![]()
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Arghh!!""Tuan Asta!" Pelayan Asta berlari mendapatkan Asta yang jatuh terduduk sambil memegang kepalanya yang sakit.
"S-sakit—" Asta dibawa kebiliknya dan dirawat oleh doktor peribadi.
Ratu Atilia memandang Asta dengan pandangan penuh kasihan.
"Macam mana dengan keadaan Asta?" Soal Ratu Atilia.
"Ingatan Asta semakin pudar, mungkin kerana kesan dari kuasa milik Tuanku."
Ratu Atilia menggigit kukunya dan berjalan ke hulur hilir. Dia merisaukan suami dan anaknya yang turun ke bumi.
"Bonda? Kenapa ni?" Soal Zullien yang baru muncul dari Istana Elara.
"Asta, ingatan dia...ayahanda kamu pula tidak pulang lagi."
"Ayahanda? Dia pergi ke mana bonda?"
"Turun ke bumi, bonda menyuruhnya untuk menjemput adik bongsu kamu itu pulang istana."
"Eh? Bila masa pula ayahanda turun ke bumi?" Soal Zullien dengan wajah sedikit terkejut.
"Semalam."
✨✨✨
"Ayahanda?" Cullen sedikit terkejut melihat Raja Altair yang santai di atas sofa rumah keluarga Maya sambil minum kopi panas.
Maya mendapat panggilan pagi tadi dari ayahnya, dia disuruh pulang ke rumah bersama Cullen.
Maya turut terdiam melihat Ayah Cullen berada di rumah ayahnya.
"Kenapa Tuanku ada di rumah ayah patik." Maya menunduk.
"Sebenarnya-" Raja Altair turun daripada sofa dan bersujud di hadapan Maya untuk meminta maaf atas kekasarannya terhadap Maya.
Maya dan Cullen sangat terkejut dengan tindakan Raja Altair tersebut.
"Tuanku, tidak mengapa. Patik maafkan. Tolong angkat kepala Tuanku." Raja Altair mengangkat kepalanya dan berdiri.
"Tapi...apa maksud semua ni? Kenapa tiba-tiba."
"Raja Altair tu adik angkat papa."
"Eh-"
"Ha?" Cullen dan Maya saling berpandangan.
Tuan Arlett menceritakan dari mula kepada mereka berdua.
Sementara itu di situasi yang lain, ada seorang yang memerhatikan mereka dari langit.
"Nampaknya, Tuanku juga ingin melanggar peraturan Mendiang Raja Arippin."
Maya terdiam selepas mendengar cerita dari ayahnya.
"Maknanya...mama-" Maya mengesat air matanya. Ingatan tentang ibunya dan kejadiannya di masa lalu kembali pulih.

ANDA SEDANG MEMBACA
Maya : The Sweet Dream ✔︎
Short StoryK A R Y A|| k e t i g a b e l a s [Asta : The Lost Star S2] Kesinambungan kisah seorang putera bintang yang amnesia -_- --- "Twinkle, twinkle little star! How to be cute, like Asta?" Asta tertawa riang...