bab 29 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Start from the beginning
                                    

Manakala Adrian sudah tidak putus - putus memaki.Entah siapa yang dimaki pun tidak tahu!

✪✪

Arin melipat pakaian - pakaian Adrian itu sebelum dimasukkan kedalam bagasi yang akan dibawa suaminya itu esok.

Tipulah kalau dia tidak sedih, tapi nak macam mana lagi kalau sudah itu kerja suaminya? Lagipun dia rasa tidak apa - apa kalau dia tinggal dirumah.

Black dengan Mark kan masih ada? Pengawal lain pun apa kurangnya?

"Sayang.."

Arin menoleh kearah pintu.Kelibat Adrian yang baru memboloskan diri itu menyapa pandangannya.Kini lelaki itu mulai menghampirinya.

"Kenapa? Awak nak sesuatu?"lembut Arin bertanya sambil tangannya lincah meneruskan aktivitinya tadi.

Adrian menggeleng.Dia yang sudah duduk disebelah Arin itu lantas meletakkan kepalanya diatas riba gadis tersebut.Wajah gadis itu diperhati dari bawah.

Dari atas cantik, dari tepi cantik, dari bawah cantik.Semuanya cantik!

Entah apa kebaikan yang dia buat sampai Allah jadikan gadis sebaik Arin Mikaela itu sebagai isterinya.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?"

Adrian senyum.

"Nothing..Cuma nak buat bekalan rindu bila dah kat sana nanti.."

Arin menahan senyum mendengar ucapan yang baru saja keluar dari mulut Adrian itu.Baju yang berada dalam pegangannya itu diletakkan ditepi.

"Awak bolehkan telefon saya? Video call ke? Lagipun bukannya lama sangat awak kat sana.."renungan lelaki itu dibalas.

Adrian menggeleng perlahan.Namun mata masih ralit memandang wajah Arin.

"Mana sama..Kalau just dalam talian, mana boleh peluk kau..Apatahlagi nak kiss kau.."pinggang Arin dipeluk erat.Wajah lelaki itu disembamkan ke perut Arin yang berlapik itu.

"Alah, nanti - nantilah..Kan awak pulang juga? Jadi, sabarlah sedikit.."tegur Arin sambil kedua tangannya menyentuh rambut Adrian itu.Rambut lebat itu dikacau - kacau.

"Macam mana boleh sabar kalau tak de kau? Kau kan painkillers aku.."

Arin melepaskan ketawa kecilnya.

Painkillers?

Ada - ada saja telatah Adrian yang pasti membuatkan dirinya cair.Kalau boleh, dia dah boleh buat sarang rama - rama didalam perutnya.


"Kenapa kau ketawa?"soal Adrian.Dia punyalah sedih nak berpisah dengan gadis itu, tapi Arin pula? Boleh pula ketawakannya.

Gadis itu tak sayangkan dia ke apa?!

"Tak de..Saya cuma rasa lucu je dengan kata - kata awak tadi.."

Adrian bangun dari perbaringannya.

"Apa? Painkillers tu? Memang betul apa! Kau tu bukan setakat painkillers aku je, tapi kau tu ubat rindu aku, ubat senyum aku, ubat kebahagiaan aku dan yang paling penting kau segala - galanya bagi aku..."ujar Adrian ikhlas.Kedua tangan gadis itu sudah berada didalam genggamannya.

Arin tersenyum.Sungguh bahagia menyapa perasaannya pada masa itu.Suka mendengar luahan daripada suaminya itu.

"Terima kasih sebab percayakan 'ubat' ni.."

Adrian mengulum senyuman manis.

"Jadi bagi kau pula, aku ni apa?"dia pun nak tahu juga keberadaannya didalam hati isterinya itu.Kalau boleh, tak nak friendzone or husbandzone okay?

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now