bab 27 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Start from the beginning
                                    

"Tiada, aku datang sini just nak pastikan yang kau dah move on dari projek berjuta - juta tu..Yelah, aku takut je kau nanti murung sebab benda kecil tu."kata Dato' Amin angkuh.

Adrian menolak dinding pipinya dari dalam menggunakan lidah.Memang cari pasal lelaki tu ni dengan dia!

"Kenapa marah ke? Kau patut terima Adrian..Kau patut terima yang aku ni lebih bijak dari kau!"

"Bijak? Huh? Are you kidding me?"perli Adrian sambil berdiri.Lelaki itu didekati.

Dato' Amin kelihatan sedikit takut bila lelaki mudah itu sudah berada didepannya.

"I mean, ambil barang orang tu bijak ke? Bukan terlalu bodoh sampai sanggup mencuri? Waktu malam pula tu..Kalau berani pagi lah buat kerja terkutuk tu! Kenapa tak berani?"hambur Adrian dengan senyuman sinisnya.

"Siapa je yang bodoh mencuri pagi - pagi hah? Kau ingat aku ni tak de otak ke apa?"balas Dato' Amin dengan sisa keberaniannya yang sudah tidak berapa itu.

Adrian menjongketkan keningnya sebelah.

"Bukan memang tak de ke? Maklumlah, kau kan dah tua..Otak pun mesti dah berkarat!"sinis Adrian berkata sambil membetulkan tali leher Dato' Amin itu.

Dato' Amin menolak tangan Adrian dengan kasar.

"Kau jaga sikit mulut kau eh! Kau jangan lupa, kau tu dah kalah dengan aku.."

Adrian melepaskan ketawanya.Ketawa yang pasti menyakitkan hati tua Dato' Amin.

"Jangan bermimpi orang tua! Aku belum mengalah lagi..Aku diam selama ni sebab nak bagi kau rasa pegang fail itu..Yelah, aku ni pun bukannya jahat sangat sampai tak nak orang macam kau ni pegang benda mahal macam tu..Ingat, nikmatilah sebelum aku ambil balik."

Dato' Amin menahan marah mendengar kata - kata Adrian itu.

"Kau ambil barang tu, aku report polis."

Adrian senyum senget.Like seriously?

"Hey, satu fakta yang kau perlu tahu tentang aku.."mulutnya didekatkan ketelinga Dato' Amin.

Lelaki tua itu hanya diam menanti.

"Aku,"

"Tak,"

"Takut,"

Pak!

"Argh!"adu Dato' Amin dengan wajah kesakitannya setelah 'nyawanya' disepak kuat oleh Adrian.

"Polis."

Adrian meninggalkan bilik itu tanpa membantu lelaki tua tersebut untuk berdiri semula.Dia nak bantu?

Sorry, dia tak nak sentuh pencuri.

"KAU TU-TUNGGU ADRIAN!"

✪✪

"Allora, dove sono?"(Jadi, dimana mereka?)soal lelaki yang duduk dikerusi berukiran naga itu.Sesekali cerut yang berada dalam pegangannya dihisap sebelum asapnya dihembus perlahan.

"Non riesco a trovarli, capo."(saya tidak dapat mencari mereka, tuan.)balas orang bawahan lelaki itu yang setia berdiri ditepinya sejak beberapa minit yang lalu.

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Non trovare di nuovo..Sono stati uccisi da Adrian."(Jangan cari lagi..Mereka sudah dibunuh oleh Adrian.)

Dia tahu cara kerja Adrian.Lelaki itu tidak akan membiarkan orang yang menganggunya hidup senang.Adrian pasti sudah membunuh orang bawahannya yang dia suruh tempoh hari.

"Allora, come stava?"(jadi bagaimana dengan dia?)reka bentuk cerut itu ditilik.Dalam mindanya tidak berhenti mencari jalan untuk mengambil cip itu dari Adrian.

"Penso che abbia già una moglie".(saya rasa dia sudah mempunyai isteri.)

Balasan itu membuatkan lelaki tersebut sedikit terkejut.Tidak lama kemudian, senyuman sinisnya terukir.Wajah orang bawahannya itu dipandang.

"Moglie? Sul serio? Adriano?(isteri? Biar betul? Adrian?)soal lelaki itu masih tidak percaya.

"Sì, capo... ho la foto di sua moglie."(ya, tuan..Saya ada gambar isterinya.)telefon bimbitnya lantas dikeluarkan dari poket seluar sebelum gambar seorang perempuan dilihatkan kepada bosnya itu

Lelaki itu merenung wajah cantik yang terpapar pada skrin itu.So, that's true?

"How you can be so sure about this?"Dia tidak suka menerima berita palsu.Dan dia tahu, orang bawahannya itu pasti turut maklum dengan perkara tersebut.

"Ho ricevuto queste informazioni dal tuo hacker personale."(saya dapat informasi ini daripada penggodam peribadimu.)

Lelaki itu tersenyum.Makin senang kerja nya selepas ini memandangkan kelemahan besar Adrian sudah diketahuinya.

"Wait for me, Adrian..I'll make you on your knees in front of me..That chip will be mine too.."

Orang bawahannya itu hanya diam melihat tingkah majikannya itu.Lelaki itu pasti ada jalan untuk mengambil cip penting tersebut daripada Adrian.

"Vuoi che faccia qualcosa, capo?"(kamu ingin saya berbuat sesuatu, bos?)

Laju lelaki dengan cerutnya itu menggeleng kepala.Buat masa ini, dia takkan melakukan perkara yang sia - sia.Dia akan merancang strategi yang hebat untuk menumpaskan Adrian..

Satu saat nanti.

"No, sii paziente".(tiada, kau perlu sabar..)senyuman sinisnya tidak pudar dari wajah berdarah Itali tersebut.

Dia sudah tahu, kelemahan Adrian!














A bored update before sleep 💤

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now