bab 21 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Start from the beginning
                                    

Adrian menjongket - jongketkan kening dengan wajah bangga.Its simple bro!

"Banyak lagi yang aku tahu tau.."

Arin ketawa kecil.Wow, banyak eh?

"Banyak ke? Apa lagi?"

Adrian sengih.Tubuh Arin dipusingkan menghadapnya.Mata gadis itu direnung.

Mata Arin berkelip - kelip membalas renungan Adrian.

"Nak buat pipi kau merah pun, aku tahu."kedua tangan kekarnya menekup pipi gadis itu.

"Eh, tak pe lah.."Arin cuba melepaskan wajahnya.Namun pegangan lelaki itu terlalu erat.

Cup!

Cup!

Arin tergamam.Kedua pipinya yang baru menjadi mangsa bibir merah Adrian itu disentuh.Pipinya jangan tanya, serupa tomato!

"Look, I made it!"gembira Adrian berkata.

Tanpa dia tahu, isterinya itu sudah hampir putus nafas dek kerana ciuman tersebut.Haih, boleh tak kalau Adrian tak buat dia blushing satu hari? Satu hari je lah!

Arin bangun dari duduknya walaupun lututnya terasa lemah.Orang yang pernah malu je faham..

"Jomlah, kita keluar awak.."

Adrian memincingkan matanya melihat langkah Arin yang sudahpun keluar dari bilik mereka itu.Senyuman senget masih terlakar pada wajah tampannya.

"What a cute woman in the world."

✪✪

"Kakak, cantiknya rambut kakak!"puji Alya dengan patung Doraemon yang berada dalam pelukannya.Mata budak itu melekat pada rambut tocang Arin.

Arin yang sedang memasak sesuatu itu lantas tersenyum.

"Cantik kan? Abang Ad yang buat."

Alya membesarkan matanya tanda tidak percaya.

"Betul ke kakak? Abang Ad?"petah sekali bibir itu menyoal.Gadis kecil itu sudah menghampiri Arin.Kepalanya didongak memandang wajah Arin.

Arin mengangguk.Sesekali wajah Alya itu dipandang.

"Ya, Alya comel.."

Alya lantas berlalu pergi dari situ.Entah nak pergi mana pun Arin tidak tahu.Dia meneruskan masakannya sebelum diletakkan keatas pinggan.

Semua masakannya tadi dibawa keruang tamu satu persatu.Disebabkan mereka terlalu ramai hari itu, maka mereka akan duduk dilantai.Nak duduk atas meja makan, nanti ada pula yang tak muat..

"Puan, nak kami bantu ke?"soal Carlos yang sedang mendukung Rahman itu.

Arin menggeleng dengan senyuman.

"Tak pe lah, Carlos..Lagipun tinggal sikit je lagi."

Langkah Arin dibawa kedapur semula.Pinggan dan gelas yang sudah disediakan tadi dicapai sebelum dibawa kedalam ruang tamu.Semua alatan itu diletakkan penuh berhati - hati.

"Black, panggil kan budak - budak semua..Makanan dah siap ni."suruh Arin sebaik Black lalu dihadapannya.

"Menjunjung perintah, puan besar!"

Arin mengangguk sambil tersenyum.Black, Black!

"Jom makan anak - anak!"

Arin menghidangkan makan malam mereka sambil menunggu semua orang datang.Air sirap sejuk itu diisi kesemua gelas yang ada disitu.Dan, semestinya cukup untuk mereka semua.

"Maaflah, Arin..Ibu lipat pakaian budak - budak tadi.Tu yang tak dapat bantu kamu tu.."ujar Puan Zainab sebaik tiba disitu.Wajah wanita itu jelas bersalah.

"Eh, tak pelah ibu..Lagipun memang kerja Arin kan?"

Puan Zainab senang mendengar kata - kata gadis itu.Anaknya itu memang seorang anak dan isteri yang baik.

Semua budak - budak sudahpun mengambil tempat masing - masing.Begitu juga dengan Carlos, Black dan Mark.Arin dan Puan Zainab tersenyum melihat telatah budak - budak itu yang tidak ingin langsung berenggang dari ketiga lelaki tersebut.Nasib korang bertiga lah!

"Mana Abang Ad?"bisik Arin perlahan ditelinga Nazim yang duduk disebelah kirinya itu.Manakala sebelah kanannya masih kosong tidak berpenghuni.

Nazim mengangkat kedua bahunya.

"Kenapa tak makan dulu?"

Lantas semua pasang mata terarah kepada kelibat yang baru tiba itu.Lelaki itu laju menghampiri Arin sebelum duduk dilabuhkan disebelah gadis itu.

"Kami tunggu awaklah.."kata Arin lembut.

Adrian senyum sebelum kepala Arin diusap perlahan.

"Aww, so sweet!"ejek Black dengan wajah cemburunya.Bahu Nazim dan Hairi yang berada dikiri kanannya itu disenggol - senggol.

"Ish, abang Black ni pencemburu lah!"

Mark ketawa mendengar kata - kata Nazim yang itu.Adoi, kecil - kecil cili padi Nazim ni..

"Kau pun jealous kan? Maklumlah kau tu pun single..Tak de siapa orang nak."tercebik - cebik mulut Black berkata.

Nazim senyum sinis.

"Nazim kalau single, tak pe..Sebab masih kecil..Tapi kalau abang Black yang single macam kasihan pula Nazim dengar."

Black dan Mark jelas tercengang.Sentap dengan kata - kata budak lelaki itu.Bukan sedikit, tapi banyak!

"Nazim, tak baik tau buat abang Black macam tu.."tegur Puan Zainab dengan tawanya.Begitu juga dengan Arin.

"Entah budak ni! Mulut dia macam aku nak cili - cili kan aje tau.."kedua belah pipi Nazim dicubit kuat.Kisah apa dia kalau budak tu menangis!

"Black, stop."

Black menarik tangannya semula.Tuan singa dah bersuara tu..

"Bluekk!"Nazim menjelirkan lidah kepada Black.

Black mencebik sebelum membuat perkara yang sama kepada budak lelaki itu.

Adrian melepaskan keluhan.Sudah tahu kan kenapa dia berkeras taknak monyet ni ikut? Faham - faham lah..





















To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️











LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now