bab 33 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Start from the beginning
                                    

"Kau tak salah pun..Aku yang sepatutnya minta maaf sebab tinggalkan kau kat sini..Aku menyesal sangat - sangat."ujar Adrian dengan suara sayunya.Pipi Arin diusap penuh kasih.

Andai saja Black tidak menemani Arin, pasti dia akan kehilangan gadis itu buat selamanya.Dan sudah semestinya, dia akan menyesal seumur hidup.

"Awak, semua tu dah jadi takdir..Allah dah tentukan..Tengok, saya masih ada kat dalam pelukan awak kan sekarang ni? Jadi, stop salahkan diri sendiri okay?"kata Arin lembut.Rahang Adrian yang tajam terbentuk itu diusap.

Adrian mengusap pipi Arin, Arin mengusap rahang Adrian.Iris hitam dan coklat itu saling bertaut.

"Aku takut, sayang..Aku takut hilang kau..Aku tak dapat bayangkan hidup tanpa kau..Kau tahu kan yang aku sayang kau sangat - sangat?"

Arin tersenyum.Hatinya sudah cukup berbunga mendengar ucapan ikhlas suaminya itu.Andai saja dia sempat rakam, memang dia akan menjadikannya sebagai ringtone..Supaya dia akan tersenyum setiapkali mendengarkannya.

"Tapi satu hari nanti saya tetap akan pergi kalau ajal dah sampai-"

Adrian meletakkan jari telunjuknya dibibir gadis itu sebagai syarat agar Arin menghentikan ayatnya.

"Sebelum semua tu terjadi, aku akan berusaha untuk melindungi kau..Even aku perlu korbankan nyawa aku."

Itulah janji Adrian!

Dia tidak akan sesekali membiarkan gadis itu disapa sebarang bahaya atau kesakitan.Kalau boleh dia ingin pergi terlebih dahulu agar tidak merasakan kepergian isterinya itu.Satu hari nanti..

"Awak buat saya nak nangis lah.."mata Arin sudah berkaca.Hanya Allah yang tahu betapa terharunya dia setelah mendengar ucapan Adrian itu.

Adrian senyum sedikit.Kedua mata gadis itu lantas dikucup.

"Don't cry..Aku lemah tengok air mata kau..Please, don't cry.."kata Adrian sambil mengesat air mata Arin.

Arin menarik nafas dalam.Air mata cuba ditahan daripada mengalir.Cukuplah dia sudah menyusahkan lelaki itu..

"Awak dah makan ke?"

Adrian menggeleng kepala.Dia pun sudah lupa yang dia belum menjamah sebarang makanan sejak tahu berita itu tadi..Lihatlah betapa risaunya Adrian!

"Okay, jom saya masakkan awak..Awak mesti lapar kan? Awak nak makan apa?"

Adrian menggeleng.Pelukan itu dieratkan.

"Just stay like this..Aku rindu kau."bisik Adrian.

Arin hanya diam.Biarkan lah dulu Adrian berehat..Pasti lelaki itu penat sebab tergesa - gesa pulang tadi..Sabah dengan Kuala Lumpur bukannya dekat.

✪✪

"

Apa yang jadi sebenarnya?"

Black dan Mark yang berlutut didepannya itu.Masing - masing menundukkan kepala menekur lantai.

"Panjang ceritanya tuan."balas Black tanpa mengangkat kepalanya.Gila nak angkat!

Adrian mengeluh.

"Kau nak aku terajang dulu ke apa? Bagi tahu je lah, bodoh."ujar Adrian dengan nada geramnya.

Dah tahu panjang, pendekkanlah!

"Macam ni tuan..Waktu tu puan ajak kami pergi taman..Tapi tuan kan suruh Mark pergi beli barang dapur, jadi saya seorang je lah yang teman puan.."Black berhenti seketika.Nafas panjang ditarik.

Adrian pula hanya diam memerhati orang kanannya itu.Dah serupa rapper!

