bintang satu pun tak nampak.

Semakin lama, ingatan aku tentang dia semakin hilang kerana aku berusaha melupakan dia.

Move on.

Tapi tak pun. Takkanlah aku nak lupakan dia semudah itu? Aku cuma kena move on dari berharap dia kembali dan perlu terima sesiapa sahaja yang akan menjadi teman sehidup semati aku nanti.

Melepaskan, bukan melupakan.

💫💫💫

4 tahun berlalu...

Maya sudah meningkat dewasa, umurnya juga sudah 21 tahun. Maya diwariskan sebuah cafe kecil oleh keluarganya pada usia 19 tahun. Sehingga sekarang dia masih berkerja di cafe nya sahaja bersama seorang kawan lelakinya yang dikenalkan oleh bapanya.

Kalau ikutkan Maya, dia tak nak berkerja dengan lelaki. Tetapi bapanya kata kalau ada lelaki senang sikit dan keselamatan pun terjamin kalau ada apa-apa terjadi.

Maya pun bersetuju jelah sebab lelaki yang berkerja dengannya itu pun seorang yang baik hati dan lembut je orangnya. Lagipun dia dah mula rapat dengan lelaki itu sejak berumur 20 tahun.

Dah masuk 2 tahun 6 bulan mereka berkawan.

Maya membuka kedai cafe nya dan mengemas apa yang patut. Papan kapur yang ada di dalam dibawa keluar untuk memberitahu bahawa cafe nya telah dibuka.

Papan kapur itu dipandang lalu Maya tersenyum dan masuk ke dalam semula.

'Asta's Café'




8:45pm , 25 sep 2021

Maya : The Sweet Dream ✔︎Where stories live. Discover now