bab 24 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

ابدأ من البداية
                                    

Jadi, lebih baik dia sediakan payung sebelum hujan menimpa.Dia akan lebih alert dengan keselamatan Arin.

"Kalau awak sibuk?"

Yalah, lelaki itu bukannya selalu lapang.Nanti kalau dia ajak, marah pula Adrian sebab kerjanya diganggu.

"No problem.. You're my priority."

Berbunga hati Arin mendengar balasan Adrian itu.Bibirnya dikemam cuba menahan senyum.Kepala ditundukkan.

Adrian tersenyum senget.

"Hey, are you blushing sayang?"Adrian mengangkat wajah Arin keatas.Pipi si isteri yang sudah bertukar rona itu menyapa pandangannya.

"Oh my god, you're freaking cute, sayang!"tawa Adrian terlepas sambil mengungkapkan kata - kata itu.Kedua pipi Arin dicubit geram.

"Ish!"Arin sudah menutup mukanya.Tawa Adrian itu semakin membuatkan pipinya merah.

Tak henti - henti Adrian mengusik gadis itu.Comel sangat bila isterinya malu!

✪✪

"Kids, kenapa dengan kakak korang tu?"

Semua kanak - kanak yang duduk dalam bulatan sambil menikmati makanan ringan itu serentak memandang kearah Black.Ditepi lelaki itu terdapat juga Mark dan Carlos dengan wajah ingin tahu.

Tadi Arin dengan budak - budak ni pergi kedai tu jalan kaki.Bila pulang pula naik kereta.Yang lebih menghairankan tiga lelaki itu bila Adrian mendukung isterinya tersebut masuk kedalam rumah.

Setakat dukung tu diorang tak hairanlah, sebab tuan mereka tu memang suka riak.Maklumlah, orang dah beristeri katanya..Tapi bila mereka dapat menangkap wajah kesakitan Arin itu membuatkan mereka hairan dan ingin tahu.

Ada apa - apa terjadi ke?

"Tadi kan abang Ad marah.."balas Nazim dengan keropok yang penuh didalam mulut kecilnya itu.Kawasan mulut budak itu juga sangat comot dengan coklat yang baru dimakannya tadi.

Black, Mark dengan Carlos mengerutkan dahi.Tuan mereka mengamuk? Sebab apa?

Black masuk kedalam bulatan budak - budak itu sebelum punggung dilabuhkan ditengah mereka.Mark dan Carlos pula hanya berdiri.Mereka juga ingin tahu cerita tadi.

"Abang Ad marah? Suami kakak tu ke?"

Nazim menggeleng kepalanya.

"Abang Black ni lambat sangat lah! Mesti lah abang Ad suami kakak Arin tu..Hisy, potong mood orang je nak cerita."petah Nazim mengutuk lelaki itu.

Black mencebik.Ee budak ketot ni!

"Haa yelah, sambung lah cepat encik Nizam.."terpaksa Black beralah pada masa itu.Nanti kalau dilawan pula, budak tu tak nak cerita..Memang taklah!

Nizam meletakkan plastik keropoknya diatas lantai.Budak lelaki yang baru berusia 8 tahun tersebut sudahpun bersedia ingin meneruskan ceritanya.

Black pula cepat - cepat mencapai keropok Nazim itu.Sedikit demi sedikit, keropok itu mulai disuap kedalam mulutnya.Pemiliknya masih belum perasan.

Carlos hanya menggeleng melihat perbuatan Black itu.Dengan budak pun tak habis - habis lelaki ni!

"Tadi kan, Mak Enah datang."

"Siapa pula tu?"laju Mark bertanya.Sepanjang hidupnya belum pernah lagi dia mendengar nama itu.Skandal Black ke? Ops!

"Alya terangkan!"

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTحيث تعيش القصص. اكتشف الآن