K A R Y A|| k e t i g a b e l a s
[Asta : The Lost Star S2]
Kesinambungan kisah seorang putera bintang yang amnesia -_-
---
"Twinkle, twinkle little star! How to be cute, like Asta?" Asta tertawa riang...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Twinkle, twinklelittle star! How to be cute, like Asta?" Asta tertawa riang kerana terhibur dengan lirik lagu rekaan sendiri. Bintang menari riang mendengar suara merdu Asta itu.
Dia terlupa tentang kejadian semalam dan tak terfikir untuk bertanya pada Cullen. Fikiran Asta seolah-olah dibasuh oleh Raja Altair.
Cullen datang mendekati Asta dalam keadaan tercungap-cungap. Asta memandangnya pelik.
"Kenapa?"
"Asta!" Cullen memegang kedua bahu Asta. Asta pula terkebil-kebil.
"Kau dengar ni. Kalau Ayahanda tanya kau nak kahwin dengan puteri bulan tu ke tak, kau jawab tak! Faham?"
"Kenapa? Puteri bulan tak cantik ke?" soal Asta.
"Tak cantik langsung! Buruk! Hauk!" Tipu Cullen. Padahal rupa puteri bulan tu pun dia tak pernah tengok.
"Hauk tu apa?" soal Asta polos.
"Tak tahu. Aku rembat ayat manusia." Asta membulatkan mulutnya.
"Jawab tak nak sebab puteri bulan tu buruk je?"
"Ya...dia buruk! Kau kena bersama dengan Maya! Faham tak?" Tegas Cullen pada Asta.
"Kenapa? Siapa Maya ni? Kenapa kau desak aku supaya dengan dia ni?" soal Asta hairan.
"Eee!" Ingin sahaja Cullen menampar wajah tampan milik abangnya ini. Kenapa kelakuan Asta ni macam budak lembab eh? Apalah yang Raja Altair dah buat dekat abangnya yang seorang ni.
"Cullen Emrys."
Cullen mengeluh dan menoleh kebelakang memandang Raja Altair yang memanggil namanya.
"Ayahanda nak apa?" soalnya sedikit kasar.
"Cuba untuk cuci fikiran Asta, ya?" Sinis.
Asta bingung.
"Not me. But you." Tajam matanya memandang Raja Altair.
"Heh, Asta. Follow me."
Asta mematuhi arahan namun dihalang oleh Cullen.
"Tak boleh. Cullen ada benda nak bercakap dengan Ayahanda. Asta, pergi masuk bilik." Arah Cullen pada Asta.
Asta memandang mereka berdua pelik. "Dah kenapa Adik dengan Ayahanda ni? Korang berdua bergaduh sebab Asta ke?" soalnya.
"Tiada apa anakku. Mari Cullen. Kita berbual di dalam." Raja Altair terus berjalan masuk ke dalam Istana dan diikuti Cullen. Asta dilarang ikut.
"Ha, sila katakan apa yang kamu ingin katakan." Raja Altair menongkat dagu memandang anaknya.
"Cullen nak bawa Maya ke sini. Cullen nak buktikan Maya lebih layak untuk Asta berbanding puteri bulan kurang skin care tu."
"Hm...good idea. Ayahanda nak tengok juga, apa yang hebat sangat dekat si Maya tu. Dia ada kuasa ke? Dia ada rupa gadis bintang? Dia ada apa yang kita ada?" Soalnya sinis.
Cullen terdiam seketika dia berfikir. Apa yang ada dekat Maya, eh?
"Dia tidak ada apa yang kita ada. Tetapi dia mempunyai hati yang ikhlas mencintai Asta. Hanya dia yang mampu membuka hati Asta dan membuatkan Asta gembira dan bahagia. Lagipun itu cinta pertama Asta."
Raja Altair tertawa sarkastik. "Itu aja? Arthemis Elara, gadis bulan yang mempunyai kecantikkan yang luar biasa dan mempunyai kuasa serta pewaris tunggal kerajaan bulan. Dia juga mempunyai keikhlasan dan mampu membahagiakan Asta lebih dari itu. Kamu masih tak kenal lagi siapa dia. Lagi satu soalan yang ayahanda ingin bertanya, kenapa kamu yang beria mahukan Maya bersatu dengan Asta?" Raja Altair memeluk tubuh dan wajahnya berubah serius.
"Kerana anakanda mu ini yang menyaksikan sendiri kisah cinta mereka. Cullen menjadi saksi bersama bintang-bintang yang lain. Cullen dapat menyaksikan bertapa indahnya kisah percintaan mereka. Sejak awal Cullen yang saksikan. Sehinggalah ayahanda mengarahkan Cullen untuk turun ke bumi memanggil Asta pulang. Memang pada awalnya Cullen sangkakan Maya itu biasa sahaja. Tetapi melihat wajah gembira Asta ketika dia memperkenalkan Maya kepada Cullen. Cullen tahu bahawa Maya bukan seorang gadis biasa di hati Asta."
"Ok, so? Tu je? Tak menarik."
'Nasib kau bapak aku je, kalau tak memang aku tumbuk muka kau ni.' Desis hati Cullen.
"Hanya Maya yang ikhlas mencintai Asta!"
"Beria." Cullen tersentap mendengarnya.
"Kenapa kamu sibuk nak jodohkan Asta sedangkan kamu tu single?" Cullen tersentap lagi.
"Cullen nak Asta bahagia je. Sebab hanya bonda dengan Asta je yang selalu beri perhatian dekat Cullen masa kecil. Asta abang yang baik dan selalu sayangkan Cullen. Macam-macam Asta korbankan untuk Cullen, jadi Cullen nak balas jasa Asta dengan cara ni."
"Memang tak ada cara lain untuk balas jasanya?"
"Tak ada. Apa-apa pun Cullen tetap nak bawa Maya ke istana ni."
"Baik. Beta akan pastikan, Asta sendiri yang menghalau Maya pergi." Raja Altair tersenyum sinis.
Cullen mengecilkan matanya memandang Raja Altair. Raja Altair membalas pandangan Cullen dengan pandangan sinis.
Asta yang mencuri-curi dengar bingung seketika. Satu apa pun dia tak faham apa yang mereka bincangkan. Maya cinta dia? Balas jasa? Adiknya saksikan dia bercinta dengan Maya? Arthemis Elara pula siapa? Ha? Apa benda semua ni? Dia tak faham langsung!