"Kami pergilah taman..Lepastu saya cakap lah yang saya ni handsome dekat puan..Tapi Puan tak nak percaya-"

"Cerita yang penting je lah bodoh!"carut Mark apabila menyedari yang Black sudah melencong sedikit dari ceritanya.

Adrian menggulingkan bebola matanya keatas.Menyempat lagi monyet satu ni..

"Oh okay..Back to the story, waktu tu saya sedar yang kunci kereta tertinggal dalam kereta..So saya ambil lah..Nanti kalau saya tak ambil, lepastu kena curi macam mana? Kami nak balik macam mana? Haa, saya buat semua tu bersebab tau? Jadi, tolonglah jangan hukum kami tuan.."sempat Black memujuk Adrian dihujung ayatnya.

"Bagus kau cerita cepat sebelum aku suruh kau bersihkan markas malam ni juga.."ugut Adrian yang sudah tidak tahan dengan Black itu.Orang nak tahu, boleh pula dia memujuk.

Black mencebik sedih.

"Mark, kau lagi cerita..Aku dah tak tahan nak nangis ni.."suruh Black sambil menepuk - nepuk bahu Mark disebelahnya.

Mark mendengus geram.

"Kau dah kenapa nak nangis? Pondan ke apa? Bongok!"dia mana lah ada dekat tempat kejadian tadi.Black ingat dia ni magician ke apa?

"Hisy, suka aku lah nak nangis ke apa!"

Adrian berdehem.Cukup untuk menghentikan perbalahan antara Black dengan Mark itu.

Black membetulkan riaknya.Peha Mark sempat dicubit geram.

"Auch!"

"Masa saya ambil kunci tu, saya tak tahu pula yang puan kena serang..Yelah, kat situkan banyak orang..Saya tak terfikir pula yang lelaki tadi tu kacau puan.."cepat - cepat Black menceritakan sebelum Mark sempat membalas dendam kepadanya.Headhunter tu bos!

"Jadi kau sempat ke jumpa lelaki tu?"

Black mengangguk.

"Sempat, tuan..Waktu saya dah nak balik dekat puan, saya nampak ada satu lelaki duduk kat sebelah puan..Lepastu saya nampak lah juga muka takut puan..Saya pun jeritlah 'hoi!', lepastu dia bangun terus peluk puan and letakkan pisau rambo dia dekat leher puan.."

Adrian mengepal buku limanya.

"Dia peluk isteri aku?"

Black mengangguk laju.

"Ya tuan.. Lepas saya jerit tu, saya pergi lah dekat diorang..Lelaki tu terus kata 'give me that chip, Black.'..Saya pun bangga lah sekejap sebab dia tiba - tiba je tahu nama saya.."

Mark dan Adrian mengerutkan dahi.

"Dia nak cip tu ke?"soal Mark.

Black menganggukkan kepalanya.

"Haah, lepastu saya sepak lah tangan dia sampai pisau rambo dia tu jatuh..Saya gertak sikit lepastu dia lari..The end."

Adrian tersenyum sinis.Nampaknya musuh - musuh yang menginginkan cip itu sudah berani menggertaknya.

"Kau sepak? Tak koyak ke seluar kau?"

Black menjeling Mark.Seluarnya cukup berkualiti okay?! Lelaki Turki ni memang dengki dengannya.

"Setakat sepak lelaki tu tak gentar Mana pun seluar aku ni..Kenapa? Kau nak rasa ke?"kata Black yang sudah ingin berdiri itu.

"Eh tak pe..Aku tak teringin pun lah nak rasa sepakan lembik kau tu.."kutuk Mark selamba.

Black membeliakkan matanya.Lembik dia kata?

"Black, Mark."

Black dan Mark lantas menoleh kearah Adrian.Terhenti pergaduhan kecil antara mereka berdua itu.

"Bagitahu Carlos, suruh dia cari info tentang lelaki tu..Korang dua pula, jangan lupa bawa pistol ataupun senjata setiapkali keluar..Diorang dah mula menyerang.."

"Aye aye captain!"serentak Black dan Mark berkata.Gaya tabik hormat turut dibuat.















Huhu, sec update for today!!

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️


LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now