"Rapat betul you dengan abang Tarkiq, ada apa-apa ke?"usik Elisha dengan kedua kening diangkat.

"Melalut aih hang ni. Taste aku tinggi tau dak. Setakat abang Tarkiq hak masuk ayaq tu, aku boleh buh lam laut. Tak mau aku. Nanti sekali dengan aku masuk ayaq. Dua-dua lemas"jawab Kaira. Pekat betul bahasa utara dia tu. Aku pun kadang-kadang tak faham juga apa yang minah ni cakap. Tapi aku iya kan sahaja.

Arif yang duduk di kerusi berhadapan dengan aku, hanya memandang. Sesekali dia menarik senyum ke arah aku. Aku membalas dengan jelingan.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku keluar dari bilik air dengan hentakan kaki geram. Katil aku henyak geram. Wajah aku tak usah cakap lah memang berkerut seribu.

"Vy, you tak boleh duduk elok-elok sikit ke? Penat tau I pakaikan veil tu"kata Elisha.

"Peduli apa I. Bukannya I nak pun pakai macam ni. Ih! Rimas!"bentak aku.

Pin! Pin!

Kedengaran bunyi hon kereta dari luar rumah. Lantas Elisha dan Kaira berlari ke tingkap untuk mengintai siapakah gerangan yang bakal menjadi tunang aku.

Terdapat beberapa orang memasuki rumah dengan membawa dulang hantaran. Terintai-intai kepala Elisha dan Kaira mencari kelibat bakal tunang aku.

"Ha! Tu ka tunang hang? Segak noh"kata Kaira. Aku lekas turun dari katil menghampiri tingkap. Sorotan mata aku mengunci susuk lelaki yang dikatakan Kaira.

"Apa yang segaknya. Itu abang I lah. Tuan Mikael Royzie"kata ku. Berkerut dahi aku bila Kaira cakap alang aku tu handsome. Dia tu rabun ke apa?.

"Oh! Abang hang ea? Hehehe. Segak noh".Kaira menarik senyum. Dia kembali melihat susuk alang diluar tingkap.

"Hih! Alang you cakap handsome? Sah you ni rabun"Aku kembali menapak ke katil.

Elisha mendekati aku. Dia melabuhkan duduknya disamping aku. Lengan aku dicuitnya.

"Weh! Vy, Abang you tu single ke taken?"tanya Elisha. Drastik aku memandang Elisha. Berkerut dahi aku. Masuk ni dah banyak kali dahi aku berkerut. Tua juga aku nanti.

"Heh! You dah kenapa?"Kata ku pelik.

"Alah.. jawab je".

"Abang I yang mana satu ni?".

"Tuan Azrai Rezwan". Elisha menayang sebaris gigi.

"Huerm.. dia single. Ha! You jangan cakap yang you syok dekat Uda. I campak you sampai ke bawah kejap lagi". Aku memberi amaran awal-awal. Bukan aku tak suka kawan aku minat dekat abang-abang aku. Tapi, aku tak percaya sangat dekat abang aku tu. Harap muka je handsome. Tapi perangai semua buaya.

"Ala.. "keluh Elisha.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Cincin disarungkan ke jari manis aku. Tangan puan Umira aku cium dan mulai hari ini aku sudah digelar tunangan orang. Selesai itu, tetamu dijemput untuk menjamu selera di kanopi yang sudah tersedia dihalaman rumah. Boleh tahan ramai juga keluarga tunang aku ni.

"Adik, ni ada surat untuk adik"kata Uda menghulurkan sepucuk kertas kepada aku.

"Siapa bagi ni?"tanya ku.

"Bacalah dulu". Uda berlalu dari situ. Sorotan mata aku sekadar menghantar Uda pergi.

Kertas ditangan aku tenung. Aku melangkah ke ruang tamu dan melabuhkan duduk diatas sofa. Lipatan kertas aku buka.

Avyren [✔️]Onde histórias criam vida. Descubra agora