"Baik pa"serentak kelima-lima abang aku.

Along, angah, achik, alang dan Uda hanya melihat papa menapak pergi dengan sorotan mata.

Deringan telefon bimbit memecahkan keheningan mereka. Uda menyeluk poket seluar lalu mengeluar telefon bimbitnya. Panggilan dijawab.

"Hello, baik. 10 minit aku sampai"talian dimatikan.

Uda bergegas mengcapai kunci motor dan berlalu keluar. Yang lain hanya memandang Uda pergi.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku memeluk tubuh cemberut. Anak mata aku melihat satu persatu wajah yang ada dihadapan aku. Di tambah pula dengan adanya seorang lelaki yang paling aku benci. Abang Arif. Nak tahu kenapa aku benci dia? Sebab dulu masa sekolah menengah dia pernah bagi harapan dekat aku. Akhirnya dia bercinta dengan kak Mawar. Kakak angkat aku waktu sekolah dulu. Now aku dah move on, dia datang dekat aku balik. Memang tak lah aku nak layan.

Aku mengerling Elisha dan Kaira yang duduk di sebelah aku. Tajam anak mata aku menikam mereka berdua.

"Wah! Tak sangka cikgu yang kamu berminat dalam bowling Avyana"tegur cikgu mahmud. Yes, Elisha dan Kaira yang heret aku ke kelab bowling.

"Ha'a lah cikgu. Saya pun tak sangka. Tiba-tiba je saya boleh minat bowling"suara aku ditekan sedikit sambil sorotan mata aku tajam ke arah Elisha dan Kaira. Mereka berdua sekadar menayang gigi.

"Okay, okay. So, boleh kita mula perbincangan kelab kita?"Cikgu mahmud tergelak kecil.

"Assalamualaikum. Maaf cikgu saya lambat"tutur satu suara dari arah pintu. Aku turut tertoleh. Melihat figura dihadapan pintu bibir aku mencarik senyum. Terus tangan aku melambai ke arah figura.

Figura itu menapak masuk dan menghiraukan lambaian aku. Aku sedikit cemberut tapi tak lama. Bila figura itu duduk, aku terus tersenyum sendiri menopang dagu.

"Baiklah. Seperti yang kamu semua tahu, lagi 2 minggu sekolah kita akan menghantar wakil untuk perlawanan ten pin bowling. Jadi..".

Semasa cikgu mahmud mengucap sepatah dua kata, satu apa pun tak lekat dalam kepala otak aku ni. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Yang aku fokus sekarang ni ialah pada pujaan hati aku Daren. Haih.. bilalah.. aku nak dapat hati dia yang sekeras batu tu.

"Avyana setuju dengan apa yang kita bincangkan?"soal cikgu. Tanpa berfikir aku terus menjawab setuju.

"Okay, you will be leader for girls team". Terus aku tersentak.

"Hah?! Leader?".

"Ya, leader. We will seperate with two team. Boys and girl. Team lelaki akan di ketuai oleh Arif dan team perempuan diketuai oleh Avyana"jelas cikgu mahmud.

"No! Saya tak nak"bantah aku masih lagi terkejut. Macam mana pula aku boleh terpilih jadi leader ni. Aku bukannya pandai main pun.

"No choice. You and Arif as leader. Okay that it for today, i see you on this thursday at bowling center"cikgu mahmud terus berlalu keluar.

Elisha menyiku lengan aku yang masih terkial-kial dengan penerimaan sebagai leader.

"You okay tak?"tanya Elisha.

"You ada nampak muka I okay ke?"aku sedikit angin dengan soalan cepumas Elisha.

"Hehehe.. sorry. Jomlah balik"ajak Elisha.

Elisha dan Kaira menarik lengan aku keluar dari bilik kelab meninggalkan abang Arif, Daren dan seorang lagi pelajar lelaki yang turut serta.

"So, kita belum kenal lagikan. Aku Arif tasneem. Kau?"arif menghulurkan tangannya kearah Daren untuk berjabat tangan.

"Daren"sambut daren ringkas.

"Kau pula siapa?"soal Daren kepada pelajar lelaki yang turut serta itu.

"Ssa.. saya Yunus bang. Junior tta.. tahun 2"kata lelaki itu gagap.

"Okay. Salam perkenalan"ucap Daren dan terus berlalu keluar.

Arif mengejar langkah Daren. Seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan.

"Daren, aku nak tanya kau sikit"tanya Arif menghentikan langkah Daren ke garaj motor.

"Apa dia?"dingin sahaja nada suaranya kedengaran.

"Kau dengan Vy ada hubungan apa-apa ke?".

Drastik Daren menoleh mendengar soalan itu keluar dari mulut arif. Tiba-tiba Daren tertawa seperti menyindir.

"Soalan apa kau tanya ni? Aku tak ada masalah nak bercinta ni. Final exam tak lama lagi. Buat apa aku nak buangkan masa aku dengan benda mengarut macam tu"kata Daren.

"Tak.. aku nampak dia selalu senyum-senyum dekat kau, usha-usha kau".

"Itu namanya, syok sendiri. Rif, aku nak bagitahu kau lah. Kita ni dah senior year. Dari pada kau buang masa kejar perempuan sana-sini, baik kau tumpu pada masa depan kau. Okay. Aku gerak dulu". Kata Daren memberi pesanan khidmat masyarakat disitu.

Daren kembali mengatur langkahnya ke garaj tetapi sekali lagi langkahnya dihalang. Dia memejamkan matanya menahan amarah. Nafas dihela berat. Anak matanya merenung si penghalang jalannya.

"You, hantarkan I balik".

"Eh! Kau ni tak ada kerja ke? Tak penat ke ganggu aku setiap masa"angin Daren.

"Tak. Selagi I tak dapat hati you, selagi tu I tak akan pernah penat".

"Kau nak hati aku?"tanya Daren memandang aku tajam.

"Jom ikut aku"Daren menarik tangan aku yang berlapit baju kemeja mengikutinya.

"Nak pergi mana?"tanya aku turut.

"Pergi hospital".

"Hah?!"drastik aku berhenti. Daren menatap aku dengan kening dijungkit sebelah.

"Buat apa pergi hospital?"soalku pelik.

"Dah tu kau nak hati aku sangat. Kita pergi hospital, suruh doktor operate hati aku bagi dekat kau. Lepas tu kau letaklah dalam frame. Boleh kau tengok hati aku puas-puas". Selamba sahaja jawapan Daren.

"Ih!! I nak cinta youlah! Bukan hati you! Igh! Annoying! Humph!"kaki ku hentak protes. Lantas aku mengatur langkah pergi dari situ ke pagar sekolah. Terjungkit bibir Daren melihat rajuk ku.

Dari kejauhan, Arif memerhati situasi aku dan Daren. Tangannya di kepal sehingga dia dapat merasakan kukunya menyucuk telapak tangannya. Timbul urat hijau di kekura tangannya.

"Tak ada apa-apa konon. Huh!"sinis Arif. Lantas dia berlalu pergi.





Bersambung...

Uish! Plan apa yang Tuan Erjaz rancangkan tu? Kenapa perlu awasi Avyana? Macam-macam persoalan yang timbul. Nantikan sehingga satu per satu rahsia terungkap.

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